Saturday, January 28, 2012

~Berniaga : Saya memang tak reti.. hehe..~

Assalamualaikum  semua.. hehe..

Allah..penatnya.. rasa nak  gi spa pulak la tetiba. (Spa muslimah la.. tak mo yang campur muslimin muslimat tu.. tak best.. hehe..). Minggu ni, minggu paling busy. Ceh wah! Busy la sangat kan. Hehe. Tapi, memang betul pun. Minggu ni, dan dua minggu akan datang... ‘jadual’ saya penuh dengan segala macam aktiviti. Untuk minggu ni, saya terlibat dengan karnival Usahawan. Hehe. Belajar-belajar berniaga la kononnya. Bagi yang minat berniaga, memang masa ni adalah masa yang terbaik untuk test market and  promote product jualan masing-masing. Tapi, bagi yang tak minat berniaga macam saya... cukuplah just jadi supporter je. Haha. Bukan la maksud saya tu, just dok tengok je orang bukak booth and berniaga. Kelab yang saya involve pun, join gak karnival ni. In fact, kami boleh combinekan 3 modal utk ‘bukak’ satu perniagaan. Satu, untuk kelab... dua, untuk subject selling.. and tiga, untuk saya and partnership saya.. ececeh.. siap ada partnership.. sungguh menghiburkan ayat ini. Hoho.

Citer pasal berniaga kan, saya selalu ditanya macam ni..

Study course ape?”

Bila saya sebut, business.. orang yang tanya, mesti akan cakap macam ni..

“Oh.. nak jadik business woman la ni eh?”

Erk... hehe. Ini soalan yang selalu saya dapat.. dan ini jugak antara assumption yang selalu orang buat. Berniaga eh? Huhu.. tak tahu nak explain macam mana.  saya memang tak boleh berniaga. Walaupun memang bidang tu la yang saya ambik sekarang ni, tapi bab berniaga ni.. memang awal-awal lagi saya dah surrender. Kalau setakat karnival kecik2 macam yang tengah ‘live’ kat kolej saya sekarang.. boleh la kot. Tapi, kalau nak jadikan business tu sebagai punca rezeki.. memang tak la jawabnya. Sebab, saya jenis yang cepat kesian dengan orang. Orang kata apa, lembut hati. nampak ganas, tapi dalam hati.. tisu je lebih. Haha..
Bak kata, lecturer saya bila saya and kawan-kawan saya mintak postpone quiz semalam..

“Ala.. awak ni.. jangan la buat muka kesian dengan saya.. saya ni dah la lembut hati..”

(serius, memang lecturer sye tu lembut hati.. bila dia bagi kami buat open book quiz.. hoho.. tapi, dgn syrat kami kena perform la masa test nanti.. hihi..)

Saya memang tak reti berniaga. Saya ingat lagi, ‘cita-cita’ saya kononnya nak buat business la.. bila dah belajar  pun course tu kan, so.. tak banyak sangat pun, at least mesti ade sikit business minded tu.. so, saya plan la kononnya bila dah ade ink printer and sekali dengan printernya.. boleh kot kalau saya buat business printing.. lastly, business entah ke mana.. ink printer je yang habis sentiasa. Haha. 

Penah la adik junior saya tanya bila diorang print asgnment..

“kak ain.. berapa ni nak bayar?”

Saya jawab balik macam ni..

“Eh.. tak yah la.. kalau nak print, cakap je.. tak yah nak bayar2..”

“Lar.. mana boleh mcm tu.. cakap la kak ain.. berapa?”

“Tak payah.. akak tak reti berniaga.. haha..

Hoho.. sama gak macam bulan lepas. Adik junior saya hilang telefon.. then, dia beli handphone baru. Yang kelakarnya, beli handphone.. tapi, tak beli nombor. Alasan, sayang nak beli nombor baru.. nak renew gak nombor lama. Dalam hati saya, ‘dah dekat sebulan hilang... nak renew amende nye?’ then, saya bagi la nombor celcom saya kat dia.

“Ok.. saya ambik.. tapi, kak ain jual la kat saya..”

“ala.. tak mo la jual2..  guna je nombor ni.. akak pun bukan guna sangat.. baru je beli nombor tu.. tak best ar pakai celcom.. maxis dihatiku...” saya jawab macam tu..(org tak reti berniaga cakap..huwaa3..)

Panjang gak citernya masa tu. Yelah, geram adik junior saya tu dengan saya.. sampai ugut tak nak pakai nombor tu segala. Saya buat don’t know je. Sampai la dia give up nak suruh saya ambik duit dia. Baru settle kes tu. Haha..bagi saya yang bukan otak business ni.. nak berjual beli tu, bukan cara saya. kalau saya kata, tak yah bayar apa2, saya memang pegang kata-kata tu. So, jangan la ada rasa nak  berjual beli dengan saya.. kalau tak bengang menguasai diri anda. Hehe.

Tapi, saya memang kagum la dengan orang-orang yang boleh berjaya dalam bidang ni. Tabik spring la  saya bagi kat orang-orang macam ni. 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan kan? Rasulullah S.A.W dulu pun memang seorang peniaga yang berjaya. Kadang-kadang sedih gak, sebab tak leh nak ikut cara Rasulullah yang satu ni. Tapi, rezeki tu ada je kat mana-mana. Yang penting usaha. Hehe.

Monday, January 23, 2012

~Ini pendapat saya~

Assalamualaikum...
Sebagai salah seorang dari beribu-ribu wanita kat luar sana yang hidup dalam arus kemodenan zaman dan tamadun, saya akui, yang diri saya sendiri masih belum cukup moden dalam hal-hal yang ada sangkut paut dengan hati dan perasaan ni. Atau nak lebih clear lagi, bab couple la. Bab ni memang saya ketinggalan sikit. Traditional la kononnye. Hehe. Kalau kawan-kawan sibuk bercerita pasal pakwe masing-masing.. atau tak kurang gak yang berdating sambil pegang-pegang tangan tu.. saya hanya boleh berkata-kata dengan diri sendiri je..

‘agak-agak nye kemesraan diorang ni akan kekal ke bila diorang kahwin nanti erk?”

Bagi saya, bukan soal mencari pakwe yang diutamakan, tapi soal mencari seorang suami yang boleh membimbing saya satu hari nanti. Mungkin bagi sesetengah orang, tak de life la kalau tak de pakwe.. tak kisah la ada life ke tak.. yang pastinya, saya masih ada ALLAH dan mak ayah saya yang sentiasa dan akan sentiasa di sisi saya. Buat apa ada pakwe pun, kalau belum pasti lagi dia yang akan jadi suami kita. Betul tak? Pasanglah berapa banyak pakwe pun.. orang kata, spare part untuk ubat kesunyian dalam diri ni, tulislah berapa ramai pun koleksi pakwe yang kita ada kat dalam diari harian kita, kalau semua tu boleh membahagiakan diri kita. Tapi, satu yang pasti, kebahagian tu akan lebih dirasai bila kita boleh berkongsi suka duka kita dengan seorang lelaki atau wanita yang dah sah untuk kita.

