Monday, April 16, 2012

~Permaisuri hati~

                                     Bab 37

 “Hai.. macam kenal je. Syazreen kan?” Tegur satu suara ketika aku dan suamiku sedang sibuk menjamu selera. Ewah.. dah tak segan silu pulak eh sebut perkataan suami. Hai.. Syazreen..Syazreen.. nampak sangat dah sayang kat Sahel. Erm.. tu cerita lain. Sekarang ni, apa cerita pulak dengan manusia yang tengah menegur aku ni? Aku mengangkat muka memandang ke arah datangnya suara itu. Aku mengerutkan dahi sambil cuba mengingati siapakah gerangan lelaki yang berada di depanku ketika ini. Sahel yang sedang menyedut air  turut memandang ke arah lelaki itu.
      ‘Siapa pulak la ni?’ Getus hatinya.
        Lelaki itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. “Hai.. kawan lama pun dah tak kenal ke? Hasyimilah!” Lelaki yang memperkenalkan  dirinya sebagai Hasyimi tu mengangkat kening sambil tersengih memandangku yang masih blur itu.
     Setelah beberapa minit kemudian barulah aku mengingatinya. “Ya Allah.. Syimi! Bila awak balik? Ya Allah.. sorry..sorry. Sorry sangat-sangat. Saya dah tak cam awak dah tau. Lain gila erk sekarang?” Kataku dengan reaksi yang agak teruja itu. Agak teruja, bukan teruja sangat-sangat pun. Maklumlah lelaki yang berada di depannya itu merupakan cinta monyet di zaman sekolah dulu.
     “Well… macam ni jelah. Tak ada apa pun yang lain. Awak tu yang dah lain. Dah makin cantik saya tengok.” Hasyimi memuji. Tapi, nampaknya macam dah salah puji je. Syazreen yang kau puji melangit tu, dah jadik isteri orang la weh.
     Aku tersenyum malu. “Pandai-pandai jelah awak. Oh, ya.. saya perkenalkan..ini suami saya. Sahel. Abang… ni kawan Reen masa sekolah dulu..Hasyimi.” Aku memperkenalkan suamiku kepada Hasyimi.
      Sahel Haqimy tersenyum sedikit. Cuba memberikan senyuman yang ikhlas mungkin, namun dia tidak pasti, adakah senyuman yang diberikan itu Nampak ikhlas ataupun tidak?
      Hasyimi yang mendengarnya terkejut. Dah kahwin rupanya kau ya? “Oh.. really? Dah kahwin rupanya. So, kiranya saya dah lambat la ni eh?” Usiknya dengan selamba. Sahel Haqimy sudah tidak tentu arah. Amboi kau.. bukan main lagi eh? Kau sedar tak kau cakap dengan siapa tu? Isteri akulah sengal. Hatinya menggerutu geram.
     Aku terkedu seketika sambil mengerling ke arah suamiku. Nampak wajah tegangnya ketika itu. Tak payah nak pakai botox dah. Haha..apalah yang aku merepek ni? Ish, mamat ni pun. Mulut tu kalau ye pun laser, filter la sikit Syimi oi. Omelku di dalam hati           “ Awak ni.. ada-ada jelah Syimi. Eh..jomlah join kitorang sekali.” Aku mempelawa. Bak kata mak, ‘berbahasa dengan orang’. Apa salahnya, kan? Memang tak salah, tapi pelawa lelaki lain depan suami sendiri..itu yang salahnya. Dan aku tak sangka pulak yang pelawaanku itu membuatkan suamiku mendiamkan diri dari angkat kaki keluar dari restoran tu, sampailah ke rumah.
     “Eh..no, its ok. Saya dah makan tadi.  Nak balik dah pun. Enjoy your dinner la. See you again.” Ucapnya sambil berlalu pergi.
     Sahel Haqimy membuat muka. See you again konon. Berani see la. Suka-suka hati kau je nak see wife aku eh? Sahel mengomel di dalam hati. Syazreen di depannya dibuat tak kisah. Panas hati sebenarnya.

