Wednesday, December 5, 2012

~Permaisuri Hati~


                                                                        Bab 42

Majlis tahlil di rumah orang tuaku berjalan seperti yang telah dirancangkan.. Ramai jugak jemaah surau yang datang. Sampai tak menang tangan nak melayan. Mujur Elly ada, dialah yang membantu aku dan emak melayan tetamu yang datang. Dalam melayan tetamu, sempat jugak Elly berbisik di telingaku.
      “Aku nak kau tapaukan makanan untuk aku kejap lagi, lebih-lebih sikit.” Bisiknya sambil ketawa kecil.
      Aku membalas dengan kata-kata ini. “Eleh.. baru tolong macam ni dah demand lebih-lebih.” Usikku. Sambil mengukir senyuman ke arah jiran-jiran yang baru tiba itu.
     “Eh… haruslah. Aku datang sebagai tetamu okey, bukan sebagai penyambut tetamu. Nasib baik mak aku tak dapat datang. Kalau tak, mesti dia marah kau sebab buli aku.” Jawab Elly selamba.
      Aku menolak bahunya. “Ek eleh.. banyaklah kau. Mak kau pun mesti sokong punya kau datang tolong aku jadik penyambut tetamu. Daripada kau duduk melantak je. Lebih baik aku bagi kau kerja.” Kataku, juga tak mahu kalah.
      Elly membuat muka. “Inilah kawan. Asyik nak membuli je kerjanya. Macam manalah Sahel tu boleh tergila-gila kat kau yang kaki buli ni? Simpatinya aku kat dia.” Kata Elly sambil buat muka sedih.
      Aku tergelak-gelak mendengar kata-kata Elly itu. “Sudah la kau. Tak payah nak simpati-simpati sangat. Kejap lagi, aku bagi kau makan yang sedap-sedap sikit. Okey tak?” Umpanku sambil mataku meliar mencari kelibat suamiku itu. apabila terpandangkan suamiku itu sibuk melayan tetamu-tetamu lelaki, aku kembali menumpukan perhatianku kepada Elly.
     “Sedap-sedap sikit tu, mesti kau yang masak kan?” Jawab Elly sambil tersengih memandangku.
      “Kenapa pulak?” Soalku hairan.
     “Yelah.. sebab kalau mak kau yang masak, mesti sedap banyak.” Jawabnya selamba sambil terkekeh-kekeh ketawa.
     Aku membuat muka. “Ek eleh..” Balasku.
     Sedang kami rancak berborak tu, Elly menjuihkan bibir ke arah pintu. “Hah.. dah tak payah nak ek eleh.. ek eleh sangat. Itu, kekasih lama dah datang. Eh.. kau jemput dia ke? Kau tau tak, itu akan menjadi satu tanda tanya yang besar di benak fikiran suami kau yang terchenta tu?” Pertanyaan yang bertalu-talu diajukan kepadaku dari Elly a.k.a mak nenek.
       Aku tergamam seketika. ‘Aiseh.. dia datang betul-betul pulak. Aku menahan diri dari rasa gabra yang melampau. Bukan gabra sebab aku ada feeling ke apa kat dia. Tapi, gabra mengenangkan penerimaan suamiku. Lantas, cepat-cepat aku berpaling mencari-cari kelibat suamiku. Kata-kata dan persoalan dari Elly, sudah tidakku hiraukan lagi. Ceh wah! Novel sangat ayat aku ni. Oh, okey.. okey. Fokus balik. Sempat pulak terbabas ke lain aku ni. Huhuhu.
      “Habislah kau Reen. Aku dah nampak dah pandangan tak puas hati tahap macam nak humban kau gi gunung everest dah tu.” Elly menjadi seperti lalang yang tunggu masa nak disembur dengan racun toksik je.
      Aku mengerling Elly disebelah dengan jelingan mautku. “Eh, mak nenek… boleh diam kejap tak? Aku tarik balik offer nak bagi kau makan sedap-sedap sikit tu karang.” Ugutku. Kalau itu perlu, untuk Elly mendiamkan dirinya. Why not kan? Tapi, aku taklah kejam sangat sampai nak biarkan tetamu aku balik tanpa menjamah sesuap ataupun sebutir nasi. Lagi-lagi si Elly yang dah mak aku anggap macam anak sendiri ni. Mahunyalah aku balik yang kena bebel dengan mak. Atau mungkin ayah akan sama-sama berpadu tenaga dengan emak membebelkan aku. Tak mustahil jugak, kakakku akan turut serta.
      Elly tersengih-sengih. “Oppst.. sorry. Kau gelabah eh? Hah.. padan muka kau. Siapa suruh jemput dia? Kan tak pasal-pasal je.”
      “Ala.. aku jemput main-main je. Tak sangka pulak dia nak datang betul-betul.” Balasku.
     “Kau pun… kalau dah namanya kenduri. Mana ada orang jemput main-main. Apalah.. hish.. dahlah, biar aku yang handle dia. Kau tunggu sini.”
     Sahel Haqimy menghampiri isterinya itu. “You owe me an explanation.” Dia berbisik ditelingaku dengan nada suara yang semacam je aku dengar.