Feedback yang memberangsangkan bila saya buat post macam ni kat FB saya..

~perempuan tak reti masak.. lelaki bising.. abes, lelaki yang tak reti nak jadi imam tu.. ape citer pulak? hoho..~
Tersengih-sengih saya membaca komen-komen yang ada. Sebenarnya saya dah pernah buat post tu.. dan itu antara post yang paling ramai orang like... hehe. Bukan kuantiti like yang saya nak ceritakan, tapi lebih kepada isi terpenting yang tersirat dan tersurat dalam post yang saya buat tu. 

Allah.. bukan niat saya nak buat statement yang berbaur bias macam tu, cuma apa yang boleh saya katakan, untuk zaman yang segala-galanya memang terkehadapan, bagi saya sendiri, untuk mencari seorang lelaki yang boleh dijadikan suami.. bukan satu benda mudah semudah ABC. Sebab apa? Sebab, ustaz Azhar Idrus sendiri pernah berkata dalam ceramahnya, 

“Mak ayah, jangan sesekali nikahkan anak perempuan dengan lelaki yang tak solat...”

saya mengaku.. saya bukanlah pandai masak sangat pun. Kalau masak pun, rasanya kadang-kadang tak sedap.. kadang-kadang sedap.( bila sedap tu.. memamng bukan saya yang masak la.. itu mungkin mak saya.. atau mungkin jugak kakak saya.. dan mungkin jugak adik-adik lelaki saya..haha..). Kadang-kadang macam terlebih masam manisnya. Itu antara kelemahan diri saya sendiri la. Mak saya sendiri, kalau tak betul-betul.. memang takkan percaya kalau saya yang jadi chef. Mak saya rela saya masak nasi dan masak air je. Huhu.
Berbalik kepada isu di atas, ada yang bertanya..

“Ayat kat atas bermaksud jga..lelaki yg boleeh jdi IMAM..boleh mengimamkn lbh dri sowng makmum...ke camne??” (just copy paste komen salah sorang rakan FB saya)

Statement tu bukanlah bermaksud orang lelaki tu perlu hebat dalam hal-hal agama sampaikan, orang perempuan kena letak syarat seolah-olah yang boleh masuk meminang tu ustaz-ustaz, imam-imam ataupu alim ulama yang memang dah komfem kefahaman agamanya lebih tinggi dari orang lain. Tidak. bukan itu maksud saya. Maksud saya, cukuplah kalau seorang lelaki tu ada sedikit ilmu agama yang boleh digunakan untuk membimbing isteri, anak-anak dan keluarganya. Dengan cara apa? Dengan cara, boleh mengimamkan isteri dan anak-anaknya juga ahli keluarganya yang lain. Itu yang saya maksudkan. Dan bila seorang lelaki itu boleh mengimamkan ahli keluarganya, saya percaya..insyaAllah dia boleh jadi imam untuk orang lain juga.

Teringat kata-kata ini,

“Jangan impikan suami sehebat Rasulullah S.A.W kalau diri tak sehebat dan seanggun Saidatina Khadijah...”

 Setiap orang, baik lelaki atau wanita. Masing-masing ada kelemahan dan kekurangan. Terimalah setiap kekurangan tu sebagai satu anugerah dari ALLAH untuk kita jadi saling melengkapi antara satu sama lain. Saya bukanlah baik sangat dan tentunya bukanlah insan yang sempurna serba serbi, tapi saya selalu update kekurangan yang ada tu sebagai salah satu kerja part time untuk saya sentiasa bermuhasabah diri. InsyaAllah..(^_^)

Ain says : saya kolot.. tak tau bercinta... hehe.. tapi, saya percaya cinta selepas kahwin tu lagi best.. 