AKU jadi pelik dengan perubahan mendadak suamiku itu. Takkan sakit kot. Tadi masa nak keluar, ok je dia. Hish.. dia ni, suka buat aku risau tau. Sahel yang sedang memandu itu dipandang sekilas. Nak tegur ke tak nak? Nak tegur ke tak nak? Macam tak de mood je. Lah.. tanyalah dia. Yang kau pun senyap macam dia tu, dah kenapa? Suara hatinya berbisik. Ala.. nak kena tanya ke? Kalau tanya karang, tak pasal-pasal pulak kena marah ke apa ke. Macam mana? Aku menyoal diri sendiri. Tanya je la weh. Jangan blurr boleh tak Syazreen? Gesa hatinya lagi. Aku masih membatu. Tak payah tanyalah. Nak tanya Elly kejap lagi. Biarlah dia. Tengah tension kot. Huhu. Aku membuat spekulasi sendiri. Lalu untuk tidak mahu keadaan sunyi itu berlarutan, aku menekan radio. Lagu Nera Hatiku Milikmu berkumandang. Aku menyanyi-nyanyi kecil mengikut rentak lagu. Sampai bahagian chorus, aku terdiam. Aiseh lagu ni pun.. macam tahu-tahu je apa yang aku rasa sekarang ni.  Di sisimu aku terdiam seribu bahasa.. dihatiku bergetar sejuta rasa..namun sukar untuk aku meluahkan.. err, sambung sendiri la erk.
         Sahel Haqimy mengerling gelagat isterinya di sebelah. Dia mengetap bibir menahan geram. Orang tengah merajuk  ni, bukannya dia nak pujuk. Dia boleh menyanyi riang pulak kat situ. Hish.. sakit hati betul. Sahel Haqimy membuat muka.
         Sepuluh minit kemudian, aku sudah pun berada di dalam bilik. Sahel masih di bawah. Masa sampai tadi, suaminya itu terus-terus melangkah ke dalam rumah dan meninggalkan dirinya terpinga-pinga seorang diri. Aku yang dah memang dari tadi blur, bertambah blur tengok perangai suamiku itu. Aik..dah kenapa pulak dia ni? Takde angin..takde rebut.. tiba-tiba je nak berangin ni apsal? Aku ada buat salah ke? Ish..ish.. tak boleh jadik ni. Nak kena tanya Elly ni. Dia kan penasihat merangkap kaunselor aku yang tak bertauliah. Dan sebab itu jugaklah, aku dah pun mendail nombor telefon Elly. Sempat aku mengerling jam di sisi katil. Baru pukul 9.30. Elly tak tidur lagi kot. Dia tu mana reti nak tidur awal. Silap besarlah kalau dia anggap yang panggilan dari aku ni, merupakan satu gangguan untuk dia. Hehe. Suka hati aku je kan.
        “Hello.. assalamualaikum. Elly.. kau buat apa?” Soalku. Ayat mukadimah yang paling klise antara yang klise.
        “Waalaikumusalam.. aku tengah tidur. Eh..apa daa. Dah tentu-tentulah tengah bercakap dengan kau kat telefon ni. Kau dah kenapa? Malam-malam macam ni, dok call aku? Kot ye pun rindu kat aku, tak payah la membazir kredit Reen oi. Besok kan kita boleh jumpa.” Elly menjawab dengan struktur ayat yang macam biasa. Panjang gila! Hei.. dia ni la.. tak boleh tanya sikit. Menjawab je lebih. Inilah dia bila orang kata, sepatah orang tanya..berpuluh-puluh patah dia menjawabnya. Elly..Elly.. entah apa-apalah dia ni.
         “ Weh, makcik.. kau ni kan, kalau ye pun nak jawab soalan aku yang best tu.. jawab pendek-pendek sudahlah. Yang nak jawab panjang lebar macam nak buat karangan SPM tu dah kenapa? And lagi satu, tak kuasa aku nak rindu-rindu kat kau. Jangan nak perasan, okey.” Balasku. Erm..lebih kurang je panjangnya pun jawapan aku ni. Ah..lantaklah.
         Terdengar ketawa Elly dihujung talian sana. “Yelah..yelah. Hah, nak apa sahabatku dunia akhirat? Ada citer best ke nak share dengan aku?” Elly bertanya. Mesti ada hal ni. kalau tak, takkan rajinnya si Syareen ni nak telefon aku. Elly membuat kesimpulan sendiri.
         “Ini yang aku nak citer ni. Pasal Sahel…”
         “Hah.. dah kenapa pulak dengan dia? Accident lagi ke? Apa pula yang patah kali ni?” Elly membuat spekulasi sendiri dengan nada cemasnya.
          “Hish.. kau kalau nak melalut, jangan mentioned benda yang bukan-bukan boleh tak? Aku backhand kau karang. Accident apanya? Dia sihat tu kat bawah tu. Tapi…” aku mengeluh.
