Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~

                                                                 Bab 20




Jam  menunjukkan ke angka 10.00 pagi.Wow!Lambatnya aku bangun.Emak kalau tahu ni,nahas aku!Ayah lagilah.Silap-silap kalah emak bila dah bukak mulut.Nasib baik sempat bangun subuh pagi tadi.Nasib baik jugaklah hari ni cuti.Kataku di dalam hati.Hari ni aku tidak bekerja.Jadi atas sebab itu juga aku mahu menghabiskan masa di rumah sahaja..Aku berseorangan di rumah ketika ini kerana Elly pagi-pagi lagi sudah  keluar berjumpa Hisyam. Sedar tak sedar majlis perkahwinanku sudah semakin hampir.Emak dan ayah di kampung sudah pun membuat persiapan.Sahel juga sibuk mencari barang-barang untuk di buat hantaran.

       Namun,aku masih tidak menyentuh langsung segala persiapan itu.Bila emak bertanya,aku katakan yang semua berjalan lancar.Tetapi,emak tidak tahu yang semuanya ku serahkan bulat-bulat di tangan Sahel.Biarkan dia rasa!Nak sangatkan ubah status kawan baik kepada suami isteri.So,lantaklah dia nak buat apa.

     Elly ada juga menasihatiku supaya jangan terlalu ego kerana baginya Sahel mungkin boleh bersabar sekarang ni.Tapi,sampai bila dia nak bersabar?Aku hanya berlagak selamba saja.Bagi aku,tak guna nak bagi nasihat kat aku pun kerana aku memang tak bersedia.

     Apatah lagi untuk mengubah perasaan sayang yang selama ini memang tiada langsung terhadap sahel kecuali sayang sebagai seorang kawan.Aku teringat perbualan antaraku dan Elly malam tadi.

      “Majlis korang dah nak dekat kan?Tapi,kenapa aku tengok Sahel je yang sibuk dok ke hulu ke hilir?Kau tak pun. Relax je. Kau tak kesian ke kat dia,Reen?” Soal Elly.

       Ketika itu aku sedang merehatkan diri di ruang tamu sambil membaca novel yang baru aku beli dua hari lepas dan Elly pula sedang menonton tv.

      “Dia yang nak buat.So,aku pun biar jelah dia buat.”Jawabku dengan selamba sambil terus leka membaca novel di tangan.

     “Reen..tak baik kau buat macam tu tau.Kesianlah kat dia.Nampak sangat macam dia je yang terhegeh-hegeh.Tapi,kau..buat tak tahu je.”Kata Elly sambil membela Sahel.

     Aku mengeluh sambil memandang Elly.“Habis..kau nak suruh aku buat apa?Dah dia yang nak sangatkan..lagipun,aku tak pernah setuju pun dengan rancangan dia.So,pandai-pandai dialah nak handle.”Ujarku.
 
     Elly merampas buku yang aku baca.Aku yang terkejut dengan reaksinya yang di luar jangkaan itu segera bertanya.

    “Weh..kau ni apsal?Tak nampak ke aku tengah baca buku tu?Main rampas-rampas pulak,apahal?”Dengusku marah sambil mengambil kembali buku yang dirampas Elly itu.

    “Reen,aku memang kawan kau.Dan sebagai kawan,aku rasa aku patut beritahu kau yang apa kau buat sekarang ni hundred percent salah!Kau jangan ego boleh tak?Sahel tu susah payah buat semua persiapan.Tapi,kau?Apa yang kau buat?Buat bodoh!Buat tak tahu.Reen,jangan sampai satu hari nanti kau kehilangan dia dengan perangai kau yang macam ni.

     Dia sabar tau tak dengan kerenah kau yang entah apa-apa tu.tapi,janganlah sebab dia tak bersuara,kau boleh ignore dia macam tu jer.He is your future husband tau tak.Bukannya orang lain pun.Tolonglah Reen..at least,hargai apa yang dia dah buat selama ni.