Sunday, January 22, 2012

~Permaisuri hati~


                                        Bab 36

“Oi, makcik! Kenapa kau tak beritau aku yang sahel dah keluar hospital, hah? Penat aku pergi hospital. Tengok-tengok katil je yang ada. Orangnya takde. Skru driver betul la korang ni.” Bebel Elly macam machine gun automatik.
     Aku yang ketika itu sedang menanda kertas soalan quiz pelajar-pelajarku terkejut sampai terpelanting pen yang aku pegang. Erk…hampeh punya member. Kalau dah memang ratu terjah tu, ratu terjah jugaklah. Tak tau bagi salam betul. Heish.. tension..tension! Dah la panggil aku skru driver. Dengan laki-laki aku pun dia belasah gak panggil skru driver. Ish, memang nak kena tukul besi si Elly nih.
    “Assalamualaikum, sahabat? Amboi.. sedapnya bahasa ibunda kau. Dah la tak reti nak bagi salam. Lepas tu, boleh pulak kau main terjah aku macam Naz Ahmad melodi tu eh? Kau ni, cuba buang perangai tak semenggah kau tu sikit. Tak habis-habis dengan kalut malut kau tu. And lagi satu, aku bukan skru driver ok. Aku manusia. Jangan nak memandai-mandai bagi nama tu kat aku.” Balasku dengan panjang lebarnya. Hah, gasak kau la Elly. Sape suruh main redah je. Kan dah dapat sepatah dua kata dari aku. Huhu.
    Elly tersengih-sengih memandangku sambil tergaru-garu kepala. Budget gatal la tu. Padahal dah segan silu dengan aku. Getus hatiku.
    “Sorry..sorry.. waalaikumusalam. Ala.. aku gurau je. Janganlah marah. Yang kau tu, tak bagitau kat aku sahel dah keluar wad tu, ape kes? Aku dah excited gile nak melawat, alih-alih dia dah keluar wad. Mau nye tak frust aku time tu.” Kata Elly sambil menarik kerusi yang ada di hadapan mejaku.
    “Sorry la Elly. Aku lupa. Lagipun, aku geram jugak dengan laki aku tu. Dia tak sihat betul lagi kau tau tak? Tapi, dah mengada-ngada nak keluar. Kalut la aku bila tiba-tiba doktor call, kata yang dia dah boleh balik. Tu yang tak sempat nak bagitahu kau tu.” Sengihku sambil ingatanku terlayang seketika kata-kata keluargaku dan keluarga mertuaku. Bebelan yang seakan-akan sama seperti bebelan Elly. Serius, saling tak tumpah. Aku dan sahel hanya mampu terkebil-kebil sambil membuat muka innocent. Dah memang salah aku tak telefon keluarga kedua belah pihak awal-awal. Natijahnya, pasangan pensyarah disyarah la jawabnya. Huhu.
     “ Hish.. korang ni, tu la. Lain kali, kalau kalut sangat pun… jangan lupa bagitau family korang. Tak de la diorang risau. Habis, sahel kat mana ni? Kat rumah ke?” soal Elly.
     Aku mengangguk. Ha’ah.. cuti dia ada seminggu lagi. insyaALLAH, minggu depan dia masuk la keje balik. Risau jugak aku tinggalkan dia sorang-sorang tu. Dia bukan nye tau nak duduk diam. Ada je benda yang dia nak buat. Letih dah aku dok cakap. Tak makan saman betul.” Sempat aku membebel.
    Elly tergelak-gelak melihatku. Aku memandangnya dengan pandangan pelik. “Weh.. dah kenapa pulak dengan kau ni? Hiperbola ke apa?” soalku pelik. Hish.. benda la minah ni. Omelku.
     “Sayang jugak erk kau kat Sahel? Aku ingatkan sampai ke sudah la si Sahel tu kempunan nak rasa kasih sayang kau.” Elly terkekek-kekek ketawa apabila melihat mukaku yang dah macam udang kena bakar.
    Aku mengerutkan dahi. “Ish.. kau ni. Dah dia suami aku. Kalau bukan aku nak sayang dia. Sapa lagi yang nak sayang dia.” Balasku selamba. Dalam hati, malu bukan main lagi. dengan minah ni, memang selalu sangat hidup aku tak selamat. Cepat aje dia dok detect benda-benda macam ni. Elly..Elly. Memang keturunan Naz Ahmad betul la. Desis hatiku.
    “Alolo… nak cover lion la tu. Eh.. silap… cover line la tu.” Usik Elly lagi.
    Aku membalingnya dengan pen yang aku pegang tadi. Elly mengelak sambil ketawa besar. Tak habis-habis dengan term pelik dia tu. Orang cover line…dia dok heboh dengan cover lion.. cover lion dia. Ni la padahnya kalau suka sangat layan channel National Geographic tuh. Asyik dok sebut lion.. lion.. lion. Tak de  haiwan comel lain yang nak disebut agaknya.
    “Eh.. jom la belanja aku makan. Dah lama kot kau tak belanja aku. Kesian kat kawan kau sorang ni.” Elly membuat muka satu sennya tu. Hish.. dia ni, dulu..kini dan selamanya.. asyik aku je yang kena belanja. Nak kena dia ni.
    “Dah.. takde..takde.. asyik aku je yang kena belanja kau. Now, your turn okey. Jom, aku dah lapar ni.” Aku segera mencapai beg tanganku dan lantas bangkit dari tempat dudukku menuju ke luar.
    Elly yang melihatku segera menjerit. “Weh.. mana aci. Kau main tipu. Bila pulak kau belanja aku. Selalu tu Sahel je yang rajin belanja aku.” Hish..minah ni. Sekeh kang baru tau! Nak mengelat la tu. Bebel Elly sambil terkocoh-kocoh bangkit dari tempat duduknya itu.
     Aku ketawa sambil terus menuju ke parking kereta. Elly masih lagi membebel di belakang. Gasak hang la makcik! Huhu.

