Saturday, March 27, 2010

saje-saje jer...

Salam semua…hari ni,macam biasa kena bangun pagi-pagi coz ada kelas..hihi…tapi,hari ni aku bangun agak lambat jugak..tak tahulah sebab apa..yang pasti,aku tak dengar bunyi jam..huhu..aku ni memang ada masalah nak detect bunyi jam..dari dulu sampai sekarang,masalah tulah yang sentiasa “membelengu” hidup aku..hahaha…pukul 7 lebih baru terjaga..tu pun sebab adik bongsu aku yang bangun nk ke sekolah..so,dengan sepantas kapal angkasa soyuz aku bangun..huhu..kadang-kadang,terfikir jugak,macam manalah hidup aku kalau tinggal jauh dari family erk?mesti kelam kabut hidup jadiknya kan?hihi…erm..maybe aku kena practiselah jauh dari family..sebab,dari aku kecik..sampailah dah besar panjang cam gini..hmm,akulah yang tak pernah berenggang dengan family..bukan tak nak,tapi..dah tertulis rezeki untuk aku,dapat study dekat dengan rumah..so,memang tak perlu kot nak duduk kat hostel..that’s whylah aku kena tinggal dengan family..huhu..tapi,insyaallah..kalau jadik..mula sem depan,aku kena berpindah ke ‘kampus’ baru..so,mungkin aku akan duduk di hostel…hmm,,tiba-tiba rasa macam tak nak pulak pindah-pindah segala nih..yelah,bukan apa..masa duduk kat rumah..dapatlah berjimat sikit..belanja hari2 tak teruk sangat..kalau makan pun,waktu lunch jer..malam dah tak payah risau dah..sebab,tinggal ngan mak bapak kan..so,bolehlah nak survive..tapi,kalau kenalah duduk hostel dgn sewa bulanan yang aku rasa agak mahal jugak untuk student yang belum dapat loan mara macam aku nih..aku tak tahulah,aku leh tahan ke tak..hahaha..dengan belanja untk makan hari-hari lagi..hish..kopak duit mak bapak aku sementara nak tunggu loan aku masuk…tapi,takper..take it as a challenge..kata Malaysia boleh!hahaha…

lelaki..lelaki..lelaki..

