Tuesday, March 26, 2013

Cinta Itu Fitrah

Cinta itu fitrah. Fitrah yang Allah bagi. Itu nikmat yang diberi kat semua orang. Kadang-kadang, saya sendiri rasa macam kenapalah orang boleh jadi 'tak betul' bila bercinta. Sebelum tu.. sorry sangat-sangat sebab post saya memang klise sikit sejak dua menjak ni.. sebabnya saya dikeliling teman2 yang mempunyai masalah cinta. Itu memang tak dapat nak lari. Kadang-kadang, cuba jugak lari.. tapi, tak sampai hati nak lari.. sedangkan kawan2 perlukan bimbingan dari segi emosi.. wheww.. dah rasa macam pakar cinta la pulak... ngeh3..

Terkejut saya tiba-tiba tadi, bila roomate saya datang kat saya.. dengan satu soalan..

"Ain.. macam mana nak buat solat istikharah?"

Saya tersengih dulu.. sebelum jawab,

"Macam biasa je.. dua rakaat.. rakaat pertama, baca Al-fatihah dgn surah Al-kafirun pastu rakaat kedua, baca Al-fatihah dengan surah Al-ikhlas. kenapa weh?" saya memang brutal sikit dengan member-member ni. Huhuhu.

"Aku tak tau la.. pakwe aku tu dari tadi tak reply mesej aku..."

Saya senyum je,

"Ini la yang aku selalu cakap ni.. dah la.. kau gi je solat tu.. tenang-tenangkan diri.."

Tiba-tiba dia jawab,

"Aku takut ar nak buat istikharah ni.."

Dahi saya dah berkerut (nampak tak pengaruh ayat novel kat situ. Hahaha.)

"Dah kenapa pulak?"

"Aku takut tak nampak muka dia.." sambil menangis

Saya dah tergelak-gelak.

"Ya Allah.. nak mintak tolong dengan Allah pun takut. Apa pun jawapan yang kau dapat.. itulah jawapan yang terbaik Allah bagi tau.. dah..dah.. jangan la nangis. Pergi je buat solat tu..."

-Kesian dengan kawan saya yang sorang ni. Hurm.. moga Allah berikan dia petunjuk dan jodoh yang terbaik. Aamin..-

#Jangan takut nak mintak tolong dengan Allah.. sebab Allah tu sweet sangat.. baik sangat.. DIA suka tau hamba DIA meminta-minta.#

CINTA ALLAH CINTA ABADI ♥

Tuesday, March 12, 2013

Buntu!


Assalamualaikum wbt,

Dah lama tak update 'teratak usang' saya ni. Alhamdulillah.. dah minggu ke 2 semester baru. Minggu yang semakin mencabar untuk saya. Minggu yang buat saya berfikir dan terus berfikir macam mana nak memudahkan urusan dan perjalanan saya dalam menuntut ilmu sepanjang semester ini. Bukan semester ni je sebenarnya, tapi untuk semester-semester akan datang jugak, In Sha Allah. Bunyinya macam serius sangat je? Memang serius! Sebabnya, saya kebuntuan dalam mencari penyelesaiannya.

Al kisahnya, semester ni in sha Allah intersesi akan dibuka. Intersesi ni kira macam short course la. And saya memang nak ambik intersesi ni untuk subjek MKT 420 sebab as a marketing student, saya kena lulus dengan grade B tapi sayangnya saya hanya dapat B- je masa diploma dulu. Jadi, nak tak nak.. saya memang kena ambik balik la subjek ni. Its okey. Yang tu , In Sha Allah boleh dihandle. Cumanya,, yang saya peningkan sekarang ni untuk subjek yang saya repeat  dari semester lepas. Huhuhu. Janganlah buat muka terkejut bila saya kata, saya repeat paper. Benda ni biasa dah jadi kat saya. Sebab saya memang selalu gagal.. Tak pernah tak gagal. Saya bukan budak pandai. Tapi, rileks je. Yang penting, usaha lebih sikit. Hehehe.

 Sekarang ni, yang buat saya pening tambah susah hati ni, bila saya tak tahu nak decide macam mana? Kalau saya ambik sekali untuk sem ni, saya rasa macam tak berapa nak yakin je kalau saya boleh carry 8 subjek serentak. Tapi.... kalau tak carry and at the sam time ambik paper yang saya repeat ni during intersession.. saya rasa macam berat pulak.. since intersession only in a five weeks. So, nak study dua paper serentak dalam masa 5 minggu.. i think its quite tough jugak. So... saya tersangatlah pening sekarang ni. Tak pasti nak decide macam mana. Lagi menakutkan bila fikir yang kalau tak cukup student, kemungkinan takkan ada intersesi untuk subjek QMT yang saya repeat tu. Itu yang saya risaukan sekarang ni. Tempoh pengajian saya cuma 2 tahun je termasuk dengan praktikal. Maknanya Cuma ada 4 semester je dan ada satu sem je lagi untuk saya habiskan semua subjek core sebelum doing my practical.

Kalau nak harung je, carry sekali 8 subjek tu... saya rasa macam boleh jugak. Cuma saya kena usaha lebih sikit la. Bila tengok jadual tadi, macam boleh je nak masukkan satu lagi subjek. Tapi...Ish... buntulah macam ni. Mungkin saya kena check balik buku pre registration untuk intersesi tu. Kalau memang jumlah student yang nak ambik subjek tu lebih dari kuota dia.. saya proceed untuk ambik. Tapi, kalau tak.. saya rasa memang nak tak nak, saya kena ambik sekali untuk sem ni la. Kawan saya boleh je... takkan la saya tak boleh kan? Hehehe. In Sha Allah. Semoga Allah permudahkan urusan saya dan urusan anda semua. Aamin.

-Untuk Permaisuri Hati, saya mintak maaf sangat2. Bila dah start belajar balik ni saya memang kena stopkan aktiviti penulisan. Sebab saya memang tak boleh nak buat dua kerja dalam satu masa. Tapi, In Sha Allah, saya cuba curi masa untuk edit2 sikit bab baru yang saya sempat tulis masa cuti semester hari tu.-

Ain Sabrina

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...