Aku sampai di rumah tepat pukul 6 petang. Aku melangkah masuk ke rumah. Ku lihat suamiku sedang duduk di ruang tamu sambil memegang handphone di tangan.
    “Assalamualaikum bang.” Aku terus duduk di sisinya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
    “Waalaikumusalam.” Sahel Haqimy menyambut huluran tangan isterinya itu. Sempat dia mengucup pipi wanita kesayangannya itu. Lega mendengar suara isterinya itu.
    Aku tersengih memandangnya. Malu juga sebenarnya dengan perbuatan tiba-tibanya itu.
     “Lambatnya Reen balik. Abang call dari tadi tak dapat-dapat kenapa?” soal Sahel Haqimy sambil tangannya sibuk dok bermain-main dengan jari-jemari isterinya itu.
    Aku mengerutkan dahi. Erk.. tak dapat? Kenapa pulak? Aku serta-merta mengeluarkan handphoneku dari dalam beg. Ya ALLAH.. patut la pun tak dapat. Bateri kering. Aku tersengih memandang suamiku.
    Sahel Haqimy yang seakan-akan mengerti dengan sengihan isterinya itu segera berkata. “Ha.. bateri habis la tu. Sayang ni kan.. apa pasal malas sangat nak charge telefon ni?” Tegurnya sambil menarik hidungku.
    Aku menepis tangannya. “Ala.. bukan malas la bang, tak rajin je.” Jawabku selamba.
   Sahel Haqimy membulatkan mata mendengar jawapan selamba isterinya itu. “Amboi.. menjawab eh. Dah, bak sini phone tu. Abang chargekan. Harapkan Reen, memang sampai ke tulat la tak dibuatnya.” Sahel Haqimy membebel sambil tangannya sudah mencapai telefonku yang terletak di atas meja.
    Aku mengerutkan dahi. “Eh.. eh… tak payah la bang. Kejap lagi Reen charge. Abang tu kan tak berapa nak sihat lagi. Dah, abang duduk je diam-diam. Kejap lagi Reen buat.” Tahanku sambil merampas telefonku yang sudah pun berada di tangannya.
    “Ok.. I give you five minutes. If not, I’ll do it.” Keras sungguh kata-katanya itu. aku memandangnya dengan sengihan yang melebar.
      “Orait pakcik.” Balasku spontan.
     “What did you call me?” Sahel Haqimy menyoal.
     “Pakcik. Why?” Jawabku selamba sambil mataku masih ralit menonton rancangan yang sedang ke udara di tv. Best pulak citer ni. Layan jap la. Desis hatiku.
     Sahel Haqimy merenung isterinya tajam. Aku yang sedang khusyuk menonton tv itu segera berpaling. Erk.. kenapa pulak ngan laki aku ni. Aku salah cakap ker? Soalku di dalam hati. Eish.. aku cakap apa tadi erk? Recall…recall..recall. Just panggil pakcik je kot. Takkan marah pulak.
     “kenapa abang pandang Reen macam tu?” soalku tak selesa.
     “kenapa Reen panggil abang pakcik?”
     Aku tergelak kecil.
     “Kenapa gelak pulak ni? Abang Tanya, kenapa panggil abang pakcik?” Sahel Haqimy menyoal lagi. Geram pulak bila melihat isterinya itu tergelak-gelak begitu. Dah la dipanggilnya aku pakcik, lepas tu boleh gelak-gelak lagi. Nak kena bini aku ni.
     “Syazreen…”
     Erk.. alamak, dia dah seru nama penuh aku dah. “Ok..ok.. betul abang nak tau kenapa?” Soalku. Sengaja ku lambat-lambatkan.
     Sahel haqimy mengangguk pantas.
     “Sebab…”
    “sebab apa?”
    “Sebab…….”
   “Ish.. sayang ni. Main-main pulak dia. Cepat la.” Gesa Sahel tidak sabar.
   “Sebab…. Abang.. macam pakcik-pakcik. Asyik pot pet..pot pet..” Kataku sambil tergelak-gelak memandangnya.
    Sahel Haqimy menjegilkan mata ke arahku. “Oh.. asyik pot pet..pot pet? Macam pakcik eh?” Soalnya sambil terangguk-angguk.
    Aku turut mengangguk. Dah macam burung belatuk dah ni. Terangguk-angguk dari tadi.
   “Oh..ok, meh sini.. pakcik nak denda makcik ni.” Sahel Haqimy sudah pun merapatkan lagi kedudukannya dengan isterinya itu.
    Syazreen yang sedang haruk bergelak ketawa itu terdiam seketika. Alamak. Habislah. Err.. abang. Sorry..sorry. Reen main-main je. Sorry ok..” kataku sambil cuba menjauhkan sedikit diriku darinya. Alahai.. mulut-mulut. Gatal sangat cakap dia pakcik tu kenapa? Kan dah datang dah perangai gerun dia tu. Aduh.
     “Takde sorry-sorry. Oh.. pandai eh nak mengelak. Meh sini, abang bagi diam sikit. Sahel sudah pun merapatkan mukanya kea rah isterinya itu.Sengaja mahu mengusik sebenarnya.
     “Abang.. tolonglah. Reen mintak maaf ok.”Aku menahan dirinya yang sudah berada semakin dekat denganku. Sahel Haqimy buat-buat tak dengar. Syazreen sudah pun memalingkan mukanya ke arah lain. ‘Uwaa… tak ready lagi weh. Janganlah paksa-paksa.’ Aku berkata-kata di dalam hati.
     Sahel Haqimy mengucup pipi isterinya itu. Dia tergelak-gelak memandang muka merah padam Syazreen ketika itu.
     Aku menarik nafas lega. Fuh.. nasib baik kat pipi je. Kalau kat tempat lain tadi. Siap dia! Getusku di dalam hati.
     “Hah.. takutlah tu. Abang main-main je la. Abang tau Reen tak ready lagi.” Katanya sambil memeluk bahuku erat. Dia tersenyum memandangku.
     Aku menampar lengannya. “Ee…pakcik nih.. main-main je.” Omelku perlahan.
    “Reen cakap apa? Nak kena kiss betul-betul ni…” Sahel Haqimy sudah pun membuat aksi nakalnya.
    Aku segera menahan. “Ok..ok.. tak cakap lagi.”
   Sahel Haqimy menghentikan perbuatannya. “Yelah.. yelah. Isteri abang ni.. nakal tak habis-habis. Ha.. your time is enough. Bila nak charge phone tu sayang oi?”
     Aku menepuk dahi. “Allah.. lupa plak. Kejap lagi boleh tak?” Pintaku sambil mengerdip-ngerdipkan mata memandangnya.
    “No way.. tak de sekejap-sekejap. Go now.” Arah Sahel.
    “Ala.. malas la.”
    “Syazreen…” Sahel Haqimy menyebut nama penuh isterinya itu.
    Alamak.. lagi sekali dia seru nama penuh aku. “Yelah..yelah.” aku bangkit sambil mencapai telefonku. Aku membawanya ke tingkat atas. Sebelum tu, sempat aku berpesan kepada suamiku itu,
     “Abang jangan nak merayau eh. Reen naik atas sekejap. Lepas tu, Reen turun balik. Prepare for dinner.” Pesanku.
     Sahel Haqimy tersengih. Aku terus menuju ke tingkat atas. Baru saja melangkah ke anak tangga pertama, suamiku memanggil.
    “Reen tak payah masak la sayang. Kita dinner kat luar je, ok?”
   “Tapi…” aku tak jadi menyambung kerana suamiku itu telah terlebih dahulu menyampuk.
    “Abang ok. Lepas maghrib nanti kita keluar.” Sahel Haqimy tersenyum memandang isterinya itu. Dia tahu apa yang ingin diperkatakan oleh isterinya itu. mesti nak cakap macam ni. ‘kaki abang tu tak elok lagi…’ Tak pun, ‘Abang kan tak sihat sangat.’ Sebelum ayat-ayat doktor dia keluar, lebih baik dia bersuara dulu.
       Aku mengangkat bahu. Dalam hati macam-macam kata protes yang keluar. Degil la dia ni. Aku segera menuju ke bilik.
      Sahel Haqimy tersenyum menang. Settled!
  

Friday, January 20, 2012

~Al- kisah duit 10 ringgit..~

Assalamualaikum...

Rindu! Rindu! Rindu! Rindu giler2 la kat 'teratak usang' saya nih. Ececeh.. budget macam dah lama tak jengah je.. haha. Tapi, serius.. memang rindu. bukan rindu apa. Rindu nak meng'update' story je. hehe. Allah... lamanye tak menulis. sejak dua menjak ni, memang hidup saya tak berapa nak 'tenteram'. ada je benda yang kena buat atau lebih tepat lagi..perlu dibuat. Huhu. Sebabnya, minggu depan kolej saya buat karnival usahawan. Kira kena take part gak la. Walaupun berat rasanya hati ini untuk mengambil bahagian.. tapi, disebabkan semangat nak berkarnival.. saya gagahkan jugak diri ini. Ceh wah! Ayat.. tak nak gempak pulak kan? Hihi. Apa nak buat, dah memang suka buat gempak ngan ayat. Nak buat gempak lebih-lebih sampai masuk tv, jadik main topic.. tak boleh pulak... coz dok teringat kan tagline melodi.."Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi".. so, terpaksa tukar fikiran.. buat la gempak melalui ayat je.. tak yah pening2 pasal kontroversi bagai... ye tak? haha..

minggu ni jugak, minggu yang sangat tak best la bagi saya. Minggu yang buat mood saya tunggang langgang. Habis sume benda yang saya buat, jadik macam citer kartun. Ada je yang tak kena. kejap tertinggal barang la... buat proposal, kena reject secara berhemah la.. and one more thing yang buat saya sedih plus nak gelak golek2.. bila duit 10 hengget yang saya bawak untuk beli makan tengah hari.. hilang begitu saja. Tanpa berjaya ditemui semula.. (wah2.. hebatnya ayat)... uwaaa.... sedih bangat deh! Kalut punya pasal... sampai tak sedar.. mana entah saya campak duit 10 ringgit tu... ish3.. dan hasilnya, balik je bilik.. saya menangis dah macam hape dah. Haha... balik-balik, dengan muka seposen saya, dok menyarap atas katil..dengan harapan semoga tiada titisan air mata yang akan keluar..akhirnya dengan rela dan terpaksanya saya bagi dia keluar mencurah2 macam dah tak geti2 nak benti.. penat dok cover ni.. keluar gak air mata tuh..adeh, buat segan tuan je.. hoho.. last2, saya bangun..gi bilik air.. ambik wuduk, terus solat zohor... yang tak leh nak blah tu, masa kuar..member saya gi tanya macam ni..