          “Lah.. kalau tak accident, kenapa pulak? Cuba kau cerita habis-habis dengan aku. Kau ni…heish.. baran pulak aku dengan kau ni. karang sebelum kau backhand aku, aku pulak yang backhand kau dulu kang.” Elly sudah membebel geram.
          Amboi.. dia pulak yang marah. “Tak.. macam ni.. Sahel tu, entah kenapa entah? Tiba-tiba nak tarik muka dengan aku. Padahal before nak keluar tadi, dia ok je. Siap boleh buat lawak lagi.” Aku terus bercerita sampailah part aku terjumpa Syimi.
           Elly ketawa mendengar cerita aku. Pulak? Aku buat cerita lawak ke tadi? Aku menyoal diri sendiri. Rasanya tak. Tapi, yang perempuan ni dah kenapa? Gelak macam aku buat lawak sarkas pulak. Hish.. ni yang menyampah ni.
          “Eh.. Elly, kau nak gelak berapa jam lagi ni?” Soalku dengan nada geram. Baran pulak aku dengan dia ni.
          “Sorry..sorry Reen. Aku rasa, bukan citer kau yang lawak. Tapi, kau tu yang lawak.” Jawab Elly sambil terus-terusan ketawa.
          Aku membuat muka pelik walaupun aku sendiri tak tahu, macam mana rupanya muka pelik aku tu. “Apsal pulak aku? Kau ni.. suka merepeklah Elly. Aku suruh kau settlekan masalah aku ni. Bukan suruh kau gelakkan aku sampai nak bergolek-golek. Apalah kau ni!” Aku mendengus geram. Ini yang malas nak cerita ni. Kalau tak kena gelak dengan dia..memang tak sah!
          “Ok..ok.. sorry.. sorry. Ok.. kau nak tau tak apa masalah kau sekarang ni?” Soal Elly.
         “Apa dia?” Jawabku lurus.
         “Masalah kau sekarang ni.. kau tu blur sangat tau tak? Meh sini aku bagitahu kau something.. kau nak tahu, kenapa laki kau buat muka, tarik muka ke apa.. what so ever la kan. Sebab, dia jealous!”
        “Jealous.. lah, kenapa nak jealous pulak? Salah ke aku ajak kawan lama aku makan sekali. Aku berbahasa. Lagipun, aku tak serius pun nak ajak dia makan sama dengan kitorang tadi. So, aku tak expect dia boleh buat isu benda ni. He’s my friend ok. Our friend. Kau pun kenal si Syimi tu kan?” Balasku. Dalam hati, ada rasa terkilan. Kalau sebab tulah yang buat suaminya itu melancarkan mogok dengannya. Itu memang tak boleh diterima akal.
        “Yang kau ni pun, dah kenapa slow sangat? Yang dok pergi pelawa si Syimi kawan lama kau tu makan sekali kenapa? Mahunya dia tak panas. Kalau aku jadi dia pun, aku tak boleh terima.” Elly membebel lagi.
        “Apa pulak.. ok.. memanglah aku salah. Tapi, takkanlah sampai dah tak boleh nak bersuara langsung. Kau tau tak, dari angkat je kaki keluar dari restoran tadi, sampailah sekarang ni.. dia tak tegur-tegur aku tau. Apahal dia tu? Emo macam orang period.” Omelku sambil menumbuk-numbuk bantal peluk yang tengah aku pegang itu. sempat pulak dikutuk suaminya itu.
         “Reen.. Reen…kau ni. Itulah.. aku suruh kau belajar alert dengan perasaan orang. Kau tak nak. Sekarang, bila dah jadik macam ni.. mulalah nak menggelabah macam hape. Eh.. dahlah.. kau bising-bising kat telinga aku pun, bukan dapat apa. Lebih baik kau pergi pujuk suami kau tu. Kesian dia dapat bini blur macam kau ni. Orang tu tengah merajuk. Dia memang harap kau pujuk dialah tu. Tak payahlah nak buat perangai blur kau tu.” Elly menasihatkan sahabatnya yang kalau melibatkan hati dan perasaan ni, tersangatlah blur orangnya.
        Aku mengetap bibir. “Err.. kena pujuk ke? Aku mana tahu pujuk orang beb. Selalunya, aku tak payah nak pujuk orang. Diorang dah terpujuk sendiri. So, tak payahlah erk?” Aku meminta pandangan Elly.
