Wednesday, June 18, 2014

Updating

Assalamualaikum wbt,

Just a lil bit update..

Trying to be good. That's what i want to be. 

But to mentioned that i'm good, that is totally not me.

Kadang-kadang terkeluar dari radar jugak. 

Kadang-kadang lagha jugak.

Kadang-kadang tu redah je buat aktiviti luar alam.. dan buat onar jugak.

Kadang-kadang tu merapu, merepek, meraban tak ingat. dunia jugak.

Kadang-kadang je pun bangun malam.

Selalunya jarang.

Senang citer,im not that good but still belajar how to be good.

And how is that?

Doing all the good things.

Start doing it at home. Be nice with your family. Especially towards your parents.

Pernah dengar pasal satu hadis ni,

Orang yang paling baik di kalangan kamu
ialah orang yang paling baik pergaulannya dengan ahli keluarga dan
aku adalah yang terbaik dari kalangan
kamu dalam pergaulan dengan ahli
keluargaku.

- (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)-

And aku still rasa aku belum cukup baik.
T-T

Tuesday, June 10, 2014

Status update^_^

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar buddiez? Wohaaa....lama gila tak update. Busy bak hang! Kalah Prime Minister. Hahaha Okey, tu dah acah-acah menteri sangat dah tu. So, since memang sepanjang bulan Mei blog aku ni sunyi sepi bagai tiada penghuni... aku pun decide nak copy paste status-status aku kat facebook tu kat sini. Tengah-tengah tak dak idea sangat nak mengarang ni..so, main copy paste jelah kerjanya, ya. Huh,pemalas sungguh!

So,baca la apa yang aku tulis,merepek, merapu dan meraban ntahapahapa ni ye..

JUNE 1

Mengharap senang dalam berjuang bagai merindu rembulan di tengah siang.

JUNE 2

I met this pakcik masa kat library tadi. Just respect the way he spend his time in library which is young people like me dont do that unless if I have to do some work or assignments. Other than that, memang sekali tak sekala la nak tunjuk muka kat library. Huhu.

He said that,

" I have no wife. I have no children. That's why I'm here."

Pakcik ni duda actually. Dah separate. Kesian jugak la. At the age of 73, he should live happily ever after kot with his wife and childrens tapi... bak kata dia, "im alone."

By the way, thanks to him sebab willing to answer my questionnaire.

And he was an English teacher before this at Maktab sultan Abu Bakar. That's impressed me.

No wonder he can answer my questionnaire without having me to translating it in Bahasa Melayu. I like the way he make a doa for me.

That's more important part actually.

I do make a doa for him too. May Allah bless Pak Ungku and semoga Allah pertemukan pak Ungku dgn anak-anaknya. Aamin.

Before we ended our conversation, he said that..

"Your name is good. Ain... means cahaya mata.. but unfortunately you wear the specticle so tak nampak sangat cahaya kat mata tu.."

Hahaha. We laugh together.

I think I miss my atok sebelah ayah already when I look at him just now.

T-T


JUNE 3

Do whatever you wanna do.. but make sure everything you do will not keep you away from Allah. 

JUNE 4

Macam sama tapi bukan dia.

JUNE  5

Geng panggil aku minah sneakers.

Sebab..

Lately, aku suka pakai sneakers.

Pakai kain, with sneakers. Pakai baju kurung, with sneakers. Pakai jubah pun kadang-kadang aku taram je pakai sneakers.

Dan kalau lalu or terlalu depan kedai kasut pun, aku mesti dok belek-belek sneakers jugak.

Haila Ain... taste tak feminin langsung! ^_*



JUNE 6

Sembang-sembang dengan mak semalam. Mak suruh aku jadik cikgu. Mak kata,ambik la ijazah pendidikan. Lepas tu jadi cikgu.

Aku pandang mak sambil cakap,

" Kan dah ada mak. Nak buat apa bebanyak.."

Dan tetiba adik aku menyampuk.

"Dia ni mak nak suruh jadi cikgu? Tak payah la mak. Tak payah... jap lagi kang kerja kena buli je. Dahla tak garang... "

Ceh! Budak tu merendahkan aku rupanya.

Jadi cikgu tak perlu garang untuk buat student hormat. Jadi cikgu biar penyayang... then you will be in their heart.

Huhu...
 


JUNE 9


Dan sekarang aku faham kenapa pakcik driver bas tu happy sentiasa dengan kerja dia walaupun dia bawak bas je.

Dan sekarang aku faham kenapa kakak mata bulat yang comel tu boleh buat org senyum bila tengok dia walaupun kerja dia as a cleaner je.

Dan sekarang aku faham, kenapa adik tu ceria-ceria je bila datang kat ofis sambil kata,

"Assalamualaikum, kak.. ada sampah tak?"

Aku faham...

Bila kita buat kerja ikhlas... kita takkan ada masa nak marah-marah.. masam-masam... buat kerja aci tangkap muat je...

Dan aku....

Insaf melihat mereka.

Malu pun ye. Ternyata mereka itu mungkin lebih mulia di sisi DIA..

Kalau satu hari nanti ada org tanya, kenapa aku beria dalam setiap kerja... akan aku katakan yang aku ingin jadi seperti mereka.

InshaAllah... 


JUNE 10

Kadang-kadang tanpa kita sedar,orang sekeliling tu boleh jadi inspirasi dan motivasi untuk kita.

Ada orang boleh hidup aman dan bahagia, even gaji yang diterima tak selumayan mana.

Ada orang boleh senyum riang dan gembira,even hidup kadang-kadang ada,kadang tak ada.

Ada orang, tak kaya duit ringgit.. tapi, kaya adab dan bahasa.

Ada orang ada apa yang kita tak ada, dan ada jugak orang yang tak ada apa yang kita ada.

Jangan tanya kenapa, sebab rezeki kita tak sama. Syukur apa yang ada.  



INi la dianya status-status aku kat facebook yang sempat aku conteng kat wall aku tu. Ada yang best, ada yang tak best. Ada yang boleh dibuat pedoman... aku haraplah... kalau ada yang agak-agak macam tersasar dari landasan tu.. aku mintak maaf. Aku pun manusia biasa gak. So,maafkan la teman. :)

 


Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...