   Aku bukan nak masuk campur.Tapi,bagi aku..kau dah keterlaluan dalam menguji dia.Aku takut nanti,kesabaran dia hilang.Fikir baik-baik Reen.Sahel tu pun manusia jugak.Selagi dia boleh consider dengan kau,baik kau ubah perangai acuh tak acuh kau tu kat dia.”Nasihat Elly dengan panjang lebarnya.

     Aku terpaku seketika.Betul ke aku terlalu ego?Salah ke apa yang aku buat ni?Kalau tak salah,kenapa Elly pun boleh hilang sabar dengan perangai aku?Aku mengeluh sekali lagi.

     ”Kau tak faham Elly.Aku buat semua ni bukan sebab aku saja nak buat.Tapi,aku terpaksa.Aku terpaksa sebab aku tak nak ada perasaan kat dia.Nanti aku yang kecewa.Kenapa kau tak nak faham aku?”Soalku dengan nada perlahan.

    “Reen,aku faham.Aku jugak faham yang kau ada perasaan tu.Aku yakin kau ada.Tapi,kau je yang tak nak mengaku..Cuba jangan terlalu fikirkan benda-benda yang negatif.Belajar sayang dia macam mana dia sayangkan kau.Insyaallah,everything will be okey.Percayalah cakap aku.”Elly memujukku.
    
     Aku hanya mendiamkan diri.Tidak tahu apa yang perlu aku katakan lagi.Elly hanya memandangku sambil menepuk-nepuk bahuku sebelum bangkit meninggalkan aku dalam keadaan fikiran yang masih keliru.

     Aku mengeluh sendirian.Mungkin aku patut bagi peluang kat diri aku untuk belajar menyayangi lelaki itu.Tapi,macam mana kalau hati aku ni masih belum terbuka untuk menerima dia?

    Aku beristighfar dalam hati.Majlis pun dah nak dekat.Mesti dah banyak persiapan yang di buat.Lamunanku terhenti apabila telefon bimbitku berbunyi.Tertera nama Sahel di skrin.Aku menarik nafas panjang sebelum menjawabnya.

    “Hello,assalamualaikum.”Ucapku

    “walaikumsalam..my princess!Dah mandi ke belum ni?Macam belum je.”Dia mengusikku dihujung talian sambil ketawa kecil.

     Aku mengerutkan dahi.Hish,aku dah mandi ke belum ke..takkan itu pun kau nak tahu jugak.Entah apa-apalah dia ni.Getusku di dalam hati.

    “Dah.”Jawabku berbohong.Awak nak apa telefon saya pagi-pagi ni?”Soalku sengaja menukar topik.Takkanlah aku nak bagitahu yang aku belum mandi.Malu je!

    Dia ketawa kecil.”Pagi?Hello..matahari dah tegak atas kepala dah.Awak ingat pagi lagi ke?Oh..baru bangun tidur eh?Soalnya menyerkap jarang..

   Aku terkedu.Alamak,kantoilah pulak!Macam manalah aku boleh tanya soalan sengal tu.Dah tentu-tentulah time sekarang ni pukul 10.Pagi ape kebendanya?Hish..bikin malu diri sendiri aje.Aku menampar-nampar mulutku.

   “Eh..awak ni.,,tolong sikit ya.Mulalah tu nak merepek.Mana ada baru bangun.Dah lama dah.Jam saya rosaklah.Ingatkan pagi lagi.Rupanya dah nak tengah hari.Ada apa call ni?”Aku memberi alasan.

    “Saja..nak mengacau.”Dia ketawa sebelum menyambung,”takdelah..sebenarnya,saya nak ajak awak pergi cari cincin untuk akad nikah nanti.Awak ikut ya.”

    Cari cincin?Lah..ingatkan semua dah settle.Rupanya ada lagi yang tak beli.Aku berkira-kira.

    “Kalau tak pergi tak boleh ke?Saya rasa penatlah nak keluar hari ni.Lagipun..”Aku tak sempat menghabiskan kata-kata,dia terlebih dahulu mencelah.