"Geng..ko nangis eh?" sambil gelak2...

uwaa... soalan dia tak best!! dan sebab soalan dia tak best la, saya dok menangis lagi sekali.. hoho.. kejam gile soalan dia tu! Kawan saya pun sama! Huh...

lepas solat, saya tidur... bangun tidur.. solat asar jap.. pastu, gi dok bawak diri kat balkoni.. (still dalam mood sedih...) layan perasaan.. kenapa duit saya hilang eh? Mcam mana leh hilang erk? Macam-macam benda la ade kat kepala otak saya yang mamai ni.. pastu, saya terfikir macam ni.. mungkin, ALLAH nak tunjukkan sesuatu. So, saya pun fikir la rasionalnya.. Mesti ALLAH x nak bagi saya membazir beli makanan banyak-banyak agaknya.. huhu.. sebab tu, DIA hilangkan duit saya.  Just think positive je la.. Bak kata kawan saya,

"Takdir tu.. ko jangan sedih ok.."

Erm.. memang pun.. saya redha dah. Tapi, yang kelakarnya.. bila diingat-ingat balik.. hilang duit 10 ringgit je...tapi, saya punya nangis tuh.. dah macam hilang 10 ribu!! Haha... adeh..dugaan2.. mungkin sebab tu je duit yang tinggal kot.. hik..hik..hik.. Nasib abik ada duit untuk cover balik.. walaupun tak banyak, tapi cukup la untuk buat tambang balik.. hehehe...

Erm.. hari ni turn saya dapat voucer buku. Wah.. alhmdulillah.. best sangat! Thank u PM.. thank u banyak2.. next year bagi la lagi. Oppst.. hehe.. ada member2 yang tanya, nak buat apa dengan voucer buku ni? Buku sume dah beli. Erk.. kalau tanya saya, memang best la jawapan nye..  

"bak sini bagi kat saya... tau la saya nak kekah macam mane..." hoho..



Untuk saya yang memang suka buku ni, saya tak kisah dah beli ke belum buku.. yang pastinya, RM200 ni dah cukup banyak untuk saya beli buku2 yang best and of course boleh datangkan benefit.. dalam kepala dah tersenarai dah buku apa yang shopping nanti.. dan saya terfikir nak belikan nenek ngn atuk saya tafsir Al-quran... the rest, i'll think of it later.. eceh.. cakap omputih! haha..

Erk... saya dalam proses nak sambung bab terbaru Permaisuri Hati ni.. doa2 la saya dapat ilham yer.. lately, memang tak de masa nak update.. blog ni pun bukak just nak usha2 je... tak berkesempatan lagi nak update..so, this is for you guys.. those who always lepaking kat sini.. (macam ade je nak lepak2 kat blog ni kan..perasan giler beb! haha..).. Alhmdulillah, ilham dari ALLAH ni... hopefully, ilham tu berterusan untuk saya continue citer Permaisuri Hati.. thank you sume.. Salam jumaat.. (^_^)