Lelaki..lelaki..lelaki..kenapa orang perempuan ni seakan-akan tak dapat dipisahkan dengan insan yang bernama lelaki erk?Yelah..kalau difikirkan balik,memang manusia nih amat memerlukan antara satu sama lain..macam tu jugak dengan perempuan dan lelaki…setiap lelaki perlukan wanita sebagai pasangan..and tak terkecuali jugak dengan wanita..tapi,masalahnya sejauh mana lelaki boleh membimbing dan menjaga juga menyayangi kita seperti mana emak ayah kita sayangkan kita?Macam sekarang nih,kalau kita pergi mana-mana..mesti kita akan jumpa pasangan-pasangan bercinta…betul tak?Dari yang muda sampai ke tua..dari yang remaja sampailah ke peringkat pertengahan umur..semua ada….tanyalah sapa-sapa pun..”Eh,awak ada pakwe?”Jawapannya mesti yang positif..”mestilah ada..saya siap ada spare part lagi tau”..hmm..tengok..betapa ‘bangganya’ mereka menjawab bahawa diri mereka itu sudah pun berpunya..memanglah..masa bercinta,ada yang indah..ada yang tidak..tapi,bagi aku..peringkat umur yang macam aku ni..early 20..its better for me not to expect so much for the relationship..tak dinafikan..memang ada percintaan yang bermula dari zaman sekolah,or zaman kolej ker…berakhir dengan perkahwinan..tapi,tak semestinya orang yang bercinta tak sampai setahun tu tak boleh membawa kepada perkahwinan..betul tak?Macam tu jugak percintaan..macam mana sayang pun kita kat seseorang tu,kita janganlah terlalu mengharap yang dia akan jadik milik kita selama-lamanya..selagi kita tak menjadi suami isteri yang sah..kemungkinan untuk hidup bersama tu amatlah tipis..walaupun kita bercinta tahap gaban..sebab jodoh tu di tangan Allah..kalaupun kita bercinta bagai nak rak dengan lelaki/perempuan tu…kita tak boleh nak expect yang dia akan jadi hak kita..
Kadang-kadang aku rasa macam nak tergelak pulak bila tengok perangai orang yang bercinta nih..kalau yang perempuan tak melebih..lelaki pulak yang berperangai macam tu..tapi,kalau lelaki pulak yang tak melebih-lebih..perempuan pulak yang buat perangai..kontrol sana sini..buat itu,kena bagitahu pasangan masing-masing dululah..nak keluar,even dengan family pun kena bagitahu pasangan kita dulu..aduh..bagi aku kan,dalam percintaan atau mak-mak kita selalu cakaplah kan..’peringkat berkawan’ ni…tak payahlah nak caring sangat..bukanlah tak boleh nak caring..boleh..at least kita terasa dihargai oleh pasangan kita sendiri ..Tapi,kalau dah apa kita buat..sampaikan nak keluar dengan family pun dipersoalkan,diragui..and macam-macam lagilah…nak ambik tahu jugak..susahlah hidup..betul tak?Caring apa macam gitu?Itu bukan caring..itu control namanya..hello,tak salah nak ambik tahu what’s your partner do..but,berpada-padalah..People always said that..life is short..so,make it sweet…jadi,masa-masa dengan keluarga atau kawan-kawan adalah masa yang paling manis..selain masa kita bersama pasangan kita..so,tak payahlah kot nak mengganggu saat-saat manis kita bersama family and kawan-kawan..lagi satu yang aku selalu perhatikan,mereka-mereka yang bercouple nih suka sangat prefer buat spot check kat pasangan2 diorang..contohnya,check phonelah..check itu inilah..hish,kalau boleh,beg2 duit pun nak ‘diselongkarnya..’..hello!Cara macam tu tak baguslah..seolah-olah,tak percaya dengan pasangan masing-masing..golongan-golongan yang selalu buat macam tu,adalah lelaki..kononnya takut yang perempuan main kayu tiga..curang..pasang spare partlah..apalah..tapi,bila sampai turn perempuan..kita tak pernah nak take advantage untuk buat spot check kat diorang..betul tak?Walaupun ada peluang nak buat macam gitu..tapi,kita tak pernah terlintas pun nak buat macam gitu kan?Sebabnya,kita sedar..dalam setiap perhubungan..kita mesti tanam sifat jujur dengan pasangan masing-masing..bila dah terlalu ‘mengongkong’ macam tu,kalau ada rasa sayang pun..aku confirm…perempuan mesti akan bosan jugak akhirnya..so,janganlah sebab perangai ‘kebudak-budakan’ yang sepatutnya tak perlu ada tu,kita kehilangan orang yang kita sayang..waktu berkawanlah kita nak kena jaga hati pasangan kita..kalau betul kita sayang,let her/him do whatever they want to do..as long as we know the limit..jangan terlampau over dalam mengawal pasangan masing-masing sebab setiap orang ada their own life..they still need a privacy for themselves..
Aku sendiri sebenarnya takut untuk membina hubungan..sebab,bagi aku..perhubungan yang dibina pada masa umur yang aku anggap sekarang nih lebih sesuai kalau diberi tumpuan terhadap pelajaran…tidak akan berlarutan selama-lamanya..sebab,berdasarkan pengalaman-pengalaman yang ada..masa sekarang nih,bukanlah waktu yang sesuai untuk bercinta…aku tak boleh ada relationship yang serius..sebab aku tak suka sesuatu yang memberatkan kepala otak..dalam mencipta perhubungan,seseorang itu harus menjadi lebih serius..yang mana aku rasa,aku tak boleh jadi seperti itu kerana aku bukanlah seorang yang suka memikirkan benda2 yang terlalu serius..lagi satu,aku rasa aku bukanlah seorang pasangan yang baik dalam sesuatu perhubungan tu..kerana aku ni agak membosankan ..in fact,aku tak pernah rasa macam mana perasaan kecewa akibat putus cinta..sebab,bagi aku..bercinta atau tak..perasaan aku tetap sama..apa yang aku tau,aku still ada mak ayah n family yang always berada di belakang aku selain kawan-kawan yang selalu bagi support kat aku…..so,kita kena belajar menyayangi diri kita dulu sebelum kita menyayangi orang lain…barulah hidup kita happy!

Monday, March 15, 2010

pergi kenduri kahwin...hik..hik..hik..