    “Syazreen..saya mintak sangat awak dapat teman saya pergi beli cincin tu.Saya tak pernah mintak tolong apa-apa dari awak.In fact,semua persiapan saya sendiri yang handle.Tapi,saya tak kisah.But,for this thing..i need your cooperation.Please awak..ikut saya.”Dia merayu.

    Aku terasa disindir.Memang selama ni aku tidak mahu masuk campur segala persiapan yang dibuat.Semuanya ku serahkan bulat-bulat kepada dia.Rasa bersalah tiba-tiba datang menghimpit diri.Hish..mamat ni,suka buat aku touching tau!Omelku di dalam hati.

   “Hmm..yelah…yelah.Saya ikut.Bila nak pergi ni?”soalku.

   “Ok..thanks sayang.Erm..pukul 11 saya ambik awak kat rumah.Awak bersiaplah dulu.”Terdengar suaranya yang gembira itu sebelum mematikan talian.

   Aku mengerutkan dahi.Sayang?Hish!mamat ni..tak habis-habis dengan perkataan sayang dia tu.Tak muak agaknya?Bebelku di dalam hati. Aku mengerling jam di dinding.Ada lagi lebih kurang sejam.Aku terus mengemas katilku yang boleh tahan serabut itu.Patutlah emak selalu bising bila tengok keadaan bilik aku kat rumah dulu.Aku tersengih sendirian.Setelah siap mengemas,aku menuju ke bilik air untuk mandi.


SATU  jam kemudian,aku dan Sahel sudah pun berada di sebuah pusat membeli belah terkemuka di ibu kota.Aku mengekori saja langkah lelaki itu menuju ke sebuah kedai yang menjual barangan kemas.Setelah membeli cincin untuk upacara akad nikah nanti,kami melangkah keluar dari kedai itu.

     “Awak nak pergi mana-mana lagi tak?”Soalnya sambil tersenyum memandangku.

     Aku berfikir seketika.Memandang sekelilingku.Kedai Buku!Nak beli novellah.Hatiku berkata.

     “Saya nak pergi kedai buku tu kejap.”Kataku sambil menunjuk ke arah kedai buku Popular yang terletak berhadapan dengan kedai barang kemas yang kami masuk tadi.

     Dia sudah tersenyum.”Nak beli novellah tu!Asyik-asyik novel..asyik-asyik novel.Apa yang best sangat entah.”Dia membebel.Sudah faham benar akan minat Syazreen yang gemar membaca novel itu.

    “Eh..eh..nak membebel pulak.Suka hati sayalah nak beli apa pun.Dah..saya nak pergi situ kejap.Awak tunggu kat sini.”Ujarku seraya berlalu.Namun,langkahku terhenti apabila terasa tanganku ditarik.

    “Apahal ni?Tarik-tarik tangan orang pulak!”Dengusku marah.

   “Sorrylah sayang..tertarik.Awak ingat,saya nak bagi awak pergi kedai buku tu sorang-sorang?Nanti ada orang nak mengurat awak nanti,sapa yang susah..saya jugak.Dah,jom..saya teman awak.”Dia berkata sambil terus melangkah.

    Aku terpinga-pinga.Ek eleh..dia ni.Nak teman cakap jelah. Ini siap nak tarik-tarik tangan orang pulak.Ee..benci betul!Aku mengomel di dalam hati.

    “Sayang..cepatlah.Awak berangan apa tu?”jerit Sahel yang sudah berada di depan.Aku memandang sekeliling.Nasib baik orang tak tengok.Hish,dahlah kat tempat awam.Lepas tu nak jerit-jerit panggil aku sayang pulak.Eii..memang tak sayang mulut betullah dia ni.Gerutuku.

    “Awak ni..lain kali,tak payahlah jerit-jerit.Saya dengarlah!”Marahkuku.Dia Cuma tersengih.




No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...