Note : Boleh tak nak beli novel gune voucher buku nih????? Hihi...:P

Monday, January 2, 2012

~Si Kedekut Cinta~


                                                        Bab 2

“Ila.. asal tempat ni gelap semacam je? Macam tak de orang pun. Kau biar betul Ila. Aku seramlah. Jom kita balik weh. Sunyi kot. Takde orang joging pun.” Kataku sebaik saja kaki melangkah ke kawasan rekreasi yang berdekatan dengan tempat tinggal kami itu.
     Nabila yang mendengar kata-kata rakannya itu segela menoleh sambil ketawa kecil. “Heish.. kau ni. Nak takut apa? Memang la sekarang ni tak ramai orang lagi. Kau tengok la pulak jam sekarang pukul berapa? Baru 6.45 kot. Memanglah gelap. Lagipun, hari ni cuti. Orang tengah sedap membuta la tu. Tak pun diorang balik kampung. Berjoging kat kampung. Mana kita tau kan?” Balas Nabila dengan panjang lebarnya.
     “Yeke? Pandai la kau. Entah-entah memang takde orang datang sini berjoging. Kau je yang rajin sangat ajak aku datang sini.” Kataku lagi. Tak puas hati lagi ni. Apsal tak ramai orang erk? Gerutuku di dalam hati.
     “Weh..makcik! Dah..tak payah nak fikir-fikir bagailah. Tu la.. time aku ajak jogging..kau bagi macam-macam alasan. Penatlah. Nak rehat la. Apalah. Now. nak banyak tanya pulak eh? Aku tahu la tempat ni ok ke tak. Aku yang rajin datang sini. Lain kali, kalau aku ajak..ikut je. Tak payah nak berdalih-dalih sangat. Sekarang ni kan dah buat spekulasi sendiri. Dah..dah..aku tak nak dengar lagi. Jom, start.” Nabila segera memulakan larian sebaik menghabiskan kata-katanya.
     Aku masih termangu-mangu seorang diri dibelakang. Nabila sudah jauh ke hadapan. Aku memandang sekelilingku. Erk..seram je tempat ni. “Ila..tunggu!” Jeritku sambil berlari mengejarnya.
“Aduh..penatnya.” Ujarku sebaik melabuhkan punggung di kerusi yang tersedia di kawasan rekreasi itu. Aku mengipas-ngipas diriku dengan tuala kecil yang memang sengaja aku bawa.
      Nabila tersengih memandangku sambil menggelengkan kepala. “Hai.. kau ni. Baru lari sikit dah penat. Macam nenek la kau ni. Weh, nenek aku pun still kuat tau bab jogging-joging ni. Apa la kau. Buat malu aku je.” Kutuk Nabila sambil menolak bahu teman baiknya itu.
       Aku memandang nabila dengan kerutan di dahi. “Wah.. hebat nenek kau erk? Aktif lagi berjoging. Tabik spring la aku kat nenek kau kalau macam ni. Tapi, serius la. Memang penat weh. Maybe sebab aku dah lama tak berlari macam ni kot.” Kataku sambil membetul-betulkan tudung hitam yang ku pakai itu. Mungkin sudah tidak senonoh rupanya tudungku itu apabila dibawa berlari tadi.
     “Itulah kau. Lain kali, rajin-rajinkan diri pergi bersenam. Ini tidak..asyik duk terperap je kat  rumah. Kau tak bosan ke?” Leter Nabila..
     “Nak bosan apa kebendanya? Duduk kat rumah tu lagi best daripada aku duk merayau tak tentu hala tu. Lagi penat tau tak.” Balasku sambil mataku merayap memandang keindahan alam ciptaan Tuhan yang memang terserlah keindahannya di pagi hari sebegini.
     “Yelah.. tapi, cubalah kau bawak-bawak keluar jugak. At least, biar terbukak sikit minda kau tu. Ini tidak, balik kerja.. masuk bilik. Lepas tu, tidur. Nasib baik tak kembang setaman badan kau tu. Kalau tak, habislah...” Nabila memberhentikan kata-katanya sambil tersengih-sengih memandangku.
     “Habislah apa pulak?” soalku hairan.
     “Habislah MyVi SE  kau tu. Kena trade in kereta lain la jawabnya sebab tuannya dah mengembang. Tak muat nak masuk!” Kata Nabila sambil ketawa berdekah-dekah.
     Kurang asam minah ni. Kutuk kereta kesayangan aku tu. Biadap betul! Gerutuku di dalam hati. “Weh... tolong sikit eh. Even aku kuat tidur pun, badan aku still maintain ma.” Hujahku tidak mahu kalah. Tapi, memang betul pun. Rasanya Nabila pun tahu aku punya selera makan macam mana. Dan kalau pun selera makan aku tu dah macam orang mengandung yang asyik mengidam nak makan tu, nak makan ni.. tapi, badanku tetap macam tu. Alhamdulillah, aku tak perlu nak susah hati untuk berdiet macam yang kebanyakkan orang selalu buat tu.
     Nabila tergelak-gelak melihatku. Aku memandangnya dengan pandangan geram sebelum turut menghamburkan tawa. Ketika sedang sibuk bergelak ketawa itu, tiba-tiba aku terpandangkan seorang perempuan tua yang sedang dimarahi oleh seorang perempuan muda. Di sisinya berdiri tegak seorang lelaki yang juga masih muda. Riuh rendah bunyinya. Nabila turut menghalakan pandangannya ke arah wanita itu.
     Aku dan Nabila berpandangan sesama sendiri. “Apahal tu?” soal nabila.
    Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu. “Entah..apasal entah. Ada la halnya tu.” Balas aku sambil terus memerhatikan drama yang macam masih belum nampak kesudahannya. Hati aku rasa  kasihan pula melihat wanita tua tu dimarahi oleh perempuan yang lebih muda  itu. ‘Hish..apa hal la minah tu? Takkan dengan orang tua pun tak leh nak kompromi kot. Yang lelaki kat sebelah tu, apa kes pulak ? Jadi pak pacak aje ke? Tak reti-reti nak bersuara ke apa?’ Omelku. Aku memang pantang tengok orang yang tak reti nak hormat orang yang lebih tua ni. Emah dan ayahku juga cukup marah apabila anak-anaknya tak tahu nak menghormati orang yang lebih tua. Kata ayah, ‘tak kira siapa pun orang tu, tua ke muda.. tetap kena hormat.’ Emak juga selalu memberikan peringatan yang sama kepadaku.’
     “Lya, jomlah balik. Tengah hari nanti aku ada hal.” Usul Nabila.
     Aku tersentak seketika. “Erm.. kita tunggu kejap boleh tak?” kataku sambil memandang temanku itu.
     “kenapa pulak?” soal nabila hairan.
    “Tu.. kau nampak tak makcik dengan manusia dua orang tu? Dari tadi lagi kat situ. Macam takde ending je drama diorang tu. Kesian la pulak aku tengok mak cik tu.” Kataku lagi.
    Nabila turut memandang ke arah yang sama. “Ha’ah la.. kenapa erk? Besar sangat ke masalah tu.. sampai tak leh nak settle?” Nabila menyoal.
   Di satu sudut, wanita muda itu masih tidak mahu mengalah. “Eh, orang tua. Lain kali, kalau jalan tu.. tengok-tengoklah orang sikit. Main langgar aje. Kau tengok apa kau dah buat dengan baju aku ni. Baju ni mahal tau tak?” jerit perempuan muda itu. Lelaki muda yang di sebelahnya cuba untuk menenangkan perasaan sepupunya itu.
    “Maya, sudah la tu. Makcik ni dah mintak maaf kan? Baju you tu tak kotor mana pun. Balik nanti boleh basuh. Dah la... tak baik tengking-tengking orang tua macam ni. I tak suka ok.” Lelaki muda itu bersuara akhirnya apabila melihat kebiadaban sepupunya yang makin terserlah.