     Aku memandangnya dengan muka kelatku. Aku cuba untuk senyum, tetapi senyumanku seolah-olah susah untuk dipamerkan. Aku menarik nafas sebelum cuba mengeluarkan kata-kata. “Abang….”
      Not here.” Pintasnya. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Hasyimie.         
       Aku cuba berlagak cool. Ceh, cool la sangat kan? Elly disebelahku, aku pandang sambil mengangkat kening. Elly memandangku sambil mengangkat keningnya pula.. Ei, dia ni lah. Aku angkat kening, dia pun sibuk nak angkat kening jugak. Aku cepuk kau kang Elly. Marahku di dalam hati.
       “Hai.. sorry lambat. Ada hal sikit tadi.” Tegur Hasyimie. Dia menyambut huluran salam dari suamiku.
       Sahel Haqimy tersenyum cuma. ‘Tak datang pun tak apa.’ Desis hatinya. Dia cuba mengawal emosi hati dan perasaannya yang sedang bergelora tatkala melihat lelaki yang sejak dua menjak ni selalu muncul di depan matanya. Ada apa-apakah yang pernah terjadi antara lelaki itu dan isterinya sebelum ini? Dia beristighfar di dalam hati dek telahannya itu. Mungkin mereka memang kawan.
        Aku hanya tersenyum kerana tidak mampu dah nak berkata apa-apa. Namun begitu, aku wajib memberikan sedikit kredit kepada Elly sahabat baikku itu, kerana tanpa disuruh dia dengan segeranya menjemput Hasyimie ke dalam rumah dan seterusnya melayan lelaki itu makan. Pakej gitu! Hahaha. Sebelum berlalu meninggalkan aku, dia sempat berbisik.. “Mamat ni, kasi aku yang handle. Kerja kau sekarang ni.. cari alasan yang konkrit banyak sikit untuk explain kat laki kau tu. Weh.. muka dia dah macam Hulk Hogan nak smack down orang la weh.” Usiknya sebelum segera berlalu sambil tersengih-sengih apabila aku sudah mula membuat aksi seperti dia yang mahu aku smackdownkan.
        Aku memandang Elly yang sudah pun masuk ke dalam. Aku mengalihkan perhatianku  pada suamiku di sebelah. “Err.. abang dah makan?” Soalku sambil control cool.
        Pertanyaan dari isterinya itu dibiarkan sepi. Dia hanya mendiamkan diri sambil matanya memandang tepat ke arah isterinya itu.
       Aku sudah mula gelisah. Aiseh.. aku tahulah aku dah buat salah. Janganlah pandang aku macam aku buat salah besar sangat. Eh, salah ke jemput orang datang kenduri kat rumah? Macam tak je aku rasa. Aku bermonolog sendiri.
       “Kenapa dia boleh ada kat sini?” Soal Sahel Haqimy dengan muka serius yang dah macam hulk Hogan nak smack down orang.
       “Reen yang jemput dia.” Jawabku perlahan.
       Sahel Haqimy diam. Dia masih membuat muka macam nak smackdown orang dia tu.
      “ Abang marah ke?” Soalku setelah terdiam beberapa minit. Eh, laki aku ni? Suka ke, tak suka ke.. muka nak maintain gitu. Cuba bagi expression yang berbeza sikit. Barulah boleh aku teka.. dia ok ke tak. Ini tidak, dari tadi lagi dok nak buat muka dengan aku. Hish.. entah apa-apa. Getusku hatiku.
      “Kenapa Reen tak bagitahu abang pun?” Soalnya serius.
      “Abang… he’s only my friend. Not more than that. Mak pun kenal dia. So, tak salah kan kalau jemput dia? Lagipun dia tinggal dekat-dekat sini jugak.” Jawabku sambil memandang wajah kelatnya itu.
     “ Tapi, kenapa dia? You guys ada something yang abang tak tahu ke?” Soalnya lagi.
     Aku tersentak. Tak sangka sampai sejauh itu fikiran suaminya. “Abang.. I think you are too much. Sampai hati abang cakap macam tu. Kami kawan bang. Tak lebih pun.” Lirih saja bunyi nada suaraku ketika ini.
     Sahel haqimy melepaskan keluhan berat. “ I’m sorry.. but, its hard for me to believe what you were saying.” Dia berlalu meninggalkan isterinya itu keseorangan di situ.
     Kata-katanya itu sesungguhnya umpama batu besar yang menghempapku. Sampai begitu sekali sangkaannya terhadapku dan juga Hasyimi. Aku terasa mahu menangis di situ juga ketika ini. Namun, aku tahan kerana tidak mahu merosakkan majlis. Tak.. tak.. aku tak boleh menangis. Malulah orang nampak. Aku segera mengesat air mataku yang ingin mengalir itu. Sebelum manjadi deras, lebih baik aku hentikan. Namun, ianya sedikit terlambat apabila Elly tiba-tiba muncul di belakangku.
     “Reen… kau kenapa?” Soalnya dengan wajah penuh tanda tanya. Di sebelahnya berdiri Hasyimie yang terpinga-pinga melihat wajah kelatku.