         “Banyaklah kau punya dah terpujuk. Dah..dah.. pergi pujuk laki kau tu sebelum aku yang jadi mangsa dia. Pergi..pergi.. Hish, korang ni. Entah apa-apalah. Yang sorang blur..yang sorang asyik nak terasa. Hah.. memang padanlah korang berdua ni. Dua kali lima je.” Tempelak Elly. Hish.. pening aku dengan fiil kawan-kawan aku ni. Macam budak-budak sekolah je. Budak sekolah pun dah matured tau tak? Omelnya di dalam hati.

AKU turun ke bawah dengan langkah perlahan. Kulihat, suamiku sedang berbaring. Aku tak terus mendapatkannya. Aku melencong ke dapur dan kembali semula dengan membawa mug berisi air Nescafe. Aku baru teringat yang aku terus mengurungkan diri di dalam bilik setelah pulang dari makan malam tadi.
      Aku meletakkan air di atas meja. “Air bang…” Kataku.
      Sahel Haqimy tidak menjawab. Diam membeku.
      Aku mencuba lagi. “Abang… err.. err.. abang ok?” soalku teragak-agak.
      Sahel Haqimy masih membisu. Matanya masih tertumpu ke arah tv yang terpasang. Mata je kat tv..tapi, fikiran entah ke mana. Saja je mahu melihat kesungguhan isterinya itu. Kira macam, buat-buat merajuklah ni. Sahel..Sahel..kau memang gediklah! Cemuh hatinya.
        “Abang… marah kat Reen ke?” Soalku sambil membetulkan dudukku mengadapnya. Ya Allah.. aku memang failed bab-bab nak memujuk orang ni. Ini semua salah kau Elly. Tak de benda lain ke kau nak suruh aku buat? Dah tau aku tak reti pujuk orang. Lagi nak suruh aku buat. Hish… tension..tension.
        Sahel Haqimy masih diam membeku. Dia menukar-nukar channel tv. Lepas ke satu channel..satu channel dia menekan remote control tu. Agaknya kalaulah remote tu boleh bercakap, dah lama suamiku itu pengsan agaknya. Dan jangan cakap dia, dengan aku..aku sekali pengsan. Huhu. Sempat pulak fikiran aku ni terbabas ke lain.
        Sahel Haqimy masih lagi bermain-main dengan remote control di tangan. Aku yang sudah naik bosan melihat kelakuannya itu dengan pantas dan efficientnya merampas remote control dari tangannya itu dan membawanya ke belakangku. Wahaha. Dramatiknya ayat.
       Sahel Haqimy yang terkejut dengan tindakan isterinya itu menjegilkan matanya ke arah wanita yang sudah membuat akal dan fikirannya bercelaru.
      “Kenapa? Dah tak boleh nak bersuara dah? Abang ingat, dengan jegil-jegilkan mata macam tu.. Reen boleh fahamlah?” Sinis sekali pertanyaanku itu. Aku tersenyum sedikit memandangnya.
       “Ada abang kisah.. Reen faham ke tak?” Jawabnya selamba sambil cuba merampas kembali remote control yang berada di belakangku. Aku mengelak dan agak lama jugaklah kami berebutkan sesuatu yang kalau dilihat oleh budak-budak kecik, pasti sudah dijadikan kami berdua ni sebagai satu bahan lawak yang takkan habis diketawakan sehingga ke malam esoknya.
       Perebutan itu berakhir apabila aku yang tidak dapat mengawal keseimbangan badanku lalu jatuh terduduk ke lantai. Dan akhirnya, Sahel Haqimy berjaya mendapatkan remote itu.
      “Aduh.. sakitlah. Abang ni dah kenapa? Main tolak-tolak orang pulak?” marahku sambil membaling bantal kecil yang ada berhampiranku tepat mengenai mukanya.
      Sahel Haqimy tidak menghiraukan bantal yang terkena tepat di mukanya itu. tapi, dia lebih risaukan isterinya yang sudah terduduk di atas lantai.
     “Sorry… sayang. Abang tak sengaja.” Jawabnya pendek. Dia menghulurkan tangan untuk membantu isterinya itu.
      Aku tak jadi mahu memarahinya apabila mendengar nada suaranya yang penuh dengan nada risau itu. Hah.. boleh pun bercakap. Ingat dah banyak sangat ternak emas kat dalam mulut tu, sampaikan dah tak boleh nak bercakap. Omelku di dalam hati.