      Wanita yang dipanggil Maya itu membuntangkan matanya ke arah lelaki itu. “Ammar.. you tahu tak, baju I ni mahal. This orang tua, dah kotorkan baju I tau tak? Yang you nak menangkan orang tua ni kenapa? I tak kira, I nak dia ganti balik baju I ni.” Balasnya tanpa ada belas kasihan.
     Wanita tua itu segera meminta maaf. “Maafkan makcik nak. Makcik tak sengaja. Makcik betul-betul tak sengaja. Makcik tak mampu nak bayar nak. Tolonglah makcik. Makcik tak ada duit.” Ujar Makcik itu sambil merayu-rayu. Dia tahu salahnya kerana menumpahkan air ke baju wanita muda itu. Tetapi, dia memang tak sengaja. Ketika itu dia mahu bangkit untuk membuang bekas air yang sudah pun diminum itu. Tanpa disedari, dia dilanggar daripada belakang. Lalu sisa air yang masih ada itu tertumpah mengenai baju salah sorang anak muda yang melanggarnya dek kerana  terlalu terkejut.
     Lelaki yang dipanggil Ammar itu berasa simpati melihat makcik itu. Dia sangat-sangat tak setuju dengan apa yang telah dilakukan oleh sepupunya itu. Lalu dia menghampiri makcik itu lalu menenangkan wanita tua itu.
    “Mak cik.. Mak cik, jangan risau. Mak cik tak perlu bayar apa-apa. Lagipun tak ada apa sangat pun dengan baju tu. Setakat kotor je. Rosak pun tak. Mak cik jangan risaulah.” Katanya sambil memberikan isyarat mata  ke arah sepupunya supaya menarik balik kata-kata pedasnya itu.
    Maya yang melihat situasi itu jadi tidak puas hati. Kenapa Ammar beria-ia memenangkan perempuan tua itu? Dia sudah naik berang. “Ammar.. kenapa You bela sangat orang tua ni? I tak kira, I nak dia ganti jugak baju I.  Kalau tak nak jugak, I nak orang tua ni melutut depan I.” Katanya dengan nada sombong dan angkuh.
    “Maya! Apa yang You merepek ni? You better control yourself. That was an accident ok. Yang you sampai nak suruh mak cik ni melutut depan you ni, apa hal pulak?” Ammar Haqim menempik sepupunya itu. Geram pulak dengan fiil wanita itu yang dirasakan sudah keterlaluan. Dalam hatinya sekarang, tiba-tiba terbit rasa penyesalan yang teramat sangat kerana bersetuju untuk menemani sepupunya itu berjoging pagi ini. Kalau tahu perangai tak semenggah sepupunya itu, mintak ampunlah dia nak ikut.
    I tak kira. Dia dah buat salah. So, pandai-pandailah nak  mintak maaf. And I hanya akan maafkan orang tua ni, bila dia melutut depan I je.
    Wanita tua itu terkejut mendengarnya. Hati tuanya berasa tersangatlah pilu. Namun, menyedari kesalahan yang telah dilakukan, dia rela. Asalkan wanita muda itu boleh memaafkannya.
      “Tak apalah nak. Mak cik sanggup. Asalkan makcik boleh dimaafkan.” Kata wanita tua itu perlahan sambil mengesat air matanya.
    Ammar  memandang wanita tua itu sambil menggelengkan kepalanya. “Makcik, makcik tak payah buat semua tu. Saya mintak maaf bagi pihak sepupu saya ni. Mood dia tak barapa baik hari ni. Mak cik abaikan je kata-kata dia ya.” Ammar Haqim menahan wanita tua itu. Orang sudah mula ramai. Dan ada yang sedang sibuk memerhatikan adegan yang berlaku itu. Ada juga yang seolah-olah memandang geram ke arahnya. Dia tidak mahu dilabel kurang ajar terhadap orang tua. Ammar Haqim menyumpah di dalam hati. Pandangan geramnya dilemparkan ke arah sepupunya yang masih tercegat di situ tanpa rasa bersalahnya. 
    Aku hanya memandang. Tiba-tiba makcik tu seakan-akan mahu berlutut memegang kaki perempuan muda itu. Aku sudah tidak senang melihatnya. “Eh..ini dah lebih ni.”Aku lantas bangun lalu menuju ke arah ‘set penggambaran drama’ yang ala-ala macam drama melayu petang-petang itu. Pantang sungguh aku bila tengok manusia yang tak reti nak beradab nih. Kalau tak reti sangat nak beradab, meh sini aku kasi ajar. Pantang nenek moyang keturunan aku weh. Aku membebel di dalam hati.
    Nabila yang terpinga-pinga melihat temannya itu segera mengekori. “Weh..Lya, kau nak pergi mana?”
    “Aku nak pergi buat kerja-kerja menyelamat. Minah tu biadap sangat kau tau tak. Dia ingat dia siapa, sampai makcik tu nak kena hormat dia sangat-sangat?”
   “Weh.. kau jangan buat pasal. Tok sah la dok campur hal orang. Entah-entah diorang tengah acting ke apa ke. Mana kita tahu.”
   “Acting kejadah apanya, kalau dah dia orang je kat situ.” Balasku pantas. Tak relevan langsung assumption yang si Nabila ni buat. Acting apa bendanya pagi-pagi buta ni. Lagipun, memang tak nampak apa-apa kamera pun kat sekitar tempat ni.
    Nabila yang masih terpinga-pinga itu sekadar menggaru-garukan kepala. Lantas dia turut mengejar Alya yang sudah jauh ke depan. Ish, si makcik ni. Kot ye pun nak gi selamatkan orang. Tunggulah aku dulu. Aduhai.
     “Assalamualaikum, maaf kalau saya mengganggu. Tapi, antara sifat-sifat seorang manusia ialah, dia ada perasaan belas kasihan sesama manusia. Terutamanya kat orang yang lebih tua. Awak berdua ni, takde perasaan belas kasihan ke kat orang yang lebih tua?” terjahku tiba-tiba. Rasa geram sebentar tadi cubaku atasi dengan ayat-ayat lemah lembutku ini. Ish, asal pulak la tetiba boleh jadi sangat sopan santun ni. Bukan tadi beria-ia ke nak marah mamat dengan minah senget ni. Ah, lantaklah. Bisik hatiku.
    “Waalaikumusalam..”Ammar terkejut dengan sapaan yang tiba-tiba itu tapi sempat jugak dia menjawab salam yang diberi. Dia terpaku melihat dua orang wanita yang lengkap berpakaian sukan tercegat di hadapannya. Dan dia yakin salah seorang daripada wanita itu yang menegurnya. Nabila sudah pun mendapatkan makcik itu sambil cuba membantunya bangun.
     Maya yang berang ditegur sebegitu terus menyergah. “Hei perempuan! You tak payah sibuk hal orang. Ini antara i dengan this orang tua okey. So, you may leave now!” kata Maya dengan angkuhnya.
    Aku tersentak dengan sergahannya itu. Ewah..ewah.. cantik betul bahasa minah ni. Tak pe Lya. Sabar..sabar. Aku cuba memaniskan muka sambil tersenyum memandang minah senget itu. Lelaki yang berada di sebelahnya itu ku pandang sekilas.
    “Maaf cik.. tapi, saya rasa benda ini akan jadi hal saya jugak. Sebab saya kurang gemar tengok orang muda tak tahu nak hormat orang yang lebih tua. So, boleh saya tahu, apa yang mak cik ni dah buat sampaikan dia kena melutut depan awak berdua ni?” soalku sambil memandang mereka silih berganti. Mataku tertumpu ke arah lelaki yang dari tadi hanya bertindak menjadi pemerhati. ‘Yang mamat ni apa hal pulak? Pandang-pandang.’ Aku cuba menenangkan diri. Entah-entah dia geram kot aku duk kacau drama diorang ni. Lepas tu yang lelaki tu tengah dok tunggu masa je nak belasah aku pulak. Eh..takkanlah. Muka nampak macam tengah rasa bersalah je. Ah..lantaklah. peduli apa aku. Yang penting, nasib mak cik ni terbela.