    Aku segera melemparkan senyuman. Senyuman plastikku. Atau lebih tepat sekali senyuman cetak rompak. “ Tak ada apa la. Mata aku masuk habuk. Eh.. Syimie, awak dah sudah makan ke?” soalku mengubah cerita.
     Elly memandang temannya itu dengan wajah tak percaya. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak beres di situ. Namun dia simpan sahaja hasrat hatinya yang sudah pun membuak-buak dengan perasaan ingin tahu yang maha hebat.
     Hasyimie mengangguk sebelum menjawab. “Dah.. thank you for inviting me. And thanks to Elly jugak, yang sudi temankan saya makan tadi.”
     Aku tersenyum. Sekali lagi, senyuman plastik! “Oh… tak pe. Its ok. Maaflah.. tak dapat nak layan sangat. Ada hal sikit tadi.” Ujarku sambil meminta maaf.
     “Eh.. tak apa. Its ok. Saya pun dah nak balik ni. So, thanks again la sebab sudi jemput saya. Saya mintak diri dulu. Kirim salam kat suami awak.” Katanya sambil melemparkan senyuman kepada kedua-dua wanita di depannya itu. Entah kenapa dia dapat merasakan kehadirannya tidak diperlukan di situ. Melihatkan wajah mencuka lelaki yang bergelar suami kepada wanita di hadapannya itu, dia tahu ada sesuatu yang berlaku antara pasangan suami isteri itu tadi.
      “ Thanks for coming.” Ujarku pula.
     “ Jom, aku tolong escort kau.” Elly mencelah tiba-tiba. Dia tersengih-sengih.
     Hasyimie ketawa kecil. “Wah… terharunya aku.” Balas lelaki itu pula.
         Aku turut ketawa. Aku hanya menghantar Hasyimie balik dengan pandangan saja. Fikiranku mula menerawang jauh memikirkan perihal suamiku. Lamunanku terhenti apabila Elly menyergahku.
         “Hah!” Sergah Elly.
         Aku yang sedang melayan perasaan itu terkejut seketika sebelum menarik nafas lega. “Kau ni.. terkejut aku.
         Elly tergelak kecil sambil meminta maaf. “Weh.. kau apasal? Monyok dah macam tertelan bola ping pong je aku tengok.” Elly menyoal sambil terkekeh-kekeh ketawa.
        Aku menolak bahunya. “Bukan setakat bola ping pong, dah macam tertelan bom atom dah aku rasa ni,” Balasku sambil membetul-betulkan tudung bawal biru lembut yang aku padankan dengan sehelai jubah hitam.
        “Yeke? Eh.. bahaya tu weh. Jom..jom.. aku bawak kau gi klinik. Mana tahu apa-apa jadik ke.” Elly sudah membuat muka cemas-cemas ayamnya.
         Aku ketawa. “Sengetlah kau ni.”
         Elly turut ketawa. “Hah.. see.. tau pun macam mana nak ketawa. Aku ingat kau dah lupa dah cara nak ketawa. Kau pesal weh? Apa cerita tadi, sampai macam nak telan bom atom bagai? Sahel mana?” Soal Elly sekali lagi sambil meliarkan matanya sekeliling rumah.
       Aku mengeluh. “Entah la, Elly. Aku tak tahu dah nak cakap macam mana. Dia syak  yang aku dengan Syimie tu ada apa-apa.
       Elly mengerutkan dahinya. “Pulak? Kau bagitahu tak Syimie tu kawan satu sekolah kita dulu?”
      Aku mengangguk.
    “Dah tu yang dia tak percaya bagai tu dah kenapa?” Elly menggeleng-gelengkan kepalanya. Hei.. Sahel.. Sahel. Sejak bila pulak kau jadik seorang yang tak rasional ni? Soalnya di dalam hati.
     Aku mengangkat bahu. “Entah la. Aku pun tak faham.
    Elly menepuk-nepuk bahuku lembut. “Sabarlah. Kau nak aku tolong explain kat dia ke?” Elly menyoal?
    Aku menggeleng lemah. “Tak payahlah Elly. Susahkan kau je.”
   Elly menampar lembut bahuku. “Hek eleh minah ni. Gedik sungguh la! Menyampah aku tau. Sejak bila pulak pandai nak berkira-kira dengan aku ni ha? Mengada-ngada betul.” Elly pura-pura marah.
    Aku ketawa melihat wajah kelat Elly. “Ala.. merajuk pulak makcik ni. Yelah.. kau tu dah banyak tolong aku. Aku segan la nak terima pertolongan kau lagi.” Balasku sambil ketawa kecil. Terserlah kepoyoanku ketika itu.
    “Sudah la. kau jangan poyo sangat boleh tak? Kau ingat aku nak layan ayat-ayat touching kau tu? Sorry la eh. Dah.. tak yah nak segan-segan sangat la. Nanti aku try slow talk dengan laki kau.” Dia ni nak kena piat telinga ni. Suka suki dia je nak syak kawan aku yang bukan-bukan. Haish… Sahel..Sahel. Elly membebel di dalam hati.
      Thanks Elly. Kau memang best. Jom, aku ‘belanja’ makan.” Kataku sambil tersengih-sengih memandangnya.
    
