Saturday, July 28, 2012

Cerita Pasal Kahwin.. (^_^)


Assalamualaikum…

Alhamdulillah. Dah 9 ramadhan dah hari ni. Cepat je rasanya masa berlalu. Macam baru semalam kot  sambut first ramadhan dan sekarang, dah 9 hari dah. Allah..betul la kata orang, ramadhan yang indah, ramadhan yang dinanti. Dinanti penuh dengan rasa gembira dan sedih bila dah semakin hampir ke penghujungnya. Dah 2 hari saya tak dapat nak berterawikh kat surau dek sakit mata yang datang tiba-tiba ni. Harap-harap cepatlah sembuh ye. Nak gi terawikh. Huhuhu.

Since saya tidur agak awal jugak malam tadi, ingatkan akan tertidurlah sampai ke pagi.. tapi, terjaga pulak pukul 1.30 pagi tadi. Nak tidur balik, tak dapat pulak. So, saya pun  bangun buat solat tahajud sekejap lepas tu, pergi dapur buat air Nescafe sambil2 tu, on fb dan bukak tv jugak (wow.. sume benda saya on. Hahaha. Habislah melambung bil bulan ni.) layan solat terawikh dari mekah. Allahuakhbar.. seronok melihat keindahan kaabah. Terasa macam nak masuk je kat dalam tv tu. Huhuhu. Seronok tengok pak arab-pak arab bersolat terawikh dengan keadaan bahu yang rapat. Bahu yang rapat? Hehehe. Maksud saya, saf yang takde lubang-lubangnya. Solat berjemaah tu sendiri adalah lambang kesatupaduan umat islam. Dan bila tengok macam tu, terasa bangga dan terharu pulak tetiba. Erm.. bilalah nak dapat pergi sana erk? Hehehe.. kena kumpul duit dulu la nih. insyaAllah, ada rezeki mesti Allah permudahkan..yer tak? (kalau boleh, nak pergi la dengan ‘imam’ saya. Hehehe. Eh, sekali ngn mak ayah saya jugak…)

Belek-belek status FB tadi, kawan-kawan saya sibuk bercerita pasal kahwin. Hahaha. Erm, siapa tak nak kahwin weh. Sunnah Nabi tu. Kalau tanya saya.. saya pun nak jugak. Tapi, macam yang saya selalu cakap dan macam yang orang-orang alim selalu cakap,  jodoh tu rahsia Allah. Kita takkan tahu siapa dan bila akan sampainya jodoh kita tu. Yang boleh kita buat, berdoalah banyak-banyak semoga dapat jodoh yang soleh dan solehah. 

Sesungguhnya, janji ALLAH tu pasti. Macam yang dah tercatat dalam Al- Quran, 

‘Lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik. Dan perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik.’

Jadik, sebelum saya letakkan harapan setinggi gunung nakkan lelaki yang baik, yang soleh.. saya kenalah jadik baik.. kenalah jadik solehah dulu. Ye tak? Hehehe.  Teringat kata-kata kawan saya,

"Kak ain.. cari yang ala2 ustaz tau.."
saya jawab,

"Memang nak cari yg ala2 ustaz pun.. tapi, yang ala2 ustaz tu tak nak ngn akak... hahaha.."
Dan dia kata lagi, kali ni berbentuk soalan pulak.

"ha'ah la kak ain.. kenapa yer? Ustaz tu tengok kite alim sangat kot.. sebab tu die tak nak kat kite.." (sambil hehehehe..)
Hahahaha.. (saya gelak je dulu sebelum jawab),
"Bukan kita yg alim sangat.. diorang yg sangat alim untuk kite..
kalau kita nak yg soleh.. diorang pun nak yang solehah gak.."

Dan ini yg dia balas,
"tu la pasal..kite bagi kak ain kawen dulu la.. kite xper.. lambat lagi.."

Tersenyum-senyum saya baca apa yang kawan saya ni tulis. Itu tak kira lagi yang nak kenal-kenalkan dengan kawan masing-masinglah. Macam yang geng saya buat. Hadoi la geng.. kalau bukan jodoh saya, kenalkan dengan siapa pun, takkan jalan punya. Ye tak? Ok, kena berterima kasih jugaklah atas usaha kawan saya tu. 

Buat masa ni, biarlah saya teruskan hidup saya dengan status single mingle ni dulu erk. Banyak lagi misi dan visi yang belum dicapai. Bulan 9 ni, dah masuk study. Harapan mak ayah tu lebih utama sebenarnya bagi saya. Melangkah ke satu lagi level, iaitu degree.. buat kepala lutut saya ketaq jugak kot. Dunia degree ni, bukan macam dunia diploma yang mana saya boleh main-main, saya boleh tidur-tidur dalam kelas, and saya boleh  gosip-gosip dengan geng kat belakang. Huhuhu. Semuanya kena well prepared kot. InsyaAllah, I’ll try my best. Doakan saya ok.

Kalau ada yang selalu tanya, bila nak kahwin? Bila nak kahwin? Cakap je macam ni, 

“Pelajaran didahulukan, kejayaan diutamakan. Tapi, kalau tetiba ada jodoh yang datang, insyaAllah akan dipertimbangkan.”

Hahaha.. cover line sangat jawapan tu! (^_^)

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Datang Lagi

Assalamualaikum wbt.

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah Ya Allah.. kau temukan aku dengan ramadhan kali ni. Bila datangnya bulan ramadhan ni, serta merta ingatan saya terimbau masa-masa dan zaman-zaman dahulu kala. Masa-masa dan zaman dahulu kala yang saya maksudkan itu adalah, bagaimana saya sendiri menyambut kedatangan ramadhan. Bila difikirkan balik, rasa sayu sangat. Dulu, saya selalu rasa yang bulan ramadhan itu adalah bulan yang memenatkan. Sampaikan selalu saja mengeluh dan merungut, “bilalah ramadhan ni nak berakhir? Penatlah hari-hari nak kena puasa.” Mungkin ada yang akan kata macam ni, “jahatnya cakap macam tu.”