     Aku sudah pun duduk di atas sofa. Dia masih lagi kaku disebelah. Beberapa minit kemudian, aku dan dia berpandangan. Akhirnya kami ketawa. Ya, ketawa dengan sikap kebudak-budakan kami malam ni.
     Dia menarik aku supaya lebih dekat lagi dengannya. Aku tidak menolak. Malah, aku merasakan inilah masa yang sesuai untuk aku mengetahui, kenapa dia bersikap aneh sangat malam ni.
      “Reen ok?” Soalnya sambil mengelus-ngelus tanganku.
     “Ok je.. abang ok?”
    “Ok jugak…” balasnya.
    “Ye ke? Macam tak je...abang ada masalah eh?” Eleh.. nak coverlah tu. Getus hatiku.
    Sahel menggeleng. “Tak la. Siapa kata?” Soalnya pula.
      “Abang.. kalau abang tak puas hati, abang cakap je. Janganlah simpan-simpan macam ni. Reen tak sukalah. Cuba abang cakap, Reen ada buat abang marah ke?” Aku menyoal lagi. Haish.. hilang sabar pulak aku dengan laki aku ni. kalau dah muka tu tak reti nak simpan rahsia.. tak payahlah susah-susah nak buat muka macam dengan cemerlangnya boleh simpan rahsia tu abang oi.
       Dia diam lagi, sambil matanya masih memusat ke arah tv. Aku yang sudah malas mahu bertanya itu melepaskan keluhan kasar. “Ok.. fine… abang layanlah perasaan abang tu sorang-sorang. Reen nak naik atas.” Aku bangun untuk menuju ke tingkat atas, namun baru saja kakiku ingin melangkah..dia bersuara tiba-tiba.
       “Siapa Hasyimi? Abang jealous tengok sayang layan dia mesra sangat tadi”
       Aku terkedu mendengar soalannya itu. Satu keluhan terbit dari bibirku. Hai.. betullah apa yang Elly cakap. Cemburu rupanya. Aku ketawa perlahan. Tiba-tiba aku rasakan yang suamiku itu dah macam budak kecil pulak. Aku kembali duduk disebelahnya. Ku pandang mukanya dengan senyuman yang ala-ala tak jadi.
      “Kenapa pandang abang macam tu?” Sahel Haqimy menyoal. Kurang selesa pulak jadinya bila ditenung sebegitu.
      Aku tersengih sambil menggelengkan kepala. “Abang ni…macam budak-budaklah. Dengan Syimi pun nak jealous. Dia tu, kawan lama Reen la. Kitorang satu sekolah dulu. Takde apa yang nak dicemburukan bang. Reen sedar, Reen ni isteri abang. Kalau mesra pun tadi layanan Reen kat dia, itu sebab kami dah lama tak jumpa. Abang janganlah risau. Reen sayang abang sorang jelah.” Pengakuan ikhlas dari hatiku. Wow.. berani jugak aku buat confession macam ni eh? Hebatlah kau Syazreen.
       Sahel Haqimy mengerutkan dahinya namun di dalam taman hatinya, berbunga-bunga riang mendengar pengakuan isterinya itu. “Yeke? Habis.. yang tadi tu, siap pelawa makan sekali tu apa kes? Jealous abang tengok tau. Nasib baik kat tempat public tadi. Kalau tak.. siaplah mamat tu abang warning.”
      Aku menampar lembut lengannya. “Amboi.. bukan main lagi eh. Abang tak payah risaulah. Dia tu kawan Reen je. Dah la bang… nah.. minum air ni. Penat Reen buat tau.” Aku mengubah topik. Hai.. macam tu pun  nak jelous ke? Aku berkata-kata di dalam hati.
      Sahel Haqimy sudah tersengih-sengih. Dia mencapai cawan yang aku hulurkan. Setelah meneguk sekali, dia memberinya kepadaku.
     “Nah.. Reen minumlah sekali…”
     “Kenapa pulak? Kan air tu untuk abang?” soalku hairan.
     “kata penat…” jawabnya selamba.
     Aku menampar bahunya. Ceh, dia kenakan aku rupanya. Sahel Haqimy ketawa melihat wajah geram isterinya itu.




pesanan penaja : Updating! Alhmdulillah.. dapat pun update bab terbaru pasal Permaisuri Hati.. so, atas permintaan ramai..(ramai la sgt yg mintak kan? haha..) saya update bab terbaru permaisuri hati.. selamat mbaca.. and don't forget to leave ur comment here.. saya terima je sume komen2 anda.. hehe...:)

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...