   “ Belanja la konon. Makan kenduri je kot.” Omel Elly perlahan.
   Aku yang masih boleh mendengar omelannya itu segera menarik tangannya. “Dah.. tak payah nak mengomel sorang-sorang kat situ. Jangan ingat aku tak dengar eh apa yang kau omelkan. Jom cepat. Sebelum aku ubah fikiran.” Ugutku sambil tersengih.
    Elly mendengus geram. “Ini la dia kawan. Asyik nak main ugut je. Laki bini sama jelah diorang ni.”

Note : Alhmdulillah.. terupdate jugak bab baru PH ni.. selamat membaca dan jangan lupa komen ye. Komen anda sangat la dialu-alukan.. :)
   

Monday, November 26, 2012

Perubahan Hanya KeranaNya Part 2



Assalamualaikum wbt,

Ingat lagi tak entry saya yang sebelum ni? Entry yang bertajuk, Perubahan hanya keranaNya? Dalam entry tu saya tuliskan kisah ala-ala kisah penghijrahan saya jugaklah. Ada yang ingat lagi tak? Hehehe. Alhamdulillah, kali ni saya nak sambung sikit lagi pasal perubahan yang berlaku kat diri saya. Kenapa dan macam mana saya boleh berubah dari seorang yang suka hentam keromo dalam berpakaian, kepada seorang yang lebih berhati-hati dan lebih mementingkan garis panduan sebagai seorang remaja islam yang sebenar dari segi berpakaian.