Ya, memang jahat pun saya ni. Dulu, tak pernah rasa sesuatu bila datangnya bulan ramadhan. Rasa macam, alahai.. malasnya. Selalu tertanya-tanya, apa yang bestnya bulan ramadhan ni selain dari lambakan bazar-bazar ramadhan yang menjual beraneka macam makanan dan minuman tu? Selain dari keterujaan nak sambut raya melebihi keterujaan nak menyambut ramadhan? Memang tak dapat nak fikir sampai ke hikmahnya kenapa kita sambut bulan ramadhan? Tak terfikir langsung yang ramadhan ini bukan je salah satu cara untuk kita menahan lapar dan dahaga, tetapi dengan berpuasa di bulan ramadhan juga menjadikan kita lebih beringat dan lebih mengutamakan perasaan sahabat-sahabat kita yang mungkin tidak bernasib baik. Antara sebab diwajibkan berpuasa pun adalah untuk kita bermuhasabah diri. Untuk kita sama-sama merasai keperitan dan kesusahan yang ditanggung oleh golongan-golongan miskin yang ada ada di sekeliling kita.

Allah, terasa jahil sangat diri ini sebab tak tahu nak menghayati erti sebenar bulan ramadhan itu dulu. Kalau dulu, tarawikh pun kejap pergi, kejap tak pergi. Alasannya, “ala.. sunat je pun. Kalau tak pergi pun tak pe.” Tapi, sekarang.. terasa rugi pulak kalau tak pergi solat tarawikh. Sesungguhnya, saya sangat terkesan dengan satu tazkirah yang disampaikan oleh ustaz yang mengimamkan solat tarawikh di surau dekat dengan rumah saya pada bulan ramadhan tahun lepas. Ustaz tu ada kata macam ni,

“Kalau nak tahu iman kita bertambah ke tidak, tanya diri kita.. kita gembira ke tak bila datangnya bulan ramadhan ni, dan kita sedih ke tak bila ramadhan nak berakhir ni?”

Satu soalan yang buat saya berfikir, dan berfikir. Bila difkirkan balik, saya rasa saya tak ada bezanya dengan orang yang berpuasa, tapi tak solat dan hanya mendapat lapar sahaja bila berpuasa sebab menyambut kedatangan ramadhan dengan ala kadarnya saja. Bukan ke bulan ramadhan ni yang perlu kita sambut dengan meriahnya. Bukan ke bulan ramadhan ni yang perlu kita sambut dengan penuh gembira? Kalau kita boleh buat persiapan yang gah-gah, meletup-meletup, beli perabot baru untuk rumah, beli baju baru lap lip lap lip dengan labuci dari hujung rambut sampai ke hujung kaki tu, untuk sambut raya, kenapa tak kita aplikasikan semua tu menyambut kedatangan ramadhan kali ni? Ye tak?

Sahabat-sahabat semua, anggaplah ramadhan kali ini umpama ramadhan terakhir untuk kita. Anggaplah juga ramadhan kali ni sebagai salah satu bulan untuk kita memantapkan iman kita dengan memperbanyakkan ibadah dan solat-solat sunat untuk sama-sama kita mendapat rahmat dan berkat dariNYA. InsyaAllah. Seperti yang telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah,

Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."

Salam ramadhan untuk semua rakan-rakan facebook saya. Jadikan bulan ni bulan untuk kita semarakkan rasa kasih dan sayang kita kepada Allah dan juga Rasul kita. Semoga apa saja yang kita lakukan pada bulan ni, bukan untuk menunjuk-nunjuk tentang ibadah yang kita lakukan, tetapi jadikan bulan ini untuk kita sama-sama menambahkan rasa cinta kita terhadap Allah S.W.T dan memberi kita secebis rasa keinsafan apabila melihat golongan-golongan yang tak bernasib baik macam kita diluar sana. Sambutlah ramadhan seperti seolah-olah kita menyambut kekasih hati dan sambutlah ramadhan tahun ini seperti seolah-olah kita takkan berjumpa lagi dengan ramadhan yang akan datang.

Nota  # : Syaitan dah diikat, yang tinggal hanya nafsu semata. Jangan biarkan kita ikut nafsu, tapi biar nafsu ikut kita.