Assalamualaikum…hari ni aku kena bangun pagi2 sangat..haha..selalunya,lepas subuh,tabiat aku..sambung tidur balik..itu memang dah jadik kebiasaan dah..walaupun,org selalu kata yang sambung tidur lepas subuh tu satu amalan yang tak berapa nak baik..(bukan tak berapa..memang betul tak baik pun..huhu)..tapi,aku still jugak buat amalan tak baik tu..em,dah lumrah manusia kan..yang baik tak nak diikut..yang tak baik tu jugaklah yang diikut…dijadik amalan..padahal,kita memang dah sedia maklum..dari sudut agama pun,memang dah diingatkan,jangan tidur lepas subuh..sebab,nnti rezeki tak masuk..and kalau nak diceritakan pun,dari sudut scientificnya..lepas subuh tak digalakkan tidur sebab,akan menyebabkan otak kita jadik lembab..hah,itu apa yg aku tahulah..sekadar perkongsian…kalau tak betul,janganlah marah ye..aku pun manusia biasa jugak..bak kata ustaz aku..”ustaz pun manusia biasa jugak..tak sempurna mana pun..walaupun bergelar ustaz..”..hmm,moralnya..tak kiralah sapa pun kita,kita tetap manusia yg tak sempurna..hihi..sebenarnyer,itu bukanlah subject utama yang aku nak story untuk entry kali nih..ada benda lain yang lagi best..huhu..(macamlah best sangatkan..gempak je lebih..huhu)..
Back to the subject,kenapa aku bangun awal pagi ni..sebabnya,aku kena ikut mak ayah aku pergi kenduri kahwin kat Pahang..erm,biasalah..dengar nama pun,dah tahu yang perjalanan memang jauh..so,that’s why lah aku kena bangun awal-awal pagi..sebab,kami target nak sampai sebelum tengah hari..kitorang gerak,memang awal jugaklah..pukul 8 pagi..sebab target nak sampai sebelum tengah hari kan..so,kenalah gerak awal..tapi,yang kelakarnya..dah nak ke tengah hari dah..kitorang still tak sampai-sampai lagi..nak tahu sebab apa?sebab sesat!hahaha..aduh..dekat pukul 2 baru kitorang sampai..bayangkan berapa jam perjalanan..lepas tolak,tambah,bahagi,darab..adalah dalam lebih kurang,dekat-dekat 7 jam perjalanan..mak aii..lama giler!!Dah tu,jalan pulak..bengkang bengkok..satu jam lebih,kitorang kena tempuh jalan yang macam tu..dalam hati siap berdoa lagi..”ya allah kau tunjukkanlah aku jalan yg lurus..”..haha..siap berdoa tau..sebab dah tak tahan dengan jalan yg bengkak bengkok macam tu..nak tidur pun tak dapat..itu kira ok lagi kot..aku boleh tahan lagi..at least,takdelah ‘adegan’ berhenti kat tepi jalan sambil termuntah-muntah ke apa..nasib baik aku nih memang suka jalan-jalan yang advanture macam tu…so,no sweatlah..Tapi,lain pulak kisahnya adik lelaki bongsu aku..dia pulak yang turun-turun je dari kereta…terus termuntah-muntah..hahaha..kelakar betul!tergelak-gelak aku tengok..aku yang perempuan nih,boleh tahan..dia yang lelaki tu tak boleh tahan..hai..entah pape entah..dahlah kitorang nih boleh dikategorikan sesat..sampai tiga empat kali berhenti tanya orang..bapak aku daripada cool sepanjang jalan..boleh jadik hot..sebab dah lama jalan,tak sampai2 lagi tempat yang nak dituju tuh..dah,dengan mak aku sekali hot..aku cam biasa..ambik langkah selamatlah…diamkan diri jerk..kalau bersuara..dengan aku sekali kena kot..hahaha..masa balik,yang pasti kitorang tak ikut dah jalan yang sama..kitorang ikut KL…hasilnya,sampai rumah lebih awal dari jangkaan..huhuhu..Alamak!terlupa pulak,besok ada test..adoi ai..boleh lak berfoya-foya kat depan laptop nih..hihi..oklah..adioz..:-)

jiwa kacau...