Ramai yang kata saya dah lain. Saya tertanya-tanya jugak, apa yang dah lainnya kat diri saya ni? Dan bila saya belek-belek balik diri saya, sedarlah saya yang kelainan itu mungkin terserlah di mata orang lain (termasuklah bekas kawan-kawan sekolah saya dulu) apabila melihat penampilan saya yang sekarang berbanding penampilan saya yang sebelum ini.

Yelah, mana tidaknya.. Ain Sabrina yang dulunya budak perempuan yang tak ambik kisah langsung tentang etika pakaian sebagai seorang remaja perempuan muslim, tiba-tiba berubah dengan berstokin bagai, ber’arm’ sock segala, tudung pun dah labuh tutup dada, and yang paling best.. dah tak pakai dah seluar jeans yang ikut bentuk kaki tu, dan digantikan pulak dengan seluar slack yang dulunya sama sekali tidak disukai. Allahuakhbar.. kuasa Allah kan? Alhamdulillah, saya bersyukur sebab saya antara orang-orang yang dapat hidayah ALLAH tu. 

Macam mana boleh tergerak hati nak buat perubahan?

Masa tu, saya baru je habis study. Jadi, sementara nak tunggu keputusan peperiksaan dan juga keputusan untuk sambung ijazah, banyak sangat benda yang menyedarkan saya. Salah satunya, saya banyak bermuhasabah diri. Saya check balik, apa yang tak kena lagi dengan diri saya ni? For sure, saya memang berazam sangat untuk jadi orang yang lebih baik. Setiap hari, saya cuba improve diri. Saya jaga solat. Bukanlah sebelum ni tak solat ke apa, tapi, mungkin sebelum ni saya jarang ambil berat tentang solat di awal waktu, jadi saya cuba untuk solat di awal waktu. Saya jaga tutur kata. 

Macam mana tergerak hati nak buat perubahan, saya kira itu kuasa Allah. Saya ingat lagi, masa tu, atuk dan nenek saya nak menunaikan umrah dan saya ikut menghantar mereka ke airport. Masa kat airport, saya memerhati sekeliling saya. Saya tengok ramai sangat anak-anak muda yang sebaya dengan saya ataupun mungkin ada yang lebih tua dan lebih muda dari saya memakai tudung labuh, baju muslimah, dan  berstokin. Bila tengok semua tu, saya rasa malu sangat. Saya yang kononnya selalu menasihatkan adik junior saya, dan kawan-kawan saya tentang agama, masih gagal nak menyempurnakan penampilan saya sebagai seorang muslimah yang sebenar. Sepanjang berada di airport, itulah yang saya fikirkan.

Itu mungkin petunjuk dari ALLAH untuk saya jugak. Lepas je balik dari hantar atok dan nenek saya tu, saya terus rasa nak berubah. Berubah dari segi berpakaianlah maksudnya. Dari situlah saya mulakan agenda  membeli baju-baju muslimah which is sebelum ni saya pandang tak pandang je baju-baju macam tu. Siap boleh kata macam ni lagi bila ada kawan-kawan yang menyuruh saya memakai baju-baju yang macam tu,

“aku kalau pakai macam ni, boleh jadi ustazah sekejap..”