     “Maafkan kami cik. It was just an accident. Salah kami sebenarnya sebab jalan tak tengok depan. Lepas tu terlanggar mak cik ni and then, mak cik ni kebetulan tengah pegang air. So, air tu tertumpah kat baju sepupu saya. Saya dah maafkan, tapi...”
   “Tapi I takkan maafkan selagi orang tua ni tak melutut depan I.” Celah Maya tiba-tiba. Sakit hatinya apabila melihat Ammar beria-ia menyatakan kemaafannya. Walhal dia masih tidak berpuas hati.
   “Maya! Can you please stop it. Benda kecik je kan. Yang nak besar-besarkan sangat ni aphal?” marah Ammar. Malu sungguh dia rasakan saat ini. Malu dengan mak cik yang memang terang-terang tak bersalah itu dan dalam masa yang sama, malu dengan wanita yang menegur perbuatan mereka itu. Dia tak tahu kenapa, tetapi hatinya terasa sesuatu apabila terpandangkan wajah wanita itu.
     ‘Oh.. baik hati rupanya. Aku ingat, kau pun sekapal jugak dengan minah senget ni. Dalam hatiku memuji sikap baik lelaki itu. Eh..mana boleh. Entah-entah saja je nak tunjuk baik.’ Bisik hatiku.
     “Woi perempuan.. agak-agaklah sikit. Kau ingat kau tu siapa ha, sampai nak suruh orang melutut bagai depan kau?” Jerkah Nabila tiba-tiba. Dia yang dari tadi berdiam diri, sudah tidak tahan lagi mendengar kata-kata angkuh wanita muda yang perasan hebat itu. Berdesing telinganya mendengarkan kebiadaban wanita itu. Manusia ke hape dia ni? Omel Nabila di dalam hati.
   Aku menyabarkan Nabila. “ Ila..” tegurku sambil memandang ke arah temanku itu.
   “Dia ni biadab sangatlah, Lya. Dia ingat dia siapa agaknya.” Kata Nabila sambil menunding jari ke arah wanita muda itu.
    “Ya..aku tahu. Tapi, kan lebih elok kalau kita tak tinggi suara dengan dia. Sebab, Ustazah aku dulu pernah kata, kalau kita tinggikan suara masa tegur perbuatan salah orang, kita pun tak ada bezanya dengan diorang. Kita pun nanti akan dilabel sama macam diorang.” Kataku sambil tersenyum-senyum memandang wanita muda itu. Sengaja ditekan kata-katanya itu.
    Nabila yang mahu bersuara lagi terpaksa mengalah apabila mendengar kata-kata temannya itu. ‘Nasib baik member aku ni ada. Kalau tak, memang habis perempuan ni aku karate. Hish, cakap ikut sedap mulut dia je.’ Nabila membebel di dalam hati.
   Maya yang terasa disindir itu sudah mula berang. Dia sudah mahu menampar Alya yang kelihatan tenang itu, namun tangannya dihalang oleh Ammar. “Maya, enough! I said enough, enough! Kalau tak, this is the last time i jumpa you. I really mean it!” Ammar mengugut sepupunya itu. Memang itu pun yang akan dilakukan sekiranya Maya masih tidak mahu berhenti.
   Maya memandang ke arah sepupunya itu dengan pandangan tak puas hati. Dia ingin bersuara lagi, namun apabila terpandangkan muka serius sepupunya itu, dia membatalkan niatnya. Takut sekiranya Ammar benar-benar mengotakan apa yang dikatakan sebentar tadi. Dia tidak sanggup kalau Ammar membuat keputusan tidak mahu berjumpa dengannya.
    “Sudahlah nak. Makcik yang salah. Makcik punca semua ni berlaku. Makcik minta maaf banyak-banyak. Makcik rela dihukum. Makcik rela.” Wanita tua itu kelihatan mengesat air matanya dengan hujung lengan baju kurung yang dipakainya. Nabila disebelah cuba menenangkan wanita itu. Aku sudah berasa sebak melihatnya. Aku turut menenangkannya sambil mengusap-usap bahunya.
   Ammar yang melihatnya turut berasa bersalah. Kalau dia tak berdiam diri dari tadi, tentu perkara ini tak terjadi. Kesal kerana tidak tegas dengan Maya. Dia meraup mukanya dengan tapak tangan.
    “Mak cik, mak cik jangan nangis ya. Bukan salah mak cik. Salah saya. Saya yang patut mintak maaf kat mak cik. Makcik jangan risau. Kami takkan mintak ganti rugi. Maafkan sepupu saya ni jugak ya.” Ammar cuba memujuk wanita tua itu. Dia lantas menarik tangan Maya supaya memohon maaf juga atas kekasarannya sebentar tadi terhadap wanita itu.
   “Maya.. please...” Ammar menyeru nama sepupunya itu.
   Maya menjeling ke arah wanita tua itu. “This time you win. Lain kali, jangan harap I nak mintak maaf macam ni kat you.” Katanya dengan nada angkuh sambil terus berpaling meninggalkan tempat itu. Sebelum itu, sempat dia memberikan jelingan tajam ke arahku dan Nabila yang berada di sisi wanita itu.
    Aku membalasnya dengan sedikit senyuman sinis. Nabila pula sempat menjelirkan lidah ke arah wanita sombong itu. “This time you win..Blah la weh. Kau ingat kau bagus sangat ke? “ kata Nabila sambil tergelak kecil. Sempat dia mengajuk kata-kata wanita itu.
    Aku ketawa melihat gelagat Nabila. “Ila.. dah. Enough. Kau nak aku cop kau sama macam aku cop dia tu ke?” tegurku apabila melihat Nabila semacam masih tidak bepuas hati.
   “Maafkan saya. And maafkan sepupu saya tu jugak. she’s not in a good mood actually. Whatever it is, sorry again.” Katanya kepadaku sambil terus mengekori langkah sepupunya yang sudah jauh ke depan.
   Aku dan Nabila berpandangan sambil mengangkat bahu. Ah, lantaklah. Janji settle masalah. Kami berdua mendapatkan wanita tua tadi. “Mak cik tak apa-apa?” soalku sambil membawanya duduk di kerusi yang berdekatan.
   “Mak cik tak apa-apa nak. Terima kasih. Terima kasih sebab tolong makcik. Terima kasih banyak-banyak nak.” Wanita itu bersungguh-sungguh mengucapkan terima kasih kepada kami.
   “Tak pe makcik. Dah memang tanggungjawab kami.” Jawabku.
  “Ye makcik. Tok sahlah ucap-ucap terima kasih. Kalau kami tak tolong pun tadi, memang akan ada orang lain yang tolong.” Nabila mencelah sambil melemparkan senyuman kea rah makcik itu.
    “Syukur Ya ALLAH. Ada jugak anak muda yang baik hati macam kamu berdua ni. Terima kasih sekali lagi. Makcik mintak diri dulu ya.”
    Setelah memastikan yang wanita tua itu selamat, aku dan Nabila segera mengangkat kaki untuk pulang kerana Nabila ada temu janji dengan tunangnya tengah hari nanti

P/S : ingat lagi tak pasal Si Kedekut Cinta? Ini bab yang ke 2.. so, hope enjoy membacanya. Err.. Permaisuri Hati still in progress. Dah siap nanti saya postkan ye. Hehe. Sorry. Saya ni tersangat la pemalas nak update cerita bila mood malas tu bermaharajalela.. hik3..(^_^)

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...