Assalamualaikum…setelah beberapa hari dilanda kekacauan jiwa yg serius tahap gaban…baru hari ni terasa tenang sikit..semua kerja dah dibereskan..(walaupun still ade lagi kerja yg tak siap..huwaa3..)tapi,its ok kot..sebab tinggal satu je lagi…at least kalau nak buat nanti,takdelah terkejar-kejar sangat..betul tak?Hihi..Aku selalu dengar org kata,jangan buat kerja last minit..sebab,bila buat kerja last minit..kelam kabut..bila dah kelam kabut,faham-faham sendirilah…dengan bz mengalahkan assignment tu melambak sangatlah..dengan tak cukup tidurnyalah..hish,pendek kata..cukup untuk buat kita ‘kehilangan ingatan’ sekejap..hahaha..aku gerenti,mesti ada antara korang-korang kat luar sana tu pun macam aku jugak…suka buat kerja last minit,kan?Emm..mengaku jelah..tak yah nak segan-segan..sebab aku pun sama jerk!bab buat kerja last-last minit..memang akulah juaranye..itu sebab,sepanjang minggu nih..’jadual’ aku penuh..(sebab diri sendiri yg sengaja cari pasal memenuhkan jadual)..dengan black Tuesday yg aku kena hadap every week..hish,letih betul..(frasa yg aku sendiri bagi)..orang kata,hari isnin adalah hari yg paling tak best di antara hari2 yg ada untuk satu minggu…sampai ada yg kata hari isnin adalah ‘BLACK MONDAY’…nasib baik tak cakap,’BLACK MAGIC’..haha..itu orang kata..tapi,aku pulak kata..hari yg paling tak best dalam seminggu adalah hari selasa!Huhu..nak tau kenapa?sebab hari tulah,aku ada subjek koku…JPA3..aku,dari dulu..sampai la nih..memang cukup anti dengan hari selasa..semak and serabut sikit kepala otak bila nak sampai ke hari selasa tu..yelah,dengan balik lambatnye..aduh..memang sakit hati!tapi,apa nak buat..dah tanggungjawab..kalau skip,nanti effect pulak pointer aku…dah tak pasal2 pulak nnti kuar result..OKU pulak jadiknyer result aku tu dek kecacatan sementara…itu takpe lagi kot..Tapi,kalau kena kutuk,tak ke haru?huhu..orang mesti cakap,”subjek senang pun tak leh nak skor?Hish,buat malu orang kampung jerk!”Hah..sapa nak jawab?huhu..so,walaupun aku tak rela..aku terpaksa merelakannye..ahakz..ahakz..ahakz..poyo sudah…selagi kita bergelar student..selagi itulah kena buat apa jer benda yg melibatkan diri kita as a student..betul tak?hihi..

Hari ni jugak,adalah hari jumaat yang paling best kot aku rasa..huhu…sebab apa?sebab,sepatutnya kelas aku hari jumaat..boleh dikira packlah jugak..dari pagi sampai ke petang..tapiiii..hari nih pulak,tak sampai petang..kelas yg sepatutnye pada waktu petang,diawalkan ke pukul 11..yg mana sepatutnye jugak..pukul 11 tu kelas untk subjek lain..but,sebab lecturer takder..lecturer lainlah pulak yg take over..haha..seronok..seronok..aku nih,kalau hari jumaat…kelas kalau waktu petang..memang agak liat sikitlah nak pergi..haha..nasib baik tak buat kelas petang..emm..tapi,tadi kelas memang best..sebab,lecturer aku bagi tips how to achieve our target untuk sbjek yg die ajar..dia kata,kena amalkan ‘CALM’..fisrt,amalan..(termasuklah solat kita…doa kita)..sabar,then jgn mudah putus asa…and ada lagi satu..aku lupalah pulak..huhu..betullah apa yg lecturer aku tu cakap..tak leh nak sangkallah..lagi satu yg dia kata,untuk Berjaya..kita kena learn from the best..or learn from the experience..bagi aku pulak,aku prefer kepada learn from the experience..sebab bagi aku,experience is the reality yang kita sendiri atau org lain pernah rasa..so,from that kita boleh belajar..and belajar apa yg sepatutnya..itu pendapat akulah..bila dah sibuk2 sesi berkongsi tips2 nk capai target..tiba-tibalah pulak terkeluar story pasal cinta..haha..em,lecturer aku tu leh tahan gak kepala otak dia..satu yg best bila dia kata,”I don’t mind if u want to fall in love or what..but,jangan jadikkan cinta tu pembunuh untuk you guys nk capai what you guys want..”Wah!lecturer siap bagi green light lagi..classmate aku ramai gak yg bercouple..memang riuh sekejap kelas bila subjek cinta diperbincangkan..erm..tapi,tak termasuk akulah..sebab aku single lagi..hehehe..(jawapan standard..kalah artis)..huhu..pape pun,antara cinta dan cita-cita…aku pilih cita-cita..cita-cita boleh bagi kebahagian kat kita lebih dari cinta..bukanlah nak kata cinta tu tak penting….tapi,cita-cita lagi penting..kalau pilih cinta..let say,satu hari cinta tak kesampaian..macam mana?Sapa nak jawab?kalau boleh stand up balik takpe ar jugak…kalau tak leh?Lu pikirlah sendiri..haha…hmm..renung-renungkan dan selamat beramal…hihi..