Sekarang, baju-baju ‘ustazah’ itulah yang sentiasa dipakai ke mana saja saya pergi. Hehehe. Nampak tak hikmah dariNya kat situ? Kebetulan juga masa tu, saya dapat buat part time jaga exam kat UiTM kampus bandaraya Melaka dengan kawan saya, dan di situ jugaklah bermulanya segala perubahan-perubahan dalam diri. Saya mulakan dengan pakai stoking, siap dengan arm sock lagi tau. jangan tak percaya? Hehehe. Bila dah hari-hari pakai stoking, pakai arm sock, saya rasa best sangat. saya rasa hidup saya lagi tenang. Bila tak pakai, saya rasa janggal pulak. Allahuakhbar… hidayah Allah tu indah kan?

 Saya ingat lagi, masa pergi ziarah kawan saya yang baru dapat anak. Sampai je kat rumah dia, dia terus cakap macam ni,

“Aku ingat ustazah mana la tadi..” katanya sambil tergelak-gelak.

Saya sengih je. Itu belum lagi kawan saya yang saya jumpa masa pergi open house (masa hari raya hari tu) di rumah kawan baik saya. Reaksi yang dia tunjukkan itu seolah-olah saya dah menjadi orang lain pulak. Kelakar jugaklah bila ingat-ingatkan balik. Saya ingat lagi kata-kata kawan saya tu,

“Eh..Ain.. kau ke ni? Apasal ko pakai macam ni? Kau tak panas ke? Siap berstokin bagai..” kata dia dengan riuh rendahnya.

Saya cuma menggeleng je. Tak panas pun. Saya rasa lagi selesa adalah. Sesungguhnya, semua orang boleh berubah. Dan saya antara orang-orang yang ALLAH buka luas hati dan minda saya untuk melakukan perubahan itu. Yang pastinya, perubahan ini bukanlah untuk suka-suka, tetapi perubahan in adalah ikhlas kerana DIA. semoga ALLAH kuatkan hati saya untuk terus mujahadah dan istiqamah dalam mencari dan menggapai redhaNYA. Amin. 

-Saya masih Ain Sabrina yang dulu, Cuma bezanya sekarang, saya dah tak berpakaian macam dulu. (^_^)

p/s : In Shaa Allah, saya akan update bab baru untuk Permaisuri Hati. Nantikan ye..:) Maaf lambat sangat bayar hutang dengan anda semua…

Tuesday, November 13, 2012

Rindu + Sayu +Syahdu

Assalamualaikum wbt,

Dah lama rasanya tak update sesuatu. Mood malas masih menguasai diri saya. Ini pun tengah malas jugak sebenarnya. Nak study pun tak ada semangat. Dan inilah yang membawa kepada penulisan entry di sini yang dah lama saya biar sepi. 

 Rasa sayu sangat beberapa hari ni. saya tak tahu kenapa, tapi.. setiap kali teringat kat keluarga especially kat mak ayah, saya jadik sedih. rindu kat mereka mungkin yang buat saya cengeng beberapa hari ni. Selalunya, kalau ada je cuti..walaupun satu hari, saya memang takkan ada kat rumah sewa saya ni. Masa tu saya dah selamat sampai ke rumah dah pun. tapi, untuk minggu ni saya terpaksa sacrifice cuti yang ada dengan duduk sorang-sorang kat rumah sewa ni, sebab kalau nak balik pun, dah alang-alang sangat. Deepavali pun cuti sehari je. Dan besoknya pulak (Rabu), saya ada test untuk subject financial planning yang dibuat waktu malam. Allah.. dugaan betul. Dahlah mak dengan ayah saya takde kat rumah sekarang ni. Itu jugak antara sebab kenapa saya tak boleh balik waktu cuti-cuti yang ada ni. Sesungguhnya jadual saya sangat padat minggu ni. Nama je ada cuti 2 hari, tapi gayanya macam tak diberi cuti. Busy dengan assignmentnya.. dengan presentationnya. dengan common testnya.. Allahuakhbar.. buat saya rasa macam tak kuat pulak nak hadapi semua ni. Lagi-lagi bila dah seminggu tak menatap wajah-wajah kesayangan yakni mak ayah saya sebab diorang semua ke Pahang. Seriously, saya rasa tak semangat langsung nak lalui hari-hari yang mendatang ni selagi saya tak tengok muka mak ayah saya. Sesungguhnya, merekalah inspirasi saya selain ALLAH.

