Tuesday, June 12, 2012

Kongsi Cerita..(^_^)

Assalamualaikum...

Wah.. lamanya saya tak main 'conteng-conteng' kat teratak usang saya ni. Hehe. Bukan apa, saya busy lately ni. Ececeh.. busy la sangat kan bunyinya. Haha. TApi, memang pun. Sebab, sekarang saya dah ada kerja. Ala.... bukan kerja apa pun. Part time kat taska je. Hehe. Ok la tu kot. Daripada saya dok melangut kat rumah tak buat apa-apa.. lebih baik saya keluar cari pengalaman. Ye tak? Hehe. Itupun sebab mak lang saya yang ajak kerja tolong dia kat taska. So, should give a big thnakz jugak la kat Mak lang saya tu, since sangatlah membantu saya mengurangkan rsa bosan saya kat rumah ni. Huhu..(selamat dekat ngan rumah.. kalau jauh, memang have to say sorry la kat Mak Lang saya tu.. hehe.. anak mak ngn ayah ni kononnya2.. )

So, untuk entry kali ni.. saya nak kongsi sikit la pengalaman saya bekerja dekat taska tu. Saya teringat novel Adam & Hawa pulak tetiba. Ain Hawani yang buat part time kat taska before further study. Tapi, yang ni.. Ain SAbrina. Huhu. Bezanya, saya terus mulakan kerja tanpa ada interview session. (i wish gak kalau-kalau ada interview session.. manalah tau terjumpa Adam Mukhris ke.. Hahaha... berangan!)

Ok, back to the topic. Hari pertama kerja.. saya blurr. Macam manalah agaknya kerja saya nanti kan? Kalau sebut pasal taska.. saya memang membayangkan, 'penghuni-penghuninya' adalah budak-budak. Dan memang betul.. budak-budak. Saya kena melayan lebih 20 orang budak-budak. Tak pe... saya memang suka budak-budak. Lagipun, mak saya pengasuh. Dan hidup saya memang sentiasa dikelilingi budak-budak. Adik-adik sepupu saya ramai yang kecik-kecik. So, saya memang dah biasa. Masa first day.. saya jadik macam malu-malu kucing. Sebab selain saya, ada 4 orang lagi pembantu Mak lang saya.. and sumenya dah kahwin. Kira saya sorang je yang tak kahwin lagi la. Bukan tak kahwin lagi je.. saya jugak antara yang paling muda. Fuh.. memang best la kan. Saya mana geti nak beramah mesra dengan makcik-makcik ni. Lagi-lagi makcik yang saya sangkakan 'pemalu' macam saya jugak. Tapi, Alhamdulillah la.. makcik-makcik tu semua orait2 belaka. So, bila dah beberapa hari... saya pun dah boleh la menyesuaikan diri. Alhamdulillah.

Seminggu saya kat taska.. macam-macam piil yang saya jumpa. Ada yang dengar kata. Ada yang tak dengar kata. Ada yang pandai bercakap. Ada yang pendiam (macam saya.. Haha. Tipu je..) Best la.. terhibur je dengan diorang semua. Percaya tak, seminggu je kat situ.. saya dah boleh hafal semua nama-nama diorang? (Mana tak nye.. kalau hari-hari saya jadi tarzan..)

Saya ingat lagi... masa hari ke 3 saya kerja. Ada sorang anak 'murid' saya ni.. (sebab diorang panggil saya cikgu.. hehe..), buat hal tetiba. Dia boleh lari keliling taska tu sampai saya terpaksa panggil makcik yang garang sikit untuk panggil dia masuk. Sebab dia tak takut dengan saya. Kebetulan Mak Lang saya cuti hari tu. Dan konklusinya, hari tu...balik-balik je.. saya terus pengsan sampai ke pagi. Haha.. Hari yang sangat-sangat memenatkan. Makcik tu siap cakap macam ni lagi tu kat saya,

"Ain.. kau kena garang sikit dengan bebudak ni.. kalau tak, nanti dia tak takut..."

Hehe... makcik.. makcik.. saya ni muka je brutal.. tapi, dalam hati.. penuh taman, tasik, laut. sungai and kebun bunga bagai ni makcik. Alahai.. saya memang tak reti nak garang-garang dengan budak-budak kecik. Boleh tanya mak saya, macam mana saya layan budak-budak yang mak saya asuh. Sebab tu, anak-anak yang mak saya asuh.. manja dengan saya. Ececeh.. perasan pulak. Haha.

Apa-apa pun.. pengalaman baru buat saya. Alhamdulillah... orang kata, kalau kita tak cuba, macam mana kita nak tahu sesuatu perkara tu best ke tidak. Betul tak? So, kalau nak tau best ke tidak main dengan budak-budak.. kerja la kat taska. Hehe. Bagi saya, bergaul dengan budak-budak memang best sebenarnya. Saya belajar banyak benda dengan diorang. Walaupun diorang kecik.. tapi, apa yang diorang buat... lebih baik dari apa yang orang besar buat. So happy with them walaupun hari-hari kena berperang dengan ragam and kerenah diorang yang macam-macam tu...

Oh, ye... saya tak sempat nak update Permaisuri hati.. InsyaAllah, dalam masa terdekat ni saya sambung lagi ye.. doa-doa la saya tak malas. Sebab kalau saya malas... habislah. Memang tak jalan la progress manuskrip saya tu. Hehe... Assalamualaikum semua..... :)

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...