*Teringat kata-kata lecturer aku..”its a great time in yourlife when you fall in love….”hehe..iye ke?jangan tanya aku coz bagi aku fall in love ke tak..feel tetap sama!hahaha….

Thursday, March 11, 2010

erm...kelam kabutnyer hari ni...

Assalamualaikum...huh!penat sungguh otak aku hari nih..bukan penat sebab apa...sebab yang aku sendiri cari..bak kata mak aku..'takde sebab,cari sebab..'hihi..macam hari ni lah..sepatutnyer tak perlu dtg kelas awal2..aku kena datang awal..sebabnye..aku tak submit lagi assignment yang lecturer aku bagi..sudahnyer..kenalah datng awal..even my class will start at 2.00 pm..memang kelam kabut..appoinment dgn lecturer pun..suppose to be on 11.00 am..jadik kepada 12 pm..and almost to 1.00 pm..i think..hahaha...nasib baik lecturer tak bnyak hal..so,everything is going to be fine..huhu..finelah sangat..hem..besok ada kelas lagi..sampai ke petang..last week jer..aku dah terskip kelas petang..so,hopefully..for diz week..takkan ader lah aktiviti skip skip kelas nih..amin..aku pun tak tahu kenapa aku jadik pemalas ya amat last week..leh jerk balik ikut kawan aku...aku nih bukan leh tengok org balik rumah..nnti dengan aku2 sekali go back..macam lagu maroon 5 tu..'WON't GO HOME without YOU'..so,aku assume...geng aku sorg tuh pun..takkan baliklah kalau takder aku..hahahah..pandailah buat assumption sendiri...tapi,hasilnya..aku terbeban dengan kerja yg boleh tahan banyaknyer..huwa..huwa..huwa..

Tuesday, March 9, 2010

Check out a photo that m3r_p@rty bLu3 was tagged in on MySpace

Assalamualaiku...lama jugak tak menulis kat blog sekangkang kera nih..maklumlah..lately nih,busy sangat..jadual hari2 boleh tahan pack jugaklah...and disebabkan itu jugak..aku terasa macam nak bercerita panjang untuk entry nih..banyak benda yg berlaku..dengan kerenah driver and konduktor bas yg aku naik hari-hari untuk ke kelas..sampailah kepada test economy yang di postpone by next week..huh!penat and geram..toksah cakaplah..mana taknya,aku punyalah stay up sampai ke subuh..alih-alih test postpone..geram sungguh..tapi,bersyukur jugaklah..coz,kalau nak ikutkan..even aku stay up late sampai ke pagi pun...sebenarnya takdelah masuk sangat pun apa yg aku studykan tu..hihi...saja jerk sebenarnya..nak buat gempak..bagi tambah perisa n rencah pada cerita aku untuk entry kali nih...

Kalau nak cerita pasal apa yg jadi hari ni..memanglah memenatkan..coz hari ni merupakan hari yg bagi aku sangat2 menduga kesabaran..datang kelas pagi-pagi..kononnye nak study before jawab test..tapi,hampa..coz diberitahu..test cancel..and going to be postpone by next week..ok..takper..walaupun geram..aku try to be cool..at least,leh ar aku siapkan kerja yg terbengkalai punyalah bnyak...(taklah bnyak mana..tapi,sebab tak siap lagi..tu yg rasa macam bnyak tu...hihi..)...itu pun satu hal jugak..memeningkan kepala..that work supposed to be submit by today..tapi,sebab dah terover study untuk test subject eco yg tak menjdi tu..aku ter'abai'kan kerja untuk subject costing..hmm..kelam kabut tahap gabanlah jadiknya..yg pasti...lecturer seakan2 mahu mengenakan aku n kawan2 aku yg lain dengan memberi kerja tambahan...hish..memang menguji kesabaran..lecturer aku boleh jer kata macam ni..'i tak kisah you nak hantar pukul berapa..malam pun ok..but,it must be today'..hah!ambik..melopong sekejapa aku ngan kawan2 aku dengar..sampai macam tu seklai..hahaha..malam pon ok ya?last2..kitorang decide hantar mana yg kitorang dah siap jerk..yg belum..as usual..postpone!haha..memang minah postpone ar aku nih..erm..sampai pukul 6 aku dengan member2 tersadai kat kolej tadi..