Thursday, July 19, 2012

~Permaisuri Hati~


                                           Bab 40, 41

Kami bertolak dari rumah sejurus selepas maghrib. Abah dan Umi akan menyusul keesokkannya.
     “Semua barang dah ambil ke, bang?” Soalku semasa hendak masuk ke dalam kereta.
     Suamiku itu mengangguk sambil berkata. “Dah…tuan puteri.” Dia tersengih memandangku.
     Aku menolak lembut mukanya. “Mengada.” Kataku.
     Sahel Haqimy ketawa. “Ok.. jom. Dah pukul berapa ni. Nanti lambat sampai. Kesian mak dengan ayah. Tertunggu-tungu pulak diorang nanti.”
      “Jom la.. Reen dah ready dari tadi lagi. Abang tu yang lambat.” Selamba saja ucapanku itu.
      Sahel Haqimy tersengih memandang isterinya itu. “Yelah.. yelah.” Jawabnya pulak.
      “Mak ada cakap kenduri besok pukul berapa?” Sahel Haqimy mencetuskan perbualan setelah lebih dua puluh minit mereka berada di atas jalan raya menuju ke lebuh raya menghala ke Melaka.
      “Tak de pulak. Tapi, mak dengan ayah tu kalau buat kenduri, diorang prefer lepas isyak. Sebab kalau awal-awal, takut terkejar-kejar.” Balasku sambil menyeluk beg tanganku untuk mengambil telefon. Aku ingin menelefon emak.
      Sahel yang melihat saja perlakuan isterinya itu terus bertanya. “Sayang nak telefon siapa tu?”
     “Reen nak call mak kejap. Nak bagitau yang kita dah on da way.”
      “Lah.. tak bagitau lagi ke?” soal Sahel Haqimy.
     “Belum.. Ingat nak bagitau siang tadi. Tapi, sebab bateri dah habis. So, tu yang tak sempat tu.” Balasku sambil tersenyum memandangnya.
     Sahel menggeleng cuma. Dia memperlahankan radio apabila melihat isterinya itu sudah mula bercakap. Mungkin panggilannya sudah disahut.
     “Hello.. assalamualaikum mak. Reen ni. Reen dengan Sahel tengah on da way. Mungkin dalam 1 jam lagi kitorang sampai la. Ye… mak jangan risau. InsyaAllah.”
     Aku tersenyum sebaik mematikan talian.
     “kenapa? Mak cakap apa?” Suamiku itu menyoal.
     “Tak ada apa. Mak cakap, suruh abang bawak kereta elok-elok. Hati-hati katanya.” Balasku.
     “Ye? Risau bukan main mak mertua abang tu. Patut la ada orang tu selalu jealous.” Usiknya tiba-tiba.
     Aku mencebik. “Eleh.. perasan tak habis-habis.”
     Sahel Haqimy ketawa melihat reaksi isterinya itu. Nampak comel sungguh bila membuat aksi seperti itu. Dia menguatkan semula radio yang diperlahankan tadi. Dan kebetulan pula lagu nasyid permaisuri hati ketika itu baru saja berkumandang.
      “Sayang.. cuba dengar lagu ni.” Katanya dengan perasaan teruja.
     Aku yang baru saja hendak berkhayal atau dalam erti kata lainnya berangan, terus-terus tak jadi meneruskan agendaku itu dek sergahan yang datang tiba-tiba. Aku merungut di dalam hati. Suka kacau orang nak berangan tau dia ni.
     “Sayang dengar tak?”Soalnya lagi.
     “Tengah dengar la ni. Lagu permaisuri hati. My favourite song.” Aku tersenyum sambil memandangnya.
     My favourite too. Dedicate this song, special untuk sayang abang ni.” Ujarnya sambil meramas-ramas tanganku.
      Aku tersenyum. Terharu pulak rasanya. Terimbau saat-saat ketika makan malam pertama kami setelah secara rasminya aku dan dia bertunang. Suamiku itu pernah menujukan lagu tersebut untukku. Tapi, masa tu aku tak ambil pot sangat. Lagi-lagi bila tiba-tiba status kami berubah dari sahabat kepada tunangan. Tambah-tambah situasi ketika itu seoalah-olah aku terpaksa menerimanya yang selama ini sudah ku anggap sebagai teman baikku. Terimbau semua perlakuan burukku terhadap suamiku itu. Ya Allah, banyak benar perlakuan-perlakuanku yang tidak menyenangkan terhadap suamiku ini Ya Allah. Kau ampunkanlah aku Ya Allah.
     Sahel Haqimy mengerling isterinya yang tiba-tiba senyap di sebelah. Dia merasa pelik tiba-tiba. Aik, tadi banyak cakap sangat. Sekarang ni, tiba-tiba je dah diam. Kenapa pulak dengan isterinya itu? Sahel Haqimy tertanya-tanya di dalam hati.
      “Sayang abang ni, okey?” Soalnya.
      Aku yang terkejut dengan pertanyaan itu, tersentak tiba-tiba. “Hah.. abang cakap dengan Reen ke?” Soalku pula.
       Sahel Haqimy menggeleng-geleng sambil tersenyum. Sah, tengah berangan! “Abang cakap dengan sayang la. Dengan siapa lagi. Sayang abang ni, berangan eh?” Usiknya.
      Aku tersengih-sengih. “Mana ada berangan. Pandai-pandai je.” Bidasku.
      “Yelah tu tak ada. Habis tu, abang tanya pun sayang tak jawab. Termenung je. Berangan la tu kan?” Katanya lagi.
      Aku memandangnya wajah suamiku itu. Lelaki yang sentiasa baik denganku ini selalu peka dengan apa yang aku buat. Tengoklah caranya itu. Macam manalah aku tak touching. Aduhai… betul kata Elly, aku beruntung dapat suami yang bernama Sahel Haqimy ini. Apa saja yang aku buat, dia sentiasa tersenyum. Tak pernah sekali pun dia marah. Kadang-kadang, aku terfikir.. kat mana dia letak hati dan perasaan dia?
      “Sayang abang ni kenapa? Jangan pandang abang macam tu boleh tak? Abang nak drive pun tak tenang.” Sahel Haqimy tersengih-sengih. Dia sudah serba salah. Apahal la pulak dengan isteri aku ni? Risau pulak aku tengok.
      “Tak ada apa-apa la. I love you.” Kataku sambil memalingkan muka ke arah lain. Malu la konon.
     Sahel Haqimy yang sedang memandu itu tiba-tiba menekan brek secara mengejut. Dia seakan tidak percaya pulak dengan apa yang dia dengar itu.
     Aku yang sedang cuba menahan rasa malu itu, tidak jadi nak meneruskan niat suciku itu apabila badanku terdorong ke depan. “Abang ni, dah kenapa?” Soalku sedikit marah.
      Sahel Haqimy tersengih-sengih sambil mengelap peluh. “ Sorry sayang..sorry. Abang terkejut dengar sayang cakap benda tu tadi…”
      “Benda apanya?” Soalku pelik. Hish.. orang cakap I love you pun nak terkejut ke? Soalku di dalam hati. Apa kena la dengan laki aku ni. Pelik-pelik je.
     I love you tu la.” Jawabnya sambil tersenyum-senyum memandangku.
    “Oh… tu je ke? Hish.. abang ni. Cakap benda tu pun terkejut. Selamat tak accident tau.” Bebelku
    Sahel Haqimy tersengih. “ Sorry. Anyway, thanks sayang. I love you more than you love me tau.” Katanya sambil memegang tanganku. Aku menahan rasa. Terharu, gembira dan senang hati. Semuanya bergabung menjadi satu.
    Aku tersenyum sambil membalas pegangan tangannya itu.
    “Reen yang patut say thanks kat abang. Sebab selama ni sanggup melayan kerenah Reen. Kalau diingat-ingat balik.. teruk jugak kan Reen layan abang. Tapi, abang cool je. Reen kagum la dengan abang.”
     “Jangan cakap macam tu. Reen isteri abang. Kalau bukan abang, siapa lagi yang nak layan kerenah isteri abang ni, kan?” balasnya sambil tersenyum memandangku.
     Aku ketawa kecil. Tapi, aku segera mematikan ketawaku itu apabila melihat senyuman suamiku yang sudah lain macam. “Abang kenapa? Kenapa pandang Reen macam tu?” Soalku dengan muka cuak dan risaunya.
     “Reen kan isteri abang.” Jawabnya selamba.
     Aku blur sekejap. Beberapa minit kemudian baru aku sedar apa maknya kata-kata suamiku itu. “Ha.. dah..dah.. abang jangan nak buat pasal. Jom la.. kita dah lambat ni. Nanti lambat sampai mak bising pulak.” Aku terus mengubah topik. Makin dilayan, makin menjadi-jadi pulak laki aku ni. Getus hatiku.
     “ Yelah.. yelah..” Sahel Haqimy mengeluh sambil membebel kecil.
     Aku tersenyum sambil menggelengkan kepala.


KAMI sampai di rumah orang tuaku, tepat jam 10 malam. Ketika itu, semua ahli keluargaku sudah pun berkumpul. Termasuklah kakakku, Syahira. Dan apa yang lebih mengejutkan, kakak kesayanganku itu dah berbadan dua! Setelah bersalaman dengan mak dan ayahku serta adik-adikku. Aku terus mendapatkan kakakku itu.
     “Akak! Ya Allah. Rindunya kat akak. Lama tau kita tak jumpa.” Kataku sambil mencium tangannya lalu memeluknya erat.
     “Itulah pasal. Orang tu yang busy sangat. Sampaikan nak jumpa pun susah.” Balas Syahira sengaja mengusik adik perempuannya yang satu itu.
     “Eleh.. cakap orang. Dia pun sama je. Asyik outstation memanjang.” Jawabku tak mahu kalah.
     “Amboi… bukan main lagi ye mak nenek ni. Kalau bercakap, nak menang aje.”
     Kakakku itu menampar lembut bahuku. Aku tersengih. “Akak… dah berapa bulan ni?” Soalku teruja.
    Almost 4 month. InsyaAllah.. dijangka bersalin lepas raya nanti.”
   “Yeke? Wah… bestnya. Tak lama lagi, nak jadi makcik dah orang ni. Tak sabarlah pulak.” Kataku sambil tersenyum-senyum.
    Syahira tersenyum juga. “Awak tu bila lagi?” Soalnya. Sengaja mahu dilihat reaksi adiknya itu.
     Aku tersentak. “Akak ni.. orang tengah honeymoon lagi la.” Jawabku sambil membuang pandang ke arah suamiku yang sedang rancak berborak dengan ayah dan abang iparku. Dalam masa yang sama, Sahel turut memandang ke arah isterinya itu. Aku tersengih sambil kembali berborak dengan kakakku.
     “Dah setahun lebih, haneymoon apanya?” Syahira menyoal lagi.
    “Ala.. rileks la kak. InsyaAllah.. kalau ada rezeki nanti, adalah. Lagipun, orang muda lagi kot.” Jawapan yang aku kira selamat jugak la. Dan aku berharap sangat yang isu ni tidak dibangkitkan lagi. Ini baru kena soal dengan akak. Kalau dengan mak ni, haish.. mahunya la keluar muntah hijau aku nak menjawab. Huhu.
     “Ha’ah kak.. belum ada rezeki lagi. Nanti, kalau dah ada.. insyaAllah, kitorang bagitahu.” Tiba-tiba suamiku datang mencelah. Dia sudah duduk di sebelahku sambil memeluk bahuku dan tersenyum penuh makna.
     Aku membalas senyumannya itu. ‘Terima kasihlah wahai suamiku yang sangat memahami diriku ini.’ Aku berkata-kata di dalam hati.
     “Erm.. suka hati koranglah. Eh.. akak nak masuk bilik dulu la. Sakit pinggang pulak rasanya duduk lama-lama ni.” Kata kakakku sambil menyeringai menahan sakit pinggangnya itu. Aku yang melihatnya pulak terasa risau.
     “Yelah kak. Baik-baik jalan tu.”
     Aku memandang kakakku yang sudah pun menghilang ke dalam bilik. Sahel Haqimy menundukkan wajahnya memandangku. Aku yang terkejut dengan reaksinya itu, segera bertanya.
      “Abang ni kenapa? Terintai-intai macam tu.” Soalku dengan kerutan di dahi.
     Sahel Haqimy tersenyum. “Reen tu yang kenapa? Dari tadi statik je mata tu ke sana. Pandang apa? Kak Syira dah masuk bilik dah. Ke sayang abang ni, teringin nak ada baby jugak ni?” Soalnya menyerkap jarang. Saja ingin dilihat aksi isterinya itu.
     Aku menjegilkan mata ke arahnya. “Mana ada? Pandai-pandai je abang ni.” Balasku sambil menampar lembut pipinya.
    “Ya ke? Boleh percaya ke sayang abang ni?” Masih lagi mahu mengusik.
   “Abang… mana ada la. Reen risau je tengok akak tu. Baru 4 bulan, tapi, dah macam 8 bulan gayanya.” Jawabku sambil terkekeh-kekeh ketawa.
       Sahel Haqimy turut ketawa. “Amboi.. suka hati eh. Nanti, kalau Reen mengandung.. baru tahu macam mana.”
      Aku mematikan senyuman. Alahai… kesiannya dengar dia cakap macam tu. Dia faham akan hint yang suaminya itu berikan. Aku memandang ke arahnya. “ Abang nak anak ye?” Soalku.
      “Sahel Haqimy tersenyum. “Sayang.. its ok. Abang faham kalau sayang belum bersedia. InsyaAllah.. abang akan tunggu sampai sayang sedia, ok. Jangan risau.. abang tunggu. Abang kan cool.” Katanya sambil tersenyum memandangku.
     Aku tersenyum kelat. Ya Allah.. mulianya hati suamiku. Kenapalah dia baik sangat. Dan kenapa erk, aku tak pernah nampak kebaikan dia dari dulu? Patutlah emak dengan ayah sayang sangat kat menantu dia yang ni. Dan patut la jugak, si Elly tu pun boleh jadik ‘rakan kongsi’ dan rakan sekongkol dia dari dulu sampai sekarang bila tiba bab nak mencairkan hati aku yang keras macam ice berg kat lautan Antartik tuh. Bak kata Elly la. Huhu. Keras ke? Tak la jugak. Hati aku banyak ‘tisu’ kot. Yelah sangat tisunya. Haha.
     “Hah.. Reen, Sahel.. buat apa lagi kat situ? Tak penat? Pergi la berehat…” Tegur emak yang baru tiba dari dapur.
      Aku dan suamiku tersentak tiba-tiba. Kami tersengih-sengih sambil menggaru-garu kepala. “Nak pegi la ni mak..” Jawab kami serentak.
      Emak menggeleng melihat kami. “ Dah.. pergi tidur. Besok, mak nak mintak tolong ikut mak ke pasar. Beli barang-barang nak kenduri tu..Nanti terlambat pulak bangunnya.”
      “Oh.. tak beli lagi eh, mak?” Soalku.
      “Mak dengan ayah kau, dah beli barang-barang kering. Besok, ingat nak cari barang-barang basah pulak.”
      Aku mengangguk. Suamiku sudah menawarkan diri untuk jadi driver. “Besok, pegi dengan Qimy je la mak.”
      “Eh… tak pe ke? Kalau penat, tak payah la. Mak pegi dengan Reen dan ayah kau je besok. Kak Syira kau tu, mak tengok macam tak larat nak jalan je. Kesian pulak nak ajak dia.” Balas emak.
      “Eh.. tak ada la mak. Qimy tak kesah. Tak penat pun. Dari KL je mak. Tak jauh mana pun. Mak tak payah risau la…” Jawabnya sambil tersenyum.
      “Erm.. yelah. Ikut suka kamu la. Mak masuk tidur dulu. Kau orang berdua tu pun, pergi masuk tidur. Jangan tertidur kat sofa tu sudah.”
     Aku tersengih memandang emak. “Yes boss.” Balasku. Aku memandang suamiku dan dia memandangku. Kami berpandangan seketika dan akhirnya ketawa.
     “Jom la sayang..” Sahel menarik tanganku menuju ke bilik kami. Aku mengekori langkah suamiku itu.

                      *******************************
                                                Bab 41
Aku mengikut emak ke pasar. Eh, bukan aku. Aku dan suamiku. Hehe. Ceh..ceh.. sejak-sejak dalam hati dah ada taman ni, tak nak tinggal dah suami dia tu. Haha. Eh.. hello, tolong sikit ya? Bukan aku yang ajak dia, dia yang beria-ia nak ajak diri dia sendiri. So, takkanlah aku nak cakap macam ni pulak kat dia, ‘Abang duduk rumah la. Tak payah ikut. Abang buatlah apa-apa yang patut.’ Ataupun, ‘Abang jaga jelah rumah ya? Tak pun, abang berehat.’ Ceh, kalau macam tu.. baik aku suruh dia je yang jadi isteri, aku jadi suami. Betul tak? Jadi, nak tak nak.. terpaksalah jugak aku memabawa bersama suamiku yang terchenta itu. Lagipun, suami aku tu yang beria-ia nak jadi dirver aku dan mak aku. Ayah pulak, kebetulan ada hal yang nak diselesaikan. Mungkin pergi menjemput orang-orang surau kot. Peluang tu kan? Takkan nak tolak beb. Hehe.
        Suasana di pasar borong Melaka pagi tu, agak hingar bingar jugak. Mungkin kerana hujung minggu. Dan untuk diri aku sendiri, ini adalah kunjungan kedua bersama emak. Emak memang dah banyak kali datang kot. Aku je yang banyak kali bagi alasan kalau mak ajak pergi pasar. Biasalah, dulu masa zaman anak dara.. aku manalah suka keluar rumah. Kalau keluar pun, bila time nak ke kelas je. Balik kelas, masuk rumah. Besoknya baru keluar. Itu pun sebab nak pergi kelas. Kalau tak, tak adanya nak nampak muka aku ni. Huhu. Sebab tu jugak, jiran-jiran aku selalu kata yang mak aku simpan anak-anak dara dia. Walhal, bukan mak aku simpan pun. Aku yang suka sorokkan diri. Dan kunjungan ni, merupakan kunjungan pertama aku dengan suamiku. Hamboi.. sekali lagi. Ok, dah ada suami kan. Siapa lagi nak disebut, kalau bukan suami. Betul tak? Karang kalau sebut nama bekas kekasih cinta monyet kang, lain pulak jadiknya.
      Lamunan aku terhenti bila suamiku membisikkan sesuatu ditelingaku. “Sayang, kalau nak berangan pun. Janganlah sampai nak langgar orang.” Katanya sambil menarikku jauh dari orang-orang yang lalu lalang membeli barang di pasar ketika itu.
       “Tengok tu, semua orang nak dilanggarnya.” Bebelnya sambil menggelengkan kepala melihatku.
       Aku tersengih-sengih sambil menggaru-garu kepala yang dilitupi tudung itu. “Ramai sangat orang la bang. Pening dah kepala Reen tengok. Eh.. mak mana?” Soalku apabila menyedari yang emak tiada bersama kami.
       “Mak pergi cari barang sikit. Dia suruh kita tunggu kat sini.
       Aku mengangguk sambil terus melangkah. Namun langkahku dihalang oleh suamiku itu. “Kenapa pulak lagi ni?”
      “Reen nak pergi mana?”
      “ Cari mak la. takkan nak biar mak angkut barang sorang-sorang?” Balasku selamba.
     Sahel Haqimy menggeleng. “ Dah.. tak payah. Sayang tunggu sini, biar abang pergi cari.”
      ‘Tapi…” aku tak sempat nak menghabiskan kata-kataku, suamiku itu sudah memintas.
      “Jangan degil. Tunggu kat sini. Jangan pergi mana-mana pulak. Kejap lagi abang datang balik.”
      “Yelah..yelah.” Aku mengeluh bosan. Sikit-sikit tak boleh. Sikit-sikit nak kena tunggu dia. Hish.. apa pun tak boleh. Teringat dialog kumpulan Jambu dalam rancangan Maharaja Lawak yang disiarkan di saluran astro warna itu.

Sedang aku mengelamun jauh, sampai masuk pulak bab maharajalawak bagai tu kan, tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu teguran di belakang.
     “Hai..”
     “Eh.. hai. Syimi? Lah.. keciknya dunia. Boleh pulak terjumpa kat sini erk?” Ujarku sambil tergelak kecil.
     Lelaki itu turut tergelak kecil. “Itulah.. macam ada jodoh pulak kita ni ya?” Hasyimi membalas dengan nada gurauan.
     Aku tersengih saja. Kalau dengar dek laki aku ni, mahunyalah dia buat launching sesi merajuk satu jam dengan aku. Hahaha. Sempat aku bermonolog di dalam hati. Lagi sekali, fikiran aku melayang memikirkan benda yang bukan-bukan. Atau dengan erti kata lainnya, benda yang pelik-pelik. Aku perlu mengucapkan terima kasih mungkin kepada Syimi kerana telah mematikan tempoh lamunanku yang sudah semakin jauh itu dengan pertanyaan yang mungkin jugak boleh aku kategorikan sebagai satu soalan yang boleh membuatkan aku membalingnya dengan botol kicap yang berada di dalam plastik di tanganku ketika ini. Kicap yang sempat aku beli tadi.
      So, awak buat apa kat sini?”
      Aku memberi satu senyuman paksa. “Saya nak cari bola ping pong tadi.. tapi, tak jumpa. Mungkin salah tempat kot. Saya sepatutnya kena beli bola ping pong tu kat kedai jual barangan sukan kan? Bukan kat pasar.. ya tak?”
     Hasyimi sudah ketawa besar. Mengaku yang dia sudah tersalah soalan. Dia sempat mengutuk dirinya yang entah apa-apa tu. “Oh.. ya tak ya. Apa punya soalanlah yang saya tanya kan? So, datang sini dengan siapa?”
     Aku tersenyum. “ Oh.. its ok. Datang dengan mak saya. Beli barang untuk kenduri malam ni.”
      Dengan mak je? Suami mana? Harap-harap tak adalah suami dia. Soalan yang hanya di dalam hati saja. “Oh.. I see. Patut tengok macam meriah je kat rumah awak tadi. Ada kenduri rupanya. Kenduri apa?” Hasyimie menyoal. Sengaja mahu berlama-lama di situ. Wanita di depannya itu sudah banyak berubah. Makin cantik pulak dia melihatnya. Syimi.. control Syimie..control. Bini orang tu. Jangan buat pasal. Dia mengingatkan dirinya.
      “Kenduri tahlil untuk arwah atuk je. Eh, dah terlanjur jumpa ni… jemput la datang sekali.” Laju saja aku mempelawa kawan satu sekolahku itu. Oppst, bukan kawan satu sekolah je, bekas kekasih cinta monyetku jugak dia nih. Huhuhu. Kalaulah Sahel tahu pasal ni, agak-agaknya dia marah ke dia senyum je erk? Eish.. apa punya soalanlah. Suami mana pulak yang nak senyum je kalau tengok dan lihat isterinya berbual mesra dengan bekas pakwe dia dulu kan? Eh, tapi.. itu dulu.. sekarang ni, dalam hati dah ada nama En. Sahel Haqimy je tau. Ceh..ceh.. dalam hati ada taman orkid dah. Memang tak boleh bla! Hahaha.
      “InsyaAllah.. so, balik naik apa ni? Kalau tak keberatan.. jomlah saya hantarkan.” Hasyimie mencuba nasib.
       Aku tersentak. Eh.. tak pe lah.. saya datang dengan..” Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, tiba-tiba satu suara kedengaran dari belakang.
      “Sayang… jom. Mak dah tunggu kat kereta.” Sahel Haqimy sudah pun memeluk pinggang isterinya. Sengaja dibuat begitu di depan lelaki yang bernama apa entah. Syimot.. Syimie.. ah, lantaklah. Bukan satu kepentingan pun  untuk dia mengingati nama lelaki itu. Dia dah lama berada di situ tadi. Selepas menghantar ibu mertuanya ke kereta, dia berpatah balik ke tempat isterinya yang disuruh menunggu sementara dia mencari ibu mertuanya. Sampai saja di situ, dia terpandangkan isterinya sedang berbual dengan seorang lelaki. Isterinya itu tidak perasaan akan kehadirannya. Dia mahu melihat sekiranya lelaki itu cuba berbuat sesuatu yang tidak elok terhadap isterinya. Namun, apabila melihatkan yang isterinya seperti seolah-olah sudah mengenali lelaki itu, dia biarkan saja. Tiba-tiba dia terasa yang Syazreen dan lelaki itu pernah ada apa-apa. Tapi, cepat-cepat dia mengusir prasangka buruk itu. Mungkin mereka memang kawan lama. Rileks la Qimy. She’s yours. Nak risau tahap dewa sangat tu, aphal pulak? Hatinya berkata-kata. ‘Mahunya tak risau? Bini aku tu beb.’
       “Eh.. abang. Bila masanya abang sampai?” soalku terkejut. Dalam hati, lega jugak rasanya. Ada jugak alasan nak melepaskan diri dari si Syimi ni.
       Dah lama dah. Namun hanya di dalam hati saja. “ Baru je. Jom .. nanti lambat. Mak dah pesan tadi, jangan lama-lama.” Sahel terus menarik tangan  isterinya itu tanpa sempat isterinya itu berkata apa-apa.
       Hasyimie terkebil-kebil memandang pasangan suami isteri itu. Lah.. datang dengan suami dia jugak rupanya. Hai.. melepas lagilah aku. Dia mengeluh lalu melangkah pergi.
      Aku memandang muka selamba suamiku itu. Hish.. dia ni.. dahlah tarik tangan orang tiba-tiba, lepas tu boleh buat muka tak berdosa pulak tu. “Abang.. are you okey?” soalku apabila melihat wajah boleh tahan bengang suamiku itu. Mesti bengang pasal tu. Tekaku sendiri.
        Sahel Haqimy mempamerkan senyuman kepada isterinya itu sebelum menjawab. “ Okey je. Kenapa awak tanya?” Jawapan yang selamba. Namun disebalik jawapan yang selamba itu, terselit satu persoalan dari benak fikiranku. Awak? Ah, sudah. Nampak sangat ketidak’ok’an dia tu. Sejak kahwin, tak pernah pun lelaki tu membahasakan dirinya awak.
       “ Abang, you’re not okey kan? You better tell me the truth.” Aku memberhentikan langkahku. Sengaja mahu tunjuk protes. Kalau dia boleh buat muka protes, aku pun boleh buat aksi protes jugak.
      Sahel Haqimy yang sudah melangkah ke depan turut menghentikan langkahnya. Dia mengeluh. “ Abang jealous dengan dia tu.” Jawabnya perlahan. Antara dengar dan tidak dengar je suaranya.
     Aku memandangnya dengan dahi yang berkerut sebelum perlahan-lahan ketawaku lepas. Jealous? Dah agak dah. Hai.. susah betullah dapat suami kaki jealous ni. Adoiyai.. aku menggeleng kepala sambil melangkah menuju ke arahnya.
       “Abang ni.. mengada-ngadalah tu. Kan Reen dah kata, dia tu kawan lama Reen je. Kawan biasa. Kami tak ada apa-apa. Abang janganlah sangka bukan-bukan pulak. Macam tadi tu, datang-datang tak ada hint tak ada apa.. terus tarik tangan Reen pergi macam tu je. Kesian dia Reen tengok. Muka dah terkebil-kebil tengok abang.” Aku ketawa kecil mengenangkan peristiwa sebentar tadi. Terserlah muka blurr Hasyimie melihat perlakuan suaminya itu.
        Sahel Haqimy turut tergelak besar mendengar kata-kata isterinya itu. “Yelah.. abang takutlah kalau-kalau dia nak mengurat isteri abang ni ke. So, abang tariklah tangan Reen cepat-cepat. Reen, abang punya ok. Siapa pun tak boleh kacau. Dah ada cop mohor ni.” Jawabnya sambil memegang tanganku.
        Aku tersengih memandangnya. “Amboi.. bukan main lagi. Dahlah bang.. kesian mak. Mesti dah lama tunggu kita. Jom.”
        “Yelah.. abang lupa pulak. Jom. Tadi mak dah siap pesan dah jangan lama-lama. Tapi, sebab ada orang tu boleh pulak berborak sakan dengan kawan lama dia tu. Dah lambat jadiknya.” Sahel Haqimy sengaja menekankan perkataan kawan lama itu untuk mengusik isterinya.
         Aku menjegilkan mata ke arahnya. “Abang! Saja je kan?” aku menampar lembut bahunya.
       Sahel Haqimy ketawa. Seronok dapat mengusik isterinya itu. aku turut ketawa apabila melihat gelagatnya itu. kami terus berjalan menuju ke parking kereta. Sampai saja di tempat parking, emak memerli kami dengan kata-kata ini.
      “Amboi.. anak menantu aku ni. Ingatkan dah tak jumpa jalan nak balik dah.” Omelnya.
      Aku dan suamiku tersengih-sengih cuma sambil sama-sama meminta maaf kat mak.
      
# Bersambung… nanti sambungannya dalam bab yang akan datang. InsyaAllah. Syukran kepada yang sudi membaca karya saya yang tak seberapa ni. Agak busy sikit sebelum ni.. jadik, ambil masa nak update. So, ini bab terbaru Permaisuri Hati. Semoga terhibur.. segala komen amatlah dihargai..J #

Wednesday, July 18, 2012

~Tajuk Karangan : Cerita Gagal Saya~

Assalamualaikum..
Dulu, masa sekolah.. selalu berangan and selalu kata macam ni, “kalau dapat sambung belajar.. nak belajar jauh-jauh la.. dapat travel.. dapat tengok tempat orang…” walaupun  masa tu tak pasti pun dapat sambung study ke tak. Al-maklumlah.. saya bukan budak pandai. Cemerlang? Oh, jauh sekali la.. selalu dapat nombor corot ni. Tapi, bukanlah nombor tercorot. Hehehe..

Bila dah habis sekolah, sementara tunggu result… saya masih harap yang biarlah kalau dapat sambung belajar, saya dapat tempat yang jauh-jauh. Kononnya nak belajar la berdikari. 

Walaupun saya tahu, saya ni bukan jenis yang boleh jauh dari mak ayah saya. Tapi, harapan nak belajar jauh-jauh tu tetap ada. Sebabnya jugak, kalau balik kampong.. seronok je naik bus.. saya sukakan suasana dan situasi yang membuatkan saya terkenang-kenang je kat kampong halaman. Saya suka macam tu. Tapi… bila dapat sambung belajar, saya dapat sambung dekat dengan rumah. So, punahlah harapan beta nak ber’travel’ bagai tu. Huhuhu..

Tapi, bila saya fikirkan balik, best jugak belajar dekat dengan rumah. Kena pulak orang yang baru sedar diri macam saya ni, yang sebenarnya saya bukanlah orangnya yang boleh ‘berpisah’ jauh sangat dengan mak ayah saya… bila dapat belajar dekat dengan rumah, itu satu kelebihan yang paling best untuk saya. Nak balik pun senang. Dan yang paling penting, tak payah ada masalah tak boleh balik kampong time raya, sebab tiket bas dah habis, ataupun tak payah nak hadap masalah ‘sakit rumah’ yang kronik kalau kena balik hostel setiap kali sem baru bermula. Hahaha..

Kadang-kadang, apa yang kita nak.. tak semestinya kita dapat. Dan kadang-kadang, apa yang kita tak nak tu la yang kita akan dapat. Jadi, stop complaining and don’t expect too much kalau nakkan sesuatu tu. Bila Allah bagi, ambik je. Allah lebih mengetahui kan. So, I learn something from that. Be rational and bersyukur banyak-banyak.

****************************

Nak kongsi something sikit la.. kira macam sesi motivasilah ni. Hehehe..Alhamdulillah.. saya bakal further study  in the next level. Saya bakal sambung degree tak lama lagi. Alah… degree je pun kan? Apalah sangat dengan orang yang dah ada master, PHD, and yang dah dapat title Professor MAdya pun ramai dah. Setakat saya ni, Allah.. jauh lagi perjalanan kan?  Kalau ikutkan, saya sendiri tak percaya saya boleh sampai tahap ni. Alhamdulillah… berkat usaha and berkat tak putus-putus berdoa dan berharap, dapatlah satu hari nanti melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, termakbul jugak akhirnya. Ececeh.. poyo giler. Hahaha..

Ok, first of all.. saya bukan budak pandai masa kat sekolah dulu. Saya macam budak-budak lain jugak. Kadang-kadang, ada perasaan malas nak belajar. Kadang-kadang, bila rasa mengantuk.. boleh je tertidur dalam kelas.. (masa sekolah menengah la.. sekolah rendah tak berani buat.. sebab kalau buat, habislah kena cubit dengan cikgu.. hahaha.. cikgu saya garang ok..:)

Saya bukan orang yang, bila cikgu bagi kerja sekolah, then.. cikgu akan expect yang saya buat. Tak. Saya bukan orangnya. Sebab , sayalah yang selalu kena cubit, kena diri atas kerusi.. kena rotan bagai, sebab tak buat kerja sekolah. Atau dengan erti kata lainnya, malas! Hahaha. Ingat lagi, masa tu nak UPSR.. saya jadi kaki belajar giler la.. sebab masa tu, takut tak pass UPSR. Kira masa tu, UPSR penting la.. sebab nak tahu kita tercampak ke sekolah mana kan? So, saya sangguplah berkurung dalam bilik, sampai dah tak tahu apa jadi kat dunia luar..study punya pasal. Masa tu, mak saya just datang tinjau-tinjau je. Dalam hati masa tu, “peh… bosan gila.” Rasa nak kuar tengok tv je time tu. Saya hantu tv ok masa kecik-kecik dulu. Budak-budak.. tak matang tu satu hal. Satu hal lagi, bila tak boleh nak ‘hidup’ bila tak tengok hiburan. Hahaha.. * sangat tak matang*

Dipendekkan cerita, (nak citer panjang2 pun, bukan korang nak baca betul-betul pun apa yang saya tulis ni kan..huhuhu..) so, dah habis exam ‘besar’ yang kononnya paling penting dalam hidup tu.. result keluar. Saya dapat la keputusan yang nak kata ok sangat, tak la ok..nak kata tak ok sangat, tak de la sampai macam tu. Kira standard la.. layak la jugak nak masuk salah satu sekolah bestari kat Melaka ni. *Actually, area Alor Gajah je pun.. huhuhu..*. Masa tu, dapatla saya merasa dok kelas kawalan. Kelas 5 teratas la.. so, expectation orang kat saya, bila dapat masuk kelas kawalan.. saya budak pandai. Apatah lagi, dikelilingi bebudak yang memang boleh tahan and lagi hebat dari saya, lagilah expectation orang tu more..more and more kan. Tapi, saya orait je… walaupun bukan la orang yang layak nak duduk kelas kawalan bagai tu, saya cuba la jugak sesuaikan diri. Time ujian bulanan, memang sedih la tengok markah sendiri. Teruk giler.. malu pun ada seh. Tapi, saya harung je.. dah rezeki dapat kelas tu. Belajarlah terima environmentnya..


Masa PMR, lagi best ceritanya…. Ini antara yang paling teruk dalam sejarah peperiksaan besar2 yang saya kena hadap sepanjang sekolah dulu. Saya assume saya gagal la exam ni (sedih jugak la.. sebab tak dapat nak happykan mak ayah saya dgn keputusan yg lebih baik..). Sebab, dah la tak dapat even satu A pun (sebab saya demam u allz.. demam dan sangat teruk demam itu.. sampai nak pitam bagai.. hahaha.. dramatik sungguh!..). Datang pulak dugaannya masa tu, saya tak dapat tawaran ke sekolah teknik yang saya sangat-sangat harapkan. Lagi menambahkan kekecewaannya, bila saya jatuh ke kelas yang lebih bawah. Walaupun kelas saya tu kat atas, kena naik tangga. Tapi, kelasnya tetap kelas bawahan. Huhuhu.. masa tu, saya start fikir.. kenapa tak aku belajar je betul-betul? Kelas ni, just kelas je kot. Aliran yang berbeza. Apa yang penting, semangat nak jadik lebih baik je. Takkan tak boleh jugak? Kebetulan, sya dapat aliran akaun masa tu dan saya minat jugak la dengan subjek akaun tu *pernah dapat best student utk subjek akaun masa Anugerah Q . Anugerah cemerlang pertama dalam hidup..* So, saya lagi bersemangat la nak belajar. Walaupun bukan la betul-betul sangat. Hahaha..

Masa tu, saya selalu turun naik ke bilik kaunseling. Bukan sebab saya ada masalah disiplin tahap kronik ke apa, sampai nak kena guna khidmat kaunseling bagai tu. Tapi, sebab.. bilik kaunseling sekolah kat atas kelas saya je, and lagi satu halnya, sebab saya dengan kawan-kawan masa tu, dah mula sedar.. yang kami memang perlukan khidmat kaunseling dari cikgu kaunseling kami tu, untuk jadi manusia yang lebih bersistematik dalam menentukan arah hidup dan masa depan. *Wah.. ayat yang sangat skematik.* Huhuhu.. dan ianya memang berhasil, bila saya rasa, saya makin bersemangat and rasa makin ada motivasi dalam diri. Pernah cikgu kemahiran hidup saya tanya, masa dia dok relief kelas saya,
“Eh.. kenape awak kat kelas ni?”


Saya jawab dengan jawapan yang bermotivasi,

“Belajar kat mana-mana pun sama cikgu..”

Saya tahu, apa yang ada dalam fikiran cikgu saya tu. Mesti dia tak menggalakkan saya utk terus berada di kelas itu. Kelas yang bagi cikgu-cikgu, kelas yang boleh tahan ramai student yang tak nak belajar, dari yang nak belajar. Hahaha.. itu pandangan klise la. tapi, bagi saya yang dah penuh dengan semangat motivasi dalam diri tu, harung je la.. dah setengah jalan, nak patah balik pun.. dah tak boleh dah. So, bertahan la saya selama 2 tahun di kelas yang sama. Tapi, sepanjang 2 tahun. Thera a lots of things yang saya belajar. Bila belajar kat kelas tu, semuanya serba sederhana. Sesuailah untuk saya and kawan-kawan yang sederhana ni.. hehehe. And yang pastinya, semangat setia kawan ada di antara kami. Jangan underestimate semangat setia kawan kelas kami. Dan jangan tak caye, kelas saya tu pernah dapat kelas tercantik, terceria dan terbaik untuk pertandingan keceriaan kelas sepmpena hari kemerdekaan tau! Heheheh..

Bagi saya, kat mana pun kita belajar.. belajar betul-betul. Dan betulkan niat jugak, kita belajar untuk apa? Untuk siapa? Dan kenapa kita belajar? Saya belajar, bukan sebab saya dah pandai.. and bila dah pandai, kena la belajar setinggi yang boleh. Tak.. bukan. Saya rasa, bila kita belajar.. belajar dan terus belajar tu, itu sebab kita bukan orang pandai. Kita masih orang yang nak belajar untuk jadi pandai. Teringat kata-kata lecturer saya dulu,

Kalau u all pandai.. u all takkan ada kat sini..”

Means, kita sume ni tak pandai pun. Kita belajar, sebab kita nak jadi pandai. Belajar sebab ilmu Allah ni luas. Rugi rasanya kalau kita tak explore ilmu Allah yang sangat banyak ni, kan? So, kalau tanya saya… 

habis, takkan tak pernah give up kot? Dah banyak kali gagal.”

Semua orang pernah gagal. Saya selalu gagal. Tapi, saya ok je.. sebab saya percaya, kalau tak rasa pahitnya kegagalan. Macam mana nak merasa manisnya kejayaan. Betul tak? So, belajar untuk cari ilmu yang boleh dimanfaatkan. Dan belajar untuk sama-sama beramal dengan ilmu yang kita belajarkan tu. Jangan sia-siakan harapan mak ayah. Sebab diorang dah banyak melabur untuk kita. Klau nak kira dengan sijil yang kita ada ni, belum tentu mampu nak bayar balik apa yang dah diorang keluarkan untuk kita. Tak boleh nak kira la pelaburan diorang tu, walaupun guna calculator scientific kuasa kuda pun. Hohoho..

Pesanan penaja : panjang pulak entry kali ni. Kata-kata semangat dari saya untuk semua.. selamat membaca la karangan yang maha panjang nih.. hehehe..:)

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...