Kawan-kawan saya selalu buat statement macam ni,

"Ain ni.. tiap2 minggu nak balik.. rumah dekat je pun.."

Dan saya akan jawab macam ni,

"Of course la.. rumah kite dekat kan.. rugi la tak balik.."

Saya memang tak boleh jauh dari family.. mungkin since kecik sampailah dah besar panjang macam ni, selalu ada dengan mak ayah.. then, bila Allah bagi ujian sikit.. kena berjauhan dari mereka sekejap, buat saya sedar yang penting bagi saya sebagai anak untuk sentiasa melihat wajah kedua orang saya dan adik-beradik saya walaupun seminggu sekali. Untuk minggu ni, insyaAllah..weekend nanti saya boleh balik.. (kalau tak boleh pun, saya tetap nak balik!)

Minggu lepas saya balik sekejap. Walaupun mak ayah saya tak de kat rumah, saya balik jugak. Lagpun, kesian kat kakak saya sebab tinggal sorang-sorang. Bila balik rumah, takde orang.. saya rasa sedih pulak
tiba-tiba. Huhuhu. Asyik sedih je. Apa boleh buat, for me.. yang memang segala-segalanya family is my number one, memang la rasa sedih. Lagi-lagi bila seminggu tak jumpa diorang kan. So, tu yang jiwa wanita saya jadi terusik sikit tu.. hahaha..

Masa nak on the way balik pun, masa kat dalam bas.. hati saya sekali lagi diserang rasa sayu. Air mata masa tu dah bergenang-genang dah. Dalam hati, berdoa dan berharap sangat janganlah air mata saya tumpah kat dalam bas tu... malu woi.. dah la ramai orang time tu kan. Huhuhu.

Bila dah sampai rumah sewa, akhirnya air mata yang saya tahan dari dalam bas tu... menitis jugak..Allah.. cengeng sangat la anak perempuan Encik Ahmad dengan Puan Salmiah ni. I need my mom and my dad..:(
Sekali lagi rasa nak nangis, bila geng saya bukak citer sedih pulak..

"Kenapa rasa sedih eh?Padahal rumah dekat je.."

Hemm... time tu saya rasa nak ketuk-ketuk je kepala geng saya tu, sebab dah buat saya rasa nak menitiskan air mata lagi sekali. tapi, depan geng kan.. kena la control brutal.. tapi, tak leh jugak. Sudahnya, bilik air jadi mangsa saya melalak melepaskan rasa sayu plus syahdu. 

tadi, lepas sidai baju semua.. saya call mak.. dan masa tu, saya rasa nak nangis je.. nak mengadu dengan mak..nak cakap dengan mak yang saya nak balik.. saya stress dengan kelas yang pack.. dengan test yang berlambak.. dengan semua benda la yang buat saya tak de semangat.. tapi, bila fikirkan balik.. tak nak la cakap.. sebab sepanjang saya study, kalau saya ada masalah.. kalau saya ada kesusahan ke.. saya tak pernah bagitau mak. sebab saya bukan jenis orang yang suka mengadu masalah kat mak ayah saya. And saya tak nak mak saya risau. Sebab saya tau, kalau saya bagitau.. mak saya pun mesti sedih jugak kat sana tu.. saya tak nak la mak saya sedih.. so, hasilnya.. lepas letak call.. saya menangis lagi.. hahhaa.. Allahuakhbar.. tak call mak menangis, dah dapat call and bercakap dengan mak pun menangis.. hai..parah deme ni.. huhuhu.. 

Jangan tak tahu, status-status di FB saya pun berbaur sedih je..antaranya,

"Kerinduan kat family ni boleh buat fokus lari la.. -bunyi macam mengada2,
tapi inilah hakikatnya..."


"Jangan takut, jangan risau.. ALLAH ada.."

Masa tengah best-best menaip entry ni pun, saya menangis... mujur guna tuala nak lap air mata, kalau guna tisu.. alamat habislah jawabnya.. huhuhu..

-La tahzan.. innallaha ma'ana-  


 
 


Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...