itu takper lagi..masa turun bas...aku terpaksalah melintas kedai makan kat kawasan perumahan aku tu..yg mana time tu..mak ai!punyalah ramai org..hish!dalam hati geram sangat..bukan geram kat diri aku..api,geram kat driver bas yg tak reti2 nak gerak cepat2..sibuk berhenti lama2...hasilnya,aku lambat samapai rumah!Dahlah lambat..dah tu kena melintas kedai makan yg ramai org pulak tu..aku ni dahlah pemalu..lagi nak lambat2kan waktu perjalanan yg tak berapa nak jauh tu..entah apa2 entah..erm..besok sekali lagi kelas pack..hai..sabar ajelah..huhu..

Sunday, March 7, 2010

new post,new year,and new story.

Salam semua…welcome to my ‘home’!Hehehe…erm,Berjaya jugak aku create blog kat fb nih..seronok tak terkatalah..hihi..bukan apa,kali ni urusan dipermudahkan…sebab selalunya,kalau nak create blog nih..nak tunggu loading ..aduh mak aii…lambat ya rabbi!tapi,hari ni tak lambat macam selalu..kira cepatlah..huhu..suka..suka..suka..erm,memandangkan ini post pertama aku untuk edisi dlm fb nih..(ceh wah..edisi konon..poyo!hak2 tuih..)aku just nak say hye jer..kira sesi ‘ice breaking’ jugaklah..huhu..

Firstly,nak komenlah sikit pasal application blog ni..aku diberitahu oleh geng aku yg fb ade blog..so,this is my probation timelah jugak..kalau sebelum nih,aku selalu membebel kat blog my space aku yg sekangkang kera tu..for this time nak try membebel kat blog fb pulak..hihi..erm,bagi aku..very nicelah..sebab,aku suka menulis..so,medium nih memang sesuailah untuk orang2 yang suka mengarut and merepek macam aku nih..selain boleh meluahkan apa yang terbuku dihati..dapat jugaklah aku share apa2 yg aku rasa bagus untuk dikongsi..betul tak?hihi…Itu pendapat akulah..tapi,aku tak tahulah orang lain macam mana kan..hihi..

Terlanjur dah bercerita panjang ni(walaupun tak berapa nak panjang..hak2 tuih)..aku nak story sikit pasal program aku last week..hihi..nak story pengalaman yg boleh dikatakan best jugaklah..last week,aku ke KL..coz ada pertandingan catur terbuka..pertandingan tu dianjurkan oleh UM…aku dpt info pun dari kawan aku yg blaja kat UIA PJ..memang best..aku pulak,kebetulan dah lama tinggalkan zaman bermain catur nih..so,tanpa mmbuang masa..aku terus setuju..dalam hati,rasa macam tak confident..sebab dah lama tak main kan.(last main pun masa form 5)..tapi,aku pergi jugak..sebab,pertandingan tu terbuka untuk group..so,kalau tak join..mesti rugikan?Yelah,bila lagi nak rasa main secara terbuka..lepas tu in group plak..masa sekolah dulu,memang selalu arr masuk chess tournament..dah biasa form group pun..tapi,kali nih different sikit..coz,aku lawan org2 yg different age..datang pun dari different place..bayangkan,dari golongan gen X,gen Y..sampailah ke baby boomers…semua ada..hahaha..(Ceh wah..dah keluar dah istilah marketing..Yes!berjaya gak aku menggunakan istilah tu)..so, memang menyeronokkanlah..fisrt time main untuk open tournament cam nih..bangga giler ar konon..walaupun kalah,tapi,still enjoy..dpt kenal ramai org…especially kawan2 yg sama age dengan aku..hmm..the best experience that I ever feel..(sorry if my English is not good..haha)…last but not least,happy reading my blog..to my members..(CHESS CRAZE)..you guys are so good!Yati,Haida..and the only guy in our group..zahirin..thankz coz blanje kitorang makan and support tambang teksi pergi n balik(lepas hantar kau ke pudu)..haha..Thankz to Haida jugak coz bagi stay kat hostel UIA..eventhough,bnyak kali kena tahan dengan pak guard coz tatacara berpakaian tak menepati syarat2 yg ditetapkan..hihi..sorry for that!Hmm…tak macam nak say hai pun..dah mcm mengarang lak!